Serangan Iraq ke atas Kuwait
Serangan Iraq ke atas Kuwait | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Teluk dan Konflik Teluk Parsi | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Iraq | Kuwait | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Saddam Hussein | Jaber III | ||||||
Kekuatan | |||||||
88,000[1][2][3] |
Tentera Darat Kuwait 16,000[4] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
39 pesawat (aggr.) 295 mati, 361 cedera ≈120 kereta kebal dan kenderaan berperisai[6] 4 buah kapal karam |
57 pesawat musnah[7] Sekurang-kurangnya 8 buah pesawat ditawan (Mirage F1) 4,200 mati[8][pautan mati] 12,000 ditawan ≈200 kereta kebal musnah/ditawan 850+ kereta berperisai lain musnah/ditawan[9][10][11][12] 17 kapal karam, 6 ditawan[13][14][15] |
Serangan ke atas Kuwait (tulisan Jawi : سراڠن العراق ك اتس الكويت) yang terjadi pada 2 Ogos, 1990 merujuk pada operasi selama dua hari yang dilakukan oleh Iraq ke atas jirannya iaitu Kuwait, yang mengakibatkan pendudukan Iraq di Kuwait selama tujuh bulan. Serangan ini dan keengganan Iraq untuk berundur daripada Kuwait berdasarkan tarikh akhir yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu [16] membawa kepada campur tangan tentera Pasukan Bersekutu PBB yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Peristiwa ini dikenali sebagai Perang Teluk pertama dan mengakibatkan pengusiran tentera Iraq daripada Kuwait dan kebakaran di lebih 600 buah telaga minyak.
Pada awal tahun 1990, Iraq telah menuduh Kuwait mencuri petroleum Iraq melalui penggerudian condong, walaubagaimanapun beberapa sumber Iraq menunjukan keputusan Saddam Hussein untuk menyerang Kuwait telah dibuat beberapa bulan sebelum serangan sebenar dilakukan.[17] Terdapat beberapa sebab lain yang menyokong tindakan Iraq termasuk ketidakupayaan Iraq untuk membayar semula lebih AS$14 bilion yang telah dipinjam untuk membiayai Perang Iran–Iraq, dan kadar pengeluaran petroleum yang lebih tinggi oleh Kuwait menurunkan pendapatan kepada Iraq.[8] Serangan ini bermula pada 2 Ogos 1990, dan dalam masa dua hari kebanyakan Angkatan Tentera Kuwait telah berjaya dikalahkan oleh Pengawal Republik Iraq atau berundur ke negara jiran Arab Saudi dan Bahrain. Kuwait kemudian diilhak, dan Saddam Hussein mengumumkan beberapa hari kemudian bahawa ia menjadi wilayah ke-19 di Iraq]].
Pergerakan penentangan Kuwait
[sunting | sunting sumber]Penduduk Kuwait menubuhkan sebuah pergerakan penentangan bersenjata tempatan selepas pendudukan Iraq di Kuwait.[18][19][20] Kebanyakan penduduk Kuwait yang ditangkap, diseksa dan dibunuh semasa tempoh pendudukan ini terdiri daripada orang awam. Kadar korban jiwa di kalangan gerakan penentangan Kuwait jauh lebih tinggi daripada jumlah pasukan tentera Bersekutu dan orang tawanan Barat.[21] Gerakan ini didominasi oleh warganegara biasa yang kekurangan latihan dan pengawasan.[21]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Al Moquatel Diarkibkan 14 Julai 2014 di Wayback Machine
- ^ "1990: Iraq invades Kuwait". BBC On This Day. BBC. 2 Ogos 1990. Dicapai pada 20 April 2010.
- ^ Johns, Dave (24 Januari 2006). "1990 The Invasion of Kuwait". Frontline/World. PBS. Dicapai pada 20 April 2010.
- ^ a b c "Kuwait Organization and Mission of the Forces". Country Studies. Library of Congress. Januari 1993. Dicapai pada 20 April 2010.
- ^ John Pike. "Kuwait – Army Equipment". Dicapai pada 19 Disember 2014.
- ^ "سير العمليات العسكرية للغزو العراقي للكويت", Al Moqatel
- ^ House of Lords Judgments – Kuwait Airways Corporation v Iraqi Airways Company and Others on 16 May2002, [2002] UKHL 19
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaairCombatInformationGroup
- ^ John Pike. "Iraqi Ground Forces Equipment". Dicapai pada 19 Disember 2014.
- ^ Jane's Armour and Artillery 2003–2004
- ^ Armies of the Gulf War, Gordon L. Rottman, 1993, p.48,49
- ^ Tanki v operacii "Shok i trepet", Aleksei Brusilov, Leonid Karyakin, Tankomaster 2003–08(Russian: Танки в операции «Шок и трепет», Алексей Брусилов, Леонид Карякин, Танкомастер 2003–08)
- ^ سير العمليات العسكرية للغزو العراقي للكويت, Al Moqatel
- ^ "IRAQ: NAVAL THREAT TO US FORCES". Dicapai pada 19 Disember 2014.
- ^ المبحث الرابع, إعادة بناء القوات المسلحة لكل من دول مجلس التعاون الخليجي، بعد الحرب, Al Moquatel
- ^ United Nations Security Council Resolution 660 (Condemning the Invasion of Kuwait by Iraq), S.C. res. 660, 45 U.N. SCOR at 19, U.N. Doc. S/RES/660 (1990) Diarkibkan 20 Mei 2016 di Wayback Machine. umn.edu. Retrieved on 12 June 2011
- ^ Gause, F. Gregory, III (2005). "The International Politics of the Gulf". Dalam Louise Fawcett (penyunting). International Relations of the Middle East. Oxford: The University Press. m/s. 263–274. ISBN 0-19-926963-7.
- ^ "Iran, Israel and the Shi'ite Crescent" (PDF). S. Daniel Abraham Center for Strategic Dialogue. m/s. 14–15.
- ^ "Saddam's Security Apparatus During the Invasion of Kuwait and the Kuwaiti Resistance". The Journal of Intelligence History. Winter 2003. m/s. 74–75.
- ^ "Two ethnicities, three generations: Phonological variation and change in Kuwait" (PDF). Newcastle University. 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Oktober 2013. Dicapai pada 18 April 2017.
- ^ a b "The Kuwaiti Resistance". Middle East Forum. Mac 1995.