Shinsadong Tiger
Shinsadong Tiger | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Lee ho-yang |
Juga dikenali sebagai | Shinsadong Horaengi[1] S. Tiger |
Kelahiran | Pohang, Gyeongsang Utara | 3 Jun 1983
Berasal dari | Korea Selatan |
Genre | K-Pop, dance-pop, elektropop |
Tahun aktif | 2001–kini |
Syarikat rakaman | Collabodadi Cube Entertainment Rainbow Bridge World Wellmade Yedang |
Pengkarya berkait | BEAST, T-ara, 4Minute, Apink, SECRET, Choi Kyu-sung, Lee Sang-ho, SPEED, Fiestar, EXID, Dal Shabet |
Lee Ho-yang (Korea: 이호양 ), lebih dikenali sebagai Shinsadong Tiger (Korea: 신사동호랭이 Shinsadong Horaengi; lahir 3 Jun 1983).[1] merupakan seorang penulis lagu dan penerbit rakaman Korea Selatan. Biarpun selepas membuat kemunculan pertama pada 2001 pada usia 19 tahun, beliau telah banyak buat pelbagai kerja untuk membiayai kerjaya muziknya.[2] Beliau menjadi tokoh terkenal di dalam industri muzik pop Korea dan bertanggungjawab untuk beberapa lagu.[3] Pada 2010, beliau telah dinamakan "New Generation Producer" di Anugerah Hiburan Kebudayaan Korea ke-18,[4] dan pada tahun 2011 beliau dinamakan sebagai salah satu tokoh paling berpengaruh dalam industri muzik Korea Selatan oleh OSEN.[5] Lee telah menubuhkan label rakamannya, AB Entertainment, di mana beliau telah menaungi kumpulan wanitanya sendiri diberi nama EXID.[6]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Lee dilahirkan pada 3 Jun 1983 di Gwangyang, Korea Selatan, di mana beliau pernah menghadiri sekolah rendah di Pohang. Beliau mula tertarik dengan muzik di Junior High,[7] dan telah mengikuti ujibakat untuk JYP Entertainment tetapi ditolak.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Selepas membuat kemunculan pertamanya pada usia 19 tahun, Lee mula terkenal kerana karyanya dengan artis-artis K-Pop. Walaupun beliau telah mengarang pelbagai artis, beliau juga menjadi terkenal dalam peranannya dalam menguruskan kumpulan gadis baru EXID serta pembukaan Akademi Muzik Modern K.[8] Beliau telah menerima kritikan kerana penekanannya terhadap trend berikut dalam muzik popular dan menghasilkan muzik komersial untuk "idola".[3][9] Lee mengakui sering menggunakan inspirasi sewenang-wenangnya untuk gaya karangannya, termasuk tisu tandas sebagai inspirasinya untuk cangkuk "Bo Peep Bo Peep".[10]
Pada tahun 2011, beliau mengeluarkan single terbitan sendiri, "Supermarket - The Half", di mana Yoon Doo-joon, Yong Jun-hyung dan Lee Gi-kwang dari BEAST muncul dalam trek "Should I Hug Or Not? (Bahasa Korea: 안을까 말까). Pada tahun 2012, beliau melancarkan album terbarunya, "Supermarket - Another Half", termasuk lagu "Over and Over" oleh 4minute,[11] “Stop Doing That” oleh G.NA, dan “In the Cloud“, lagu solo oleh ahli B2ST Son Dong-woon. “In The Cloud” dikeluarkan pada 14 April, 00:00 KST.
Pada Mei 2014, Wellmade Yedang menjadi pemegang saham terbesar di agensi hiburan Shinsadong Tiger, Cashmere Records.[12]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Single Digital
[sunting | sunting sumber]- 2011: Supermarket – The Half (dikreditkan kepada BEAST)
- 2011: Super Hero (Shinsadong Tiger dan Mighty Mouth)
Diskografi penerbitan
[sunting | sunting sumber]Anugerah
[sunting | sunting sumber]Tahun | Karya tercalon | Acara | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2008 | "One More Time" (Jewelry) | Golden Disk Awards | Digital Daesang | Menang |
2009 | "Hot Issue" (4minute) | Cyworld Digital Music Awards | Rookie of the Month — June[13] | Menang |
"Mystery" (BEAST) | Rookie of the Month — December[14] | Menang | ||
2011 | "HuH" (4minute) | Seoul Music Awards | Bonsang Award[15] | Menang |
"Soom" (BEAST) | Menang | |||
"Shock" (BEAST) | Menang | |||
"Fiction" (BEAST) | KBS Music Festival | Song of the Year[16] | Menang | |
"Mirror Mirror" (4minute) | Golden Disk Awards | Digital Bonsang Award[17] | Menang | |
Fiction and Fact (BEAST) | Disk Bonsang Award[18] | Menang | ||
2013 | "U&I" (Ailee) "NoNoNo" (A Pink) "Now" (Trouble Maker) |
MelOn Music Awards | Song Writer Award[19] | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b eternalc2h (January 23, 2012). "Shinsadong Horaengi's new girl group EXID postpone their debut to February, Why?". Korea.com. Dicapai pada September 20, 2013.
- ^ (Korea) 용감한 형제 "17살 때 소년원行.." 충격 과거 고백. Osen. October 25, 2011.
- ^ a b 신사동호랭이 "여자 '용준형' 키우고 있어요"(인터뷰). (Korea) Star News. December 1, 2011.
- ^ Winners at the 18th Korean Culture Entertainment Awards. allkpop. Dec 15, 2010.
- ^ Who really moves the music industry? Meet the movers & shakers of K-pop allkpop. Aug 25, 2011.]
- ^ (Korea) 신사동 호랭이, ‘텐텐클럽’서 제작 걸그룹 팀명 ’EXID’ 깜짝 공개 Diarkibkan 2012-07-10 di archive.today. Yahoo! Korea. December 3, 2011.
- ^ (Korea) 신사동호랭이 "음반제작 꿈, 또 넘어서야죠" – 1등 인터넷뉴스 조선닷컴. Chosun. December 22, 2011.
- ^ (Korea) 홍승성·김도훈 등 각계 최고 모여 뮤직아카데미 설립. mydaily. September 3, 2011.
- ^ (Korea) '아이돌 작곡가' 신사동호랭이, 트렌드를 버렸다?(인터뷰①). Joy News 24. May 6, 2011.
- ^ (Korea) 신사동 호랭이, 티아라 '보핍보핍' "사실은 좀 창피했다". TV Daily. October 26, 2011.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-13. Dicapai pada 2017-12-21.
- ^ "Duble Sidekick and Shinsadong Tiger Join Forces under Wellmade Yedang". Soompi. 26 May 2014. Dicapai pada 25 March 2016.
- ^ (Korea) Cyworld Digital Music Awards. Cyworld.
- ^ (Korea) Cyworld Digital Music Awards. Cyworld. December 2009. Retrieved February 5, 2011.
- ^ Winners from the 20th High1 Seoul Music Awards. allkpop. January 20, 2011.
- ^ B2ST wins ‘Song of the Year’ + Performances from the ’2011 KBS Music Festival’ (Part 2). allkpop. December 30, 2011.
- ^ Winners from the 26th Golden Disk Awards (Part 2). allkpop. January 12, 2012.
- ^ Winners from the 26th Golden Disk Awards (Part 1). allkpop. January 11, 2012.
- ^ "Congratulations to Shinsadong Tiger!". LOEN Entertainment Official Twitter. Twitter.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Shinsadong Tiger Diarkibkan 2014-12-30 di Wayback Machine on Rainbow Bridge Agency