Pergi ke kandungan

Takhta Suci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Takhta Suci
تختا سوچي
Sancta Sedes (Bahasa Latin)
Santa Sede (Bahasa Itali)
Holy See (Bahasa Inggeris)
Jata
Bidang kuasaKota Vatikan
Pelbagai premis luar kawasan di Rom, Itali
Bahasa rasmiBahasa Latin
Bahasa kerjaBahasa Itali
Bahasa Perancis (tujuan diplomatik)[1]
JenisTakhta gereja Paus merangkumi ketua Gereja Katolik sedunia
Pemerintahan
• Paus
Paus Franciscus
• Setiasusaha Kardinal Negara
Pietro Parolin
Laman sesawang rasmi
Vatican.va

Takhta Suci (Itali: Santa Sede; Latin: Sancta Sedes; sebutan bahasa Latin[ˈsaŋkta ˈsedes]; bahasa Inggeris: Holy See) merupakan bidang kuasa yang bertanggungjawab dalam Gereja Katolik di Rom, takhta persemayaman Paus serta suatu entiti berdaulat yang bebas. Ia berfungsi sebagai titik pusat bagi Gereja Katolik di seluruh dunia atas sebab kedudukannya yang terunggul dalam gereja sedunia. Ia kini berfungsi sebagai badan pentadbiran bagi semua penganut Katolik yang berada di dalam gereja, Patriarkat dan institut keagamaan masing-masing.

Secara diplomatiknya, Takhta Suci bertindak bagi pihak seluruh Gereja. Ia turut diiktiraf oleh entiti lain mengikut undang-undang antarabangsa sebagai suatu entiti berdaulat yang diketuai Paus, di mana hubungan diplomatik dapat dikekalkan.[2][3] Ia sering disamakan dengan "Vatikan", namun takhta tersebut tidak sama dengan entiti yang bernama "Negara Kota Vatikan" yang wujud pada tahun 1929 selepas termeterainya Perjanjian Lateran; Takhta Suci iaitu takhta gereja Rom diwujudkan sejak berkurun lamanya. Duta-duta ditauliahkan tidak kepada Negara Kota Vatikan tetapi kepada "Takhta Suci", dan wakil-wakil paus ke negara dan pertubuhan antarabangsa diiktiraf sebagai pewakilan kepada Takhta Suci, bukannya Negara Kota Vatikan. Kewujudan negara Kota Vatikan bertujuan memastikan kebebasan diplomatik dan rohaniah si Paus.

Status dalam undang-undang antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Hubungan luar dengan Takhta Suci.
  Hubungan diplomatik
  Hubungan lain
  Tiada hubungan

Takhta ini diakui secara pengamalannya serta dalam penulisan ilmuwan undang-undang tertakluk kepada undang-undang awam antarabangsa, dengan hak-hak dan tugas yang lebih kurang setaraf dengan sesebuah negara. Meskipun ia tidak memenuhi kriteria yang sedia ada dalam undang-undang kedaulatan antarabangsa berbanding "Negara Kota Vatikan"—berpendudukan kekal, mempunyai sempadan dan kawasan yang jelas, sebuah pemerintah yang stabil serta keupayaan mewujudkan hubungan dengan negara lain[4]—pemilikan personaliti undang-undangnya dalam undang-undang antarabangsa ditunjukkan melalui pengekalan hubungan diplomatik dengan 180 buah negara,[5] kedudukannya sebagai negara anggota[6] dalam pelbagai pertubuhan antara pemerintah, dan peranannya yang "dihormati dalam komuniti negara berdaulat antarabangsa dan dilayan sebagai taklukan undang-undang antarabangsa yang berkeupayaan terlibat dalam hubungan diplomatik serta memasuki perjanjian terikat dengan satu atau beberapa negara mengikut undang-undang antarabangsa yang bertujuan besarnya untuk mewujudkan serta mengekalkan keamanan di dunia."[7]

Ia merupakan ahli dalam pelbagai pertubuhan dan kumpulan antarabangsa termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama dalam Eropah (OSCE), Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan Pesuruhjaya Tinggi PBB Bersatu untuk Pelarian (UNHCR). Ia juga pemerhati tetap dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa termasuk Perhimpunan Agung PBB, Majlis Eropah, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya PBB (UNESCO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

Hubungan dengan pihak Vatikan serta kawasan-kawasan lain

[sunting | sunting sumber]

Meskipun Takhta Suci berkait rapat dengan Vatikan, kawasan merdeka yang meliputi Takhta Suci adalah berdaulat, kedua-dua entiti ini saling terpisah dan berbeda dari satu sama lain. Takhta Suci tidak memiliki kedaulatan kawasan berikutan penyerahan Negeri-Negeri Paus pada tahun 1870 kepada pemerintah Itali. Meskipun terdapat beberapa ketidaksefahaman antara para pakar undang-undang terutamanya tentang peranan akan datang Takhta Suci dalam urusan antarabangsa, namun hakikatnya Takhta Suci tetap boleh menjalankan haknya mengirim dan menerima perwakilan diplomatik, memelihara hubungan dengan negara kekuatan utama Rusia, Prusia, dan Austria-Hungary. Sepertimana yang bersesuaian dengan keputusan Kongres Vienna tahun 1815, Nuncio Apostolik bukan hanya anggota Korps Diplomatik melainkan dekannya, ketentuan ini tetap diterima oleh para duta besar lainnya. Sepanjang 59 tahun Takhta Suci ketiadaan memiliki kedaulatan wilayah, jumlah negara yang berhubungan diplomatik dengannya sebelumnya kurang 16 negara bertambah menjadi sebanyak 29 negara.[8]

Negara Vatikan didirikan berdasarkan Perjanjian Lateran pada tahun 1929 "untuk memastikan kemerdekaan Takhta Suci yang mutlak dan kasar mata" dan "untuk menjaminnya sebagai negara berdaulat yang tidak tersengketa dalam urusan antarabangsa" (petikan dari Perjanjian Lateran). Uskup Agung Jean-Louis Tauran, mantan Setisusaha untuk Hubungan dengan Negara Lain Takhta Suci, berkata bahawa Vatikan adalah "negara penyokong kecil yang menjamin kebebasan rohaniah Paus dengan [keluasan] wilayah minimum".[9]

Takhta Suci berperanan memelihara hubungan diplomatik dengan negara lain dan bukannya pihak Kota Vatikan.[10] Maka, kedutaan asing diperuntukkan bagi mewakili Takhta Suci dan pihak Takhta Sucilah yang membuat perjanjian dan konkordat dengan entiti berdaulat lainnya. Takhta Suci akan turut serta dalam suatu perjanjian atas nama pihak Vatikan sekiranya perlu.

Di bawah pasal-pasal Perjanjian Lateran, Takhta Suci memiliki penguatkuasaan luar wilayah di 23 kawasan di Rom dan lima kawasan Itali di luar Rom, termasuk Istana Kepausan di Castel Gandolfo. Penguatkuasaan yang sama berdasarkan undang-undang antarabangsa juga dipelihara terhadap Nuncio Apostolik Takhta Suci yang berada di luar negara.

  1. ^ "About the Holy See".
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2010. Dicapai pada 5 Februari 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ Kedaulatan Takhta Suci diiktiraf secara jelasnya dalam banyak perjanjian antarabangsa serta ditekankan secara khususnya dalam perkara 2 Perjanjian Lateran pada 11 Februari 1929, di mana "Itali mengiktiraf kedaulatan Takhta Suci dalam hal-ehwal antarabangsa sebagai suatu lambang sedia ada yang mengikut tradisinya serta keperluan misinya ke seluruh dunia" (Lateran Treaty, English translation).
  4. ^ Kriteria-kriteria kenegaraan ini diisytiharkan penguatkuasaannya dalami Konvensyen Montevideo mengenai Hak dan Tanggungjawab Negara yang ditandatangani negara-negara benua Amerika pada 26 Disember 1933.
  5. ^ "Bilateral and Multilateral Relations of the Holy See, update on October 22, 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ misalnya IAEA, OSCE, IOM Diarkibkan 12 Disember 2007 di Wayback Machine
  7. ^ Araujo, Robert; Lucal, John (2004). Papal Diplomacy and the Quest for Peace, the Vatican and International Organizations from the early years to the League of Nations. Sapienza Press. m/s. 16. ISBN 1-932589-01-5. Lihat juga: James Crawford, The Creation of States in International Law (1979), m/s. 154.
  8. ^ Kuliah oleh Uskup Agung Giovanni Lajolo, 16 Februari 2006. 30giorni.it. Diakses pada tanggal 11 September 2011.
  9. ^ "Kuliah oleh Uskup Agung Jean-Louis Tauran". Vatican.va. 22 April 2002. Dicapai pada 11 September 2011. ...a miniscule support-State that guarantees the spiritual freedom of the Pope with the minimum territory... Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ Hubungan Bilateral dan Multilateral Tahta Suci. Vatican.va. Diakses pada tanggal 11 September 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]