Pergi ke kandungan

Selo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pandangan hadapan dan sisi sebuah selo

Selo ([sé.lo]; Jawi: سيلو) ialah sejenis alat muzik bertali seperti biola. Panjangnya yang setinggi manusia menonjolkannya dalam keluarga alat muzik biola. Cara mainnya sama seperti biola iaitu dengan menggesek tali sambil sebelah tangan lagi menekan-nekan tali di atas lehernya. Julat bunyi selo adalah yang paling rendah dalam rangkuman alat sekeluarganya. Selo banyak digunakan sama ada dalam persembahan solo, muzik kamar dan juga asas bunyi orkestra moden.

Selo paling erat terkait dengan muzik klasik Eropah. Ia adalah sebahagian dari barisan alat lazim dalam orkestra, penyumbang suara bas dalam sebuah kuartet gesek serta banyak kelompok muzik kamar. Sejumlah besar konserto dan sonata telah digubah untuknya. Alat musik ini kurang lazim dalam muzik pop, tetapi kadang-kadang ditampilkan dalam rakaman-rakaman pop dan rock.

Gambaran umum

[sunting | sunting sumber]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama "selo" berasal dari kata cello iaitu singkatan dari kata dalam bahasa Itali violoncello yang bererti "violone kecil" - violone adalah sebuah alat yang kuno, sebuah viol besar yang mirip dengan bes moden.

Sejarah perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Di antara karya-karya Barok yang paling terkenal digubah khusus untuk mainan selo adalah karya J. S. Bach Unaccompanied Suites for Cello, yang biasanya dikenal sebagai Bach Cello Suites. Sebuah contoh lagu zaman klasik adalah karya Haydn Cello Concerto #1 in C major. Repertoir lazim dari zaman romantik termasuk Cello Concerto in B minor oleh Antonín Dvořák, Cello Concerto in E minor oleh Edward Elgar, dan dua sonata oleh Johannes Brahms. Gubahan moden dari awal abad ke-20 termasuk sonata-sonata selo tanpa iringan oleh Paul Hindemith (opus 25) dan Zoltán Kodály (opus 8). Rakaman dalam genre avant garde telah menghidupkan kembali keluwesan alat musik ini; contohnya Night of the Four Moons digubah George Crumb.

Rajah binaan sebuah selo

Ukuran selo lebih besar daripada biola atau viola namun lebih kecil daripada bass. Seperti anggota-anggota lainnya dari keluarga biola, selo mempunyai empat tali. Tali dawainya biasanya ditala pada nada (dari tinggi ke rendah) A, D, G, dan C (A3, D3, G2, dan C2 dalam notasi tala ilmiah). Ia seperti viola namun satu oktaf lebih rendah, dan satu seperlima oktaf lebih rendah daripada biola (lihat #Penalaan dan rentangan). Ia dimainkan dalam posisi berdiri di antara kedua kaki si pemusik yang duduk, dan ditegakkan pada sepotong metal yang disebut endpin. Si pemain menggesekkan penggeseknya dalam posisi horisontal melintang di dawai.

Selo adalah sebuah alat yang rumit yang terdiri atas banyak bahagian. Meskipun pada umumnya dia dibuat ari kayu, beberapa bahagiannya dapat dibuat dari baja atau logam-logamlainnya dan/atau bahan komposit. Dawai-dawai moden dibuat dari besi waja, usus, nilon atau bahan-bahan sintetik lain yang dilapisi dengan berbagai gulungan logam.

Kerangka utama selo biasanya dibuat dari kayu, meskipun beberapa selo moden dibuat dari bahan gentian karbon. Sebuah selo tradisional biasanya mempunyai bahan atas dari kayu spruce, dengan mapel untuk bahagian belakang, sisi, dan lehernya, Kayu-kayu yang lain, seperti poplar atau willow, kadang-kadang digunakan untuk bahagian belakang atau sisinya. Selo yang lebih murah seringkali dibina bahagian atas dan belakangnya dari kayu lapis.

Selo-selo berukuran piawai disebut "ukuran penuh". Namun ada pula cello dengan ukuran-ukuran yang lebih kecil, dari yang 'tujuh-perdelapan" dan "tiga-perempat" hingga "seperenambelas". Selo yang berukuran lebih kecil sama saja dengan selo-selo standar dalam konstruksi, rentangan nada, dan penggunaannya, tetapi diperkecil ukurannya untuk memudahkan anak-anak dan orang dewasa yang lebih pendek tubuhnya. Selo yang berukuran "setengah" sebetulnya bukan setengah dari yang 'ukuran penuh", melainkan hanya lebih kecil sedikit. Demikian pula dengan ukuran-ukuran lainnya.

Banyak pemain berbadan lebih kecil lebih suka memainkan cello "tujuh-perdelapan" karena rentangan tangan dalam posisi-posisi yang lebih bawah tidak terlalu sulit. Meskipun jarang, selo-selo yang lebih besar daripada yang "ukuran penuh" (empat-perempat) juga ada. Pemain selo dengan tangan berukuran tangannya besar mungkin lebih menyukai selo yang lebih besar ini. Selo-selo yang dibuat oleh tukang dari abad ke-17 dan 18 (mis. Stradivarius dan Guarneri) cenderung sedikit lebih kecil daripada apa yang kini dianggap ukuran penuh.

Stephen Bonta. "Violoncello", Grove Music Online, ed. L. Macy (diakses 28 Januari 2006), grovemusic.com (diakses berdasarkan langganan).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]