Suara Kekasih
Suara Kekasih | |
---|---|
Pengarah | Ida Farida |
Penulis | Fauziah Ahmad Daud |
Cerita oleh | Fauziah Ahmad Daud |
Dibintangi | Azmil Mustapha Fauziah Ahmad Daud Ebby Saiful Lydiawati Rosnani Jamil Connie Ahmad |
Syarikat penerbitan | Amir Communications |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 104 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 542,809.15 |
Suara Kekasih merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1986. Filem Suara Kekasih diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Suara Kekasih mula ditayangkan pada 6 Ogos 1986 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Azmil Mustapha, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Suara Kekasih diarah oleh pengarah Ida Farida pada 1986.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan percintaan di antara Ayu (Ogy Ahmad Daud) dan Taufiq (Azmil Mustapha). Taufiq merupakan seorang pengurus syarikat insuran manakala Ayu pula seorang penyanyi di sebuah kelab malam. Mereka berdua berlatarbelakang keluarga yang berbeza. Taufiq berasal dari keluarga orang berada manakala Ayu berasal dari keluarga orang sederhana. Taufiq telah memaklumkan kepada ibunya yang dia sedang menjalinkan hubungan cinta dan akan berkahwin dengan Ayu, tetapi ibunya tidak merestui perhubungan tersebut. Tidak seperti ibu kepada Ayu (Rosnani Jamil) yang sentiasa merestui perhubungan cinta tersebut.
Pada suatu hari, Ayu ada terbaca sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh ibu Taufiq. Isi kandungan surat tersebut menyatakan keengganan ibu Taufiq untuk merestui hubungan Taufiq dan Ayu, malahan ibu Taufiq menghina Ayu dengan ucapan seperti Ayu merupakan orang yang tidak diketahui asal-usul keturunan dan mencari rezeki dengan cara terkinja-kinja di atas pentas hiburan. Detik itulah, Ayu mulai berasa serba salah untuk meneruskan percintaan tersebut sedangkan Taufiq begitu berharap untuk berkahwin dengan Ayu. Ayu menjelaskan kepada Taufiq, kenapa dia sanggup berbohong mengenai latar belakang dirinya terhadapnya dan mengharapkan perpisahan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi. Rupa-rupanya, perhubungan yang tidak direstui oleh orang tua ini pernah dialami oleh ibu Ayu sendiri sewaktu Ayu berusia 2 bulan di dalam kandungan. Disangkakan bapanya telah meninggal dunia tetapi sebaliknya berlaku. Bapanya seorang anak tunggal tidak dapat mempertahankan rumahtangganya dan memilih keluarga untuk terus berbakti agar tidak menderhaka, maka disitulah detik terakhir mereka bertemu. 23 tahun sudah berlalu, ini membuatkan Ayu terpaksa menarik diri dari meneruskan perhubungan cinta tersebut walaupun dia sedar bahawa Taufiq adalah cinta pertamanya.
Taufiq juga serba salah tetapi dia tidak sanggup untuk menderhaka terhadap ibunya dan lebih penting lagi, tidak sanggup kehilangan harta dan kedudukan keluarganya sekiranya dia memilih untuk meneruskan hubungan dengan Ayu. Dia juga sering mendapat nasihat dari sahabatnya, Amir (Ebby Saiful) agar hidupnya tidak terlalu rungsing. Masa depan Taufiq juga telah ditentukan oleh ibunya dimana dia harus berkahwin dengan pilihan ibunya (lakonan Connie Ahmad). Maka berakhirlah perhubungan antara Taufiq dan Ayu. Namun, perkahwinan mereka tidak menemui kebahgiaan, Taufiq tetap mencari Ayu walaupun Ayu sentiasa menolak perlawaan cinta tersebut. Ayu menegaskan kepada Taufiq, kisah silam perlu di buang jauh-jauh dan jangan sekali-kali meruntuhkan rumahtangga yang telah dibina hanya kerana dirinya sahaja. Di suatu hari, mereka bersua untuk kali yang terakhir di villa Taufiq (tempat kenangan silam mereka), dimana mereka telah berjanji untuk sehari semalam sahaja mereka menjadi pasangan kekasih. Keesokkan harinya selepas ayam berkokok (secara simbolik), masing-masing akan membuat haluan sendiri dan berpisah buat selama-lamanya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Azmil Mustapha sebagai Taufiq
- Fauziah Ahmad Daud sebagai Ayu
- Lydiawati sebagai Mimi
- Ebby Saiful sebagai Amir
- Rosnani Jamil sebagai ibu Ayu
- Connie Ahmad sebagai isteri Taufiq
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Rosli Rahman Adam sebagai Juruteknik Rakaman
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Metropolitan sebagai Band Pengiring
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Tracklist
[sunting | sunting sumber]- "Kisah Cinta" - Ebby
- "Rela Menanti" - Ebby & Ogy
- "Cinta Tak Bermusim" - Ebby
- "Senandung Duka" - Ogy
- "Bila Bunga-Bunga Berguguran" - Ogy