The Incredibles
The Incredibles | |
---|---|
Pengarah | Brad Bird |
Penulis | Brad Bird |
Dihasilkan oleh | John Walker |
Dibintangi | Craig T. Nelson Holly Hunter Sarah Vowell Spencer Fox Jason Lee Samuel L. Jackson Elizabeth Peña Brad Bird |
Sinematografi | Andrew Jimenez Patrick Lin Janet Lucroy |
Disunting oleh | Stephen Schaffer |
Muzik oleh | Michael Giacchino |
Diedarkan oleh | Buena Vista Pictures Distribution[1] |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 115 minit[2] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $92 juta[3] |
Pecah panggung | $631,442,092[3] |
The Incredibles ialah sebuah filem cetera animasi komputer Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh Pixar untuk Walt Disney Pictures pada 2004 dan juga pemenang Anugerah Academy, yang mengisahkan sekeluarga adiwira. Filem ini dikarang dan diarah oleh Brad Bird, seorang bekas pengarah The Simpsons yang sebelum ini paling dikenali kerana mengarah filem animasi The Iron Giant pada tahun 1999. The Incredibles asalnya dimajukan sebagai filem animasi tradisional untuk Warner Bros., tetapi selepas Warner menutup bahagian animasinya, Bird beralih ke Pixar dan membawa bersama ceritanya.[4][5][6]
The Incredibles ialah filem cetera Pixar keenam yang dipersembahkan oleh Walt Disney Pictures dan dikeluarkan oleh Buena Vista Distribution di Amerika Utara pada 5 November 2004, dan juga filem Pixar pertama yang diklasifikasi "PG" (bimbingan ibu bapa) oleh MPAA dan juga filem Pixar pertama yang menampilkan barisan watak-watak manusia sepenuhnya.
Plot
[sunting | sunting sumber]Templat:Spoiler Pada tahun 1960-an,[7][8][9] setelah suatu usaha menyelamatkan tren menyebabkan suatu bencana dengan seratus orang cedera, timbulnya tuntutan mahkamah tanpa henti yang memaksa para adiwira (Supers) menyertai rancangan tajaan pemerintah yang mirip perlindungan saksi yang mensyaratkan semua adiwira dalam negara menghentikan semua kerja menyelamat ereka.
15 tahun kemudian, dua orang adiwira, Mr. Incredible (Craig T. Nelson) dan Elastigirl (Holly Hunter) sudah berkahwin dan menjalani kehidupan normal berpengenalan sebagai Bob dan Helen Parr. Mereka berumah di pinggir bandar dan membesarkan tiga orang anak bernama Violet (Sarah Vowell), Dashiell ("Dash") (Spencer Fox) dan bayi Jack-Jack (Eli Fucile). Violet dan Dash memiliki kuasa luar biasa macam ibu bapa mereka, tetapi Jack-Jack seolah normal.
Suatu hari, Bob murung kerana dipecat dari syarikat Insuricare, sehingga Mirage (Elizabeth Peña), seorang ejen misteri, menghubungi Bob dan menawarkannya satu kerja yang bergaji amat lumayan: menewaskan robot pengkhianat Omnidroid 8000 yang mengamuk di pulau gunung berapi Nomanisan yang tersembunyi. Bob terus menyahut cabaran ini sambil menyorok pemecatannya dan kembalinya ke kerja adiwira. Bob berjaya menewaskan robot itu dan meminta khidmat Edna Mode untuk membaiki pakaian supernya.
Dua bulan kemudian, Mirage memanggil Bob dengan tugasan baru. Helen mendengar perbualan ini, tetapi tidak sedar apa yang dibualkan mereka. Sekembali Bob ke pulau itu, dia diserang hendap dan ditewaskan oleh versi diperkukuh robot prototaip Omnidroid, lalu dijadikan tebusan Syndrome (Jason Lee); seorang peminat Mr. Incredible sewaktu muda bernama Buddy Pine yang hendak menjadi pembantunya namun berpaling tadah selepas kecewa dengan sikap angkuh Mr Incredible. Di rumah pula, Helen perasan sut super Bob telah dibaiki. Dia melawat Edna dan menyedari bahawa Bob kembali menjadi adiwira. Apabila menghubungi Insuricare dia juga mendapati Bob tidak bekerja di sana lagi. Edna juga mereka sut super untuk Helen dan anak-anak, lalu memesan Helen agar mengawal situasi.
Barisan pelakon suara asal
[sunting | sunting sumber]Pelakon | Sebagai |
---|---|
Maeve Andrews | Jack Jack Parr (raksasa) |
Brad Bird | Edna "E" Mode |
Wayne Canney | Principal |
Kimberly Adair Clark | Honey |
Spencer Fox | Dashiell Parr, aka Dash |
Eli Fucile | Jack Jack Parr (manusia) |
Holly Hunter | Helen Parr, aka Elastigirl |
Samuel L. Jackson | Lucius Best aka Frozone |
Jason Lee | Buddy Pine, aka Buddy Pine (Syndrome), aka Incrediboy |
Dominique Louis | Bomb Voyage |
Bud Luckey | Rick Dicker |
Craig T. Nelson | Bob Parr, aka Mr. Incredible |
Teddy Newton | Pengulas Newsreel |
Bret 'Brook' Parker | Kari McKeen |
Elizabeth Peña | Mirage |
John Ratzenberger | The Underminer |
Lou Romano | Bernie Kropp |
Wallace Shawn | Gilbert Huph |
Jean Sincere | Mrs. Hogenson |
Sarah Vowell | Violet Parr |
Barisan pengalih suara (Bahasa Melayu)
[sunting | sunting sumber]Pelakon | Sebagai[10] |
---|---|
Jamalludin Zakaria | Bob Parr, aka Mr. Incredible |
Azizah Jais | Helen Parr, aka Elastigirl |
Fakhrul Razali | Dashiell Parr, aka Dash |
Noorhayati Maslini binti Omar | Violet Parr |
Rahim Kedol | Lucius Best aka Frozone |
Mohd Azizul Sani Mohd Salleh | Buddy Pine, aka Buddy Pine (Syndrome), aka Incrediboy |
Zairaini Sarbini | Edna "E" Mode |
Izwanna Sulaiman | Mirage |
Masny Salleh | Honey |
Zahisham bin Ujang | Bomb Voyage |
Sharul Nizam Samsudin | Rick Dicker |
Zahisham bin Ujang | Pengulas Newsreel |
Rahim Kedol | The Underminer |
Zahisham bin Ujang | Bernie Kropp |
Zahisham bin Ujang | Gilbert Huph |
Masny Salleh | Mrs. Hogenson |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaIncrediblesAFI
- ^ "THE INCREDIBLES". British Board of Film Classification.
- ^ a b "The Incredibles (2004)". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada 2 Ogos 2013.
- ^ Acuna, Kirsten (June 12, 2018). "'The Incredibles' actually takes place decades ago — here's the moment that proves it". ThisIsInsider.com. Insider Inc. Dicapai pada November 19, 2018.
- ^ "The One Thing You Never Noticed About The Incredibles". Oh My Disney. Dicapai pada November 19, 2018.
- ^ "Hold up, The Incredibles is Set in 1960's?". Star 104.5. Dicapai pada November 19, 2018.
- ^ Acuna, Kirsten (June 12, 2018). "'The Incredibles' actually takes place decades ago — here's the moment that proves it". ThisIsInsider.com. Insider Inc. Dicapai pada November 19, 2018.
- ^ "The One Thing You Never Noticed About The Incredibles". Oh My Disney. Dicapai pada November 19, 2018.
- ^ "Hold up, The Incredibles is Set in 1960's?". Star 104.5. Dicapai pada November 19, 2018.
- ^ "Senarai pelakon suara The Incredibles - Bahasa Melayu". Facebook. Dicapai pada 1 Januari 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan The Incredibles |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: The Incredibles |
- Tapak web rasmi
- The Incredibles di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- The Incredibles di TCM Movie Database
- The Incredibles di Pangkalan Data Big Cartoon
- (Inggeris) The Incredibles di AllMovie
- The Incredibles di Rotten Tomatoes
- The Incredibles di Metacritic
- The Incredibles di Box Office Mojo
- The Incredibles production notes Diarkibkan 2016-03-28 di Wayback Machine
- Filem 2004
- Filem animasi komputer 2004
- Filem aksi 2000-an
- Filem animasi Amerika 2000-an
- Filem komedi 2000-an
- Filem adiwira animasi 2000-an
- Filem aksi komedi Amerika
- Filem animasi komputer Amerika
- Filem adiwira Amerika
- Filem animasi aksi
- Filem animasi adiwira
- Filem animasi tentang dendam
- Pemenang Anugerah Akademi Ciri Animasi Terbaik
- Pemenang Anugerah Annie Ciri Animasi Terbaik
- Pemenang Anugerah Pengkritik Filem Ciri Animasi Penyiaran Terbaik
- Adiwira kanak-kanak
- Keluarga fiksyen
- Skor filem oleh Michael Giacchino
- Filem adiwira
- Filem berkenaan keluarga
- Filem berkenaan orang hilang
- Filem arahan Brad Bird
- Set filem di atas kepulauan
- Filem yang memenangi Anugerah Akademi Penyuntingan Bunyi Terbaik
- Anugerah Hugo untuk Penyampaian Dramatik Terbaik, karya-karya memenangi Bentuk Panjang
- The Incredibles
- Halimunan dalam fiksyen
- Filem krisis pertengahan umur
- Filem animasi Pixar
- Filem komedi adiwira
- Kumpula adiwira
- Filem Walt Disney Pictures
- Filem animasi
- Filem Amerika Syarikat tahun 2004
- Filem animasi Amerika Syarikat
- Filem animasi Disney
- Filem bahasa Inggeris
- Filem Disney
- Filem Pixar