Sitiawan
Pekan Sitiawan | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Daerah Manjung |
Mukim | Pekan Sitiawan |
'KeluasanKepadatan 514 km/2' | N/A |
Sitiawan atau ejaan alternatif Setiawan merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Manjung, negeri Perak. Bandar-bandar yang berdekatan dengannya ialah Lumut, Ayer Tawar, Kampung Gajah, Tronoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, dan Ipoh.
Pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dilahirkan di Kampung Koh, Sitiawan. Banyak kampung baru telah dibakar oleh komunis semasa zaman darurat. Namun Chin Peng menafikan semua itu angkara pasukannya.
Asal-usul nama
[sunting | sunting sumber]Nama bandar ini dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Bahasa Melayu, iaitu Setia dan Kawan, yang telah disingkatkan menjadi Setiawan dan akhirnya disebut sebut sebagai Sitiawan.
Sejarah awal dikatakan berasal dari sekawan gajah yang melalui kampung ini, tiba-tiba seekor darinya hilang dari kumpulan itu. Seekor dari gajah jantan telah pergi mencari kawannya itu, rupa-rupanya seekor gajah betina telah lekat didalam sungai dinding gajah itu cuba bergerak tetapi makin lama, makin tenggelam. Gajah jantan setia menunggu kawannya dan cuba membantu. Akhirnya kedua-dua gajah itu mati dalam sungai itu. Pada mulanya kampung itu digelar Kampung Gajah Mati. Kemudian ditukar kepada Kampung Setia Kawan sempena peristiwa kematian dua ekor gajah itu. Sebutan Setiakawan akhirnya menjadi Sitiawan.
Pada Abad ke 19, Kampung ini berkembang menjadi pusat pentadbiran daerah Dindings. Iaitu sekitar 1870an, kapal-kapal wap memasuki pelabuhan yang menguruskan eksport bijih timah dan getah. Pentadbiran pelabuhan ketika itu adalah di bawah Kerajaan Residen Inggeris di Pulau Pinang. Kehadiran masyarakat cina yang berhijrah dari Negeri China ke kawasan ini memajukan lagi kawasan ini. Ekonomi yang rancak seterusnya memajukan bahagian Simpang Empat dan menjadi bandar Sitiawan. Kini Bandar Sitiawan terdiri dari Sitiawan, Seri Manjung, Lumut dan Pelabuhan Lumut berkembang pesat menjadi daerah Manjung daerah yang paling membangun di dalam Negeri Perak.
Senarai Masjid & Surau
[sunting | sunting sumber]- Masjid Az-zakiah Kampung Tanjung Kepah Lekir, 32020 Sitiawan
- Masjid Ikramiah Kampung Kayan, Lekir, 32030 Sitiawan
- Masjid Al Khairiah Batu 10 Lekir, 32020 Sitiawan
- Masjid Khairiah batu 14 Lekir, 32020 Sitiawan
- Masjid Al-Nabawiah Felcra Gugusan Lekir, 32000 Sitiawan
- Masjid Al-rahmaniah batu 8 Lekir, 32020 Sitiawan
- Masjid Al-Ismailiah Kampung Sungai Tiram, 32020 Sitiawan
- Masjid Al-Khairiah Kampung Sitiawan, 32000 Sitiawan
- Masjid An-nasriyah Simpang Empat, 32000 Sitiawan
- Masjid Al Ikram,Taman Sejati 3,Sitiawan
- Surau Diri Jumaat Al Jamiah,Kg Cina,Sitiawan
- Surau Nurul Al Syahadah,Taman Terus Maju,Sitiawan
- Surau Al Azim,Kompleks Kastam Sitiawan,Sitiawan
- Surau Al FatH,Taman Berpadu,Sitiawan