Pergi ke kandungan

Shidee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shidee
Latar belakang
Nama lahirRashid bin Abdul Wahab
Kelahiran (1959-07-09) 9 Julai 1959 (umur 65)
Bagan Datoh, Perak
Berasal dariMalaysia
PekerjaanPenyanyi, Pencipta lagu
InstrumenVokal
Tahun aktif1979 – kini
Syarikat rakaman
Rock Records

Rashid Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Shidee merupakan penyanyi era 80-an. Beliau dilahirkan pada 9 Julai 1959 dan berasal dari Bagan Datoh, Perak. Lagu popularnya Sayang Semuanya Sudah Terlambat dan Jamilah.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Bayangan Wajahmu (1986)
  • Semuanya Sudah Terlambat (1987)
  • Jasamu Di Kenang (1988)
  • Janganlah Menghancurkan (1989)
  • Di Antara Kita ... Cinta Seribu (1992)
  • Redha (1998)

Kontroversi perkahwinan

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Februari 2010, Shidee (51) berkahwin dengan Khairunnisa Aziz (29) tetapi dibantah oleh ibu mertuanya, Jamaliah Hassan (45) kerana 'cinta tiga segi'. Pernikahan dijalankan secara sah dengan berwalikan bapa saudara isteri, malah ibu mertuanya turut menghadiri majlis pernikahan. Pernikahan diadakan di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, manakala majlis persandingan diadakan di Bandar Bukit Sentosa, Rawang. Antara artis yang hadir ialah Salwa Abdul Rahman dan Azizul Khamis[1]

Jamaliah mendakwa Shidee sudah tua, tidak bekerja dan tidak mempunyai rumah dan tinggal dengan keluarganya sejak 2006.[2] Jamaliah Hassan telah membuat laporan polis. Begitu juga anaknya Khairunnisa Aziz juga membuat laporan polis. Sebenarnya Shidee mengendalikan kelas vokal di Bukit Beruntung . Selain itu menjalankan syarikat ejen hartanah menjual rumah lelong di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.