Skala Richter
Skala magnitud Richter (atau ringkasnya skala Richter) ialah suatu sistem skala seismos yang dibangunkan bagi memberikan suatu nombor bagi mewakili tenaga yang dibebaskan semasa suatu gempa bumi.
Skala ini ialah suatu skala logaritma asas-10. Magnitudnya ditakrifkan sebagai logaritma nisbah amplitud gelombang yang diukur oleh seismograf kepada suatu amplitud kecil sembarangan. Jadi gempa bumi yang berukuran 5.0 pada skala Richter memiliki amplitud gegaran 10 kali lebih besar daripada gempa yang berukuran 4.0, dan berpadanan dengan keluaran tenaga 31.6 kali lebih besar.[1]
Sejak pertengahan abad ke-20, penggunaan skala magnitud Richter telah mula digantikan oleh skala magnitud momen (MMS) di banyak negara.
Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Skala Richter dicipta oleh Charles Francis Richter pada 1935: Charles sebelum ini telah mempelajari bidang seismologi di Universiti Stanford. Pada tahun 1927, Beliau mula bekerja di makmal seismologi di Pasadena, California dan setahun kemudian Charles F. Richter telah melanjutkan pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang fizik teori di Institut Teknologi California (CalTech) pada tahun 1928.
Pada tahun 1935, Richter dengan bantuan Beno Gutenberg telah mengembangkan satu sistem untuk mengukur kekuatan gempa bumi yang dikenali sebagai skala Richter sempena namanya dan pada mulanya bertujuan digunakan di California sahaja. Skala Richter yang dikembangkannya merupakan gandaan matematik untuk membezakan sesuatu kekuatan gempa bumi dan diterima pakai secara meluas setelah diubah suai. Kekuatan gempa bumi ditetapkan dengan penggunaan logaritma gandaan (amplitud) gelombang yang dirakamkan oleh mesin seismograf.
Richter memilih secara sembarangan peristiwa bermagnitud 0 ialah gempa bumi yang menunjukkan sesaran mendatar tergabung maksimum sebanyak 1 µm pada seismogram yang direkod menggunakan seismograf kilasan Wood-Anderson 100 km (62 bt) dari pusat gempa. Gempa bumi terkecil yang boleh direkodkan dan dikenal pasti ketika itu ialah sekitar magnitud 3. Sebagai bandingan, gempa dengan kekuatan 2.0 atau lebih kecil dianggap gempa mikro, biasanya tidak dapat dikesan oleh manusia dan hanya dirakamkan di mesin seismograf tempatan. Gempa bumi dengan kekuatan 4.5 mampu dirakam mesin seismograf di seluruh dunia dan berlaku beribu kali setahun. Kekuatan 5.3 dikelaskan sebagai gempa bumi sederhana dan kekuatan 6.3 dikelaskan sebagai gempa bumi yang kuat.[1]
Gempa bumi besar seperti yang terjadi di Alaska tahun 1964 diukur memiliki magnitud 8.0 atau lebih. Rata-rata satu gempa bumi yang berukuran seperti itu terjadi setiap tahun.[1]
Magnitud Richter
[sunting | sunting sumber]Magnitud Richter suatu gempa bumi ditentukan daripada logaritma amplitud gelombang yang direkodkan seismograf (pelarasan dibuat bagi memampas jarak antara seismograf dan pusat gempa). Formula asal ialah:[2]
di mana A ialah persiaran maksimum seismograf Wood-Anderson, fungsi empirik A0 bergantung hanya pada jarak epipusat stesen tersebut, . Pada praktiknya, purata bacaan daripada semua stesen pencerapan diambil selepas pelarasan bagi mendapat nilai .
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Skala seismos
- Skala Mercalli (skala keamatan)
- Skala magnitud momen ("pengganti" skala Richter)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Measuring the Size of an Earthquake". USGS. Dicapai pada 1 Mac 2014.
- ^ William L. Ellsworth (1991). "The Richter Scale , from The San Andreas Fault System, California (Professional Paper 1515)". USGS: Bab 6, m/s. 177. Dicapai pada 2009-09-14. Cite journal requires
|journal=
(bantuan)