Wes Anderson
Wes Anderson | |
---|---|
Kelahiran | Wesley Wales Anderson 1 Mei 1969 Houston, Texas, Amerika Syarikat |
Pusat pendidikan | University of Texas at Austin |
Pekerjaan | Pengarah filem, penerbit, penulis lakon layar, pelakon |
Tahun aktif | 1994–kini |
Rakan kongsi domestik | Juman Malouf (2013–kini) |
Anak-anak | 1 |
Saudara | Eric Chase Anderson (adik), Mel Anderson (adik) |
Wesley Wales Anderson (lahir 1 Mei 1969) ialah seorang pengarah filem, penerbit, penulis lakon layar, dan pelakon dari Amerika Syarikat. Filem-filem beliau dikenali kerana gaya visual dan penceritaannya yang tersendiri.[1]
Anderson pernah dicalonkan dalam Anugerah Akademi untuk kategori Lakon Layar Terbaik untuk Royal Tenenbaums pada tahun 2001, Moonrise Kingdom pada tahun 2012 dan The Grand Budapest Hotel pada tahun 2014, serta Filem Animasi Terbaik untuk Fantastic Mr. Fox pada tahun 2009. Beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik pertamanya serta Anugerah Golden Globe kategori Filem Terbaik – Muzikal atau Komedi untuk The Grand Budapest Hotel pada tahun 2014. Beliau juga menerima Anugerah BAFTA untuk Layar Asal Terbaik pada tahun 2015. Filem-filemnya diterbitkan di bawah syarikatnya sendiri yang bernama American Empirical Pictures.[2]
Anderson dianggap oleh orang ramai sebagai seorang pengkarya auteur zaman moden. Beliau sering menerima pujian serta kritikan yang tekal atas karya-karyanya. Tiga filem arahannya – The Royal Tenenbaums, Moonrise Kingdom, dan The Grand Hotel Budapest – muncul dalam pungutan suara "filem-filem terhebat BBC 2016 sejak tahun 2000".[3]
Teknik pengarahan
[sunting | sunting sumber]Anderson mempunyai gaya pengarahannya yang tersendiri sehingga sestengah pengkriitk filem menganggapnya sebagai seorang auteur.[4][5][6][7] Beberapa ciri pengarahannya yang paling terkenal dibincangkan di bawah.
Tema dan cerita
[sunting | sunting sumber]Anderson memilih untuk mengarahkan filem komedi yang bergerak dengan pantas yang turut ditandai dengan unsur-unsur yang lebih serius atau sedih, yakni dengan tema-tema yang sering berpusat kepada kesedihan, kehilangan mruni hati, masalah keluarga berantakan, ditinggalkan ibu bapa, kecurangan, persaingan antara adik-beradik mahupun persahabatan yang tidak dijangka. Filemnya didorong kuat oleh watak-wataknya, dan oleh itu sering kalinya dipuji mahupun diejek kerana mengikut konsep seperti "gaya kaki sastera" (literal geek chic). Plot karya beliau sering melibatkan pencurian dan kehilangan yang tidak dijangka dengan kecenderungan beliau meminjam bebasnya dari genre filem caper.[8]
Gaya visual
[sunting | sunting sumber]Karya-karya Wes diperhatikan banyak menggunakan gerakan kamera yang mendatar, komposisi bersimetri yang melampau, zum segera, syot berjalan lambat, pilihan warna yang terhad serta gaya pengarahan seni yang menggunakan miniatur.[9] Gaya-gaya pilihannya memberikan filemnya suatu kualiti yang tersendiri yang telah menimbulkan banyak perbincangan, pengkajian kritis bahkan juga jenaka dan parodi. Banyak penulis, pengkritik bahkan Anderson sendiri telah berkata bahawa teknik-teknik sebegini memberikan karyanya rasa menjadi "dunia yang terkandung dengan sendirinya", atau "rumah yang berskala model".[tiada dalam ayat yang diberikan]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem cereka
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Sebagai pengarah | Sebagai penerbit | Sebagai penulis | Nota |
---|---|---|---|---|---|
1996 | Bottle Rocket | Ya | Ya | Ditulis bersama Owen Wilson | |
1998 | Rushmore | Ya | Ya | Ya | |
2001 | The Royal Tenenbaums | Ya | Ya | Ya | |
2004 | The Life Aquatic with Steve Zissou | Ya | Ya | Ya | Ditulis bersama Noah Baumbach |
2005 | The Squid and the Whale | Ya | |||
2007 | The Darjeeling Limited | Ya | Ya | Ya | Ditulis bersama Roman Coppola dan Jason Schwartzman |
2009 | Fantastic Mr. Fox | Ya | Ya | Ya | Lakon layar oleh Anderson dan Noah Baumbach; berdasarkan novel bertajuk sama oleh Roald Dahl |
2012 | Moonrise Kingdom | Ya | Ya | Ya | Ditulis bersama Roman Coppola |
2014 | The Grand Budapest Hotel | Ya | Ya | Ya | Lakon layar oleh Anderson; jalan cerita oleh Anderson dan Hugo Guinness |
She's Funny That Way | Ya | ||||
2017 | Escapes | Eksekutif | |||
2018 | Isle of Dogs | Ya | Ya | Ya | Lakon layar oleh Anderson; jalan cerita oleh Anderson, Roman Coppola, Jason Schwartzman dan Kunichi Nomura |
TBA | The French Dispatch | Ya | Ya | Ya |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Unique Filmmaking Style of Wes Anderson". The Los Angeles Times. Dicapai pada October 18, 2013.
- ^ "Wes Anderson". Variety.
- ^ "The 21st Century's 100 greatest films". BBC. August 23, 2016. Dicapai pada December 15, 2016.
- ^ Brody, Richard (November 2, 2009). "Wild, Wild Wes". The New Yorker. Dicapai pada December 15, 2016. Italic or bold markup not allowed in:
|magazine=
(bantuan) - ^ Redmond, Sean; Batty, Craig (April 9, 2014). "Wes Anderson is one of cinema's great auteurs: discuss". The Conversation. Dicapai pada December 15, 2016. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Frank, Priscilla (March 19, 2014). "Hypnotic Video Explores Wes Anderson's Quirky Obsession With Symmetry". The Huffington Post. Dicapai pada December 15, 2016. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Blume, Lesley M. M. (March 10, 2014). "What You Should Know About Wes Anderson". Vanity Fair. Dicapai pada December 15, 2016. Italic or bold markup not allowed in:
|magazine=
(bantuan) - ^ Klein, Joshua; dll. "Wes Anderson". They Shoot Pictures, Don't They?. Dicapai pada July 28, 2014.
- ^ Buono, Alex. "How We Did It: The Midnight Coterie of Sinister Intruders". www.alex-buono.com. Dicapai pada July 28, 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Wes Anderson di Unsung Films
- Wes Anderson di Allmovie
- Wes Anderson di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Tête-à-Tête with Nic Harcourt di majalah Los Angeles Times
- "Into The Deep", profil mendalam Anderson dari The Guardian, 12 Februari 2005
- "Wes Anderson", profil ringkas Wes nukilan Martin Scorsese untuk majalah Esquire.
- Wawancara dengan Wes Anderson untuk The Darjeeling Limited di Ioncinema.com
- Wawancara Wes dari rancangan CBC "The Hour with George Stroumboulopoulos" (Video)[pautan mati]
- "Notes on Quirky" Movie: A Journal of Film Criticism, No.1, 2010