Turas laluan rendah
Turas laluan rendah digunakan untuk meneruskan isyarat berfrekuensi rendah dan meredam isyarat berfrekuensi tinggi. Isyarat dapat berupa isyarat elektrik seperti perubahan tegangan mahupun data-data digital seperti cahaya dan bunyi.
Untuk isyarat elektrik, turas laluan rendah dapat digunakan dengan meletakkan peraruh secara siri dengan sumber isyarat atau dengan meletakkan pemuat secara selari dengan sumber isyarat. Contoh penggunaan turas ini adalah pada aplikasi audio, iaitu pada peredaman frekuensi tinggi (yang biasa digunakan pada tweeter) sebelum masuk ke pembesar suara bass atau subwoofer (frekuensi rendah). Peraruh yang diletakkan secara siri dengan sumber tegangan akan meredam frekuensi tinggi dan meneruskan frekuensi rendah, sedangkan sebaliknya kapasitor yang diletakkan secara siri akan meredam frekuensi rendah dan meneruskan frekuensi tinggi.
Untuk isyarat seperti data-data digital dapat dituras dengan melakukan operasi matematik seperti lingkaran. Sambutan dedenyut terhingga (Finite impulse response - FIR) dan sambutan dedenyut tak terhingga (Infinite impulse response - IIR) adalah algoritma untuk menuras isyarat digital. Contoh penggunaan turas laluan rendah pada isyarat digital adalah memperhalus gambar dengan Gaussian blur.
Batas frekuensi antara isyarat yang dapat diteruskan dan yang diredam disebut dengan frekuensi penggal. Frekuensi penggal dapat ditentukan seperti berikut:
Iaitu:
R: Nilai hambatan
C: Nilai kapasitor
Turas laluan rendah yang dirangkai dengan turas laluan tinggi (filter yang meneruskan frekuensi tinggi) akan membentuk turas baru, iaitu turas jalur-laluan (meneruskan isyarat pada jangkauan frekuensi tertentu) ataupun turas jalur-hentian (menghambat isyarat pada frekuensi tertentu).