Pergi ke kandungan

Wikidata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wikidata
Maklumat umum
URLhttps://wikidata.org/ dan https://www.wikidata.org/wiki/Wikidata:Main_Page Sunting nilai ini di Wikidata
Eponimwiki dan data Sunting nilai ini di Wikidata
SingkatanWD, ВД dan ВЗ Sunting nilai ini di Wikidata
JenisProjek kandungan Wikimedia Sunting nilai ini di Wikidata
Tersedia dalamBerbilang bahasa Sunting nilai ini di Wikidata
Ditubuhkan29 Oktober 2012 Sunting nilai ini di Wikidata
PendahuluWikiProjek Persondata dan pautan antara wiki Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia Sunting nilai ini di Wikidata
Penciptapenyunting Wikidata dan Wikimedia Jerman Sunting nilai ini di Wikidata
PengasasDenny Vrandečić, Markus Krötzsch dan Yayasan Wikimedia Sunting nilai ini di Wikidata
Gabunganweb semantik dan gambar rajah awan data terbuka berpaut Sunting nilai ini di Wikidata
Kandungan dan sokongan
TemaData terbuka berpaut Sunting nilai ini di Wikidata
LesenCC0, Atribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Atribusi-Perkongsian Serupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons Sunting nilai ini di Wikidata
Enjin perisianWikibase dan MediaWiki Sunting nilai ini di Wikidata
Pembangun webWikimedia Jerman dan Yayasan Wikimedia Sunting nilai ini di Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa7,136 (23 Mei 2021)
12,325 (28 November 2017)
12,382 (16 Jun 2018)
9,525 (8 Disember 2018)
14,946 (9 September 2017)
7,755 (8 Disember 2019)
8,206 (23 Jun 2019)
7,248 (27 Februari 2021) Sunting nilai ini di Wikidata
Anugerah
–  Open Publishing Awards (en) Terjemah (2019)
–  Open Data Award (en) Terjemah (4 November 2014) Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: Wikidata Twitter: wikidata Mastodon: wikidata@wikis.world Telegram: wikidatachat LinkedIn: wikidata-wf GitHub: Wikidata Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wikidata ialah sebuah projek yang menyediakan basis data yang disunting bersama untuk menyokong projek Yayasan Wikimedia seperti Wikipedia. Wikidata dilancarkan pada tanggal 29 Oktober 2012. Projek ini telah dimulai oleh Wikimedia bahasa Jerman dan bertujuan menyediakan sumber umum dari jenis data tertentu, misalnya hari lahir.

Wikidata dilancarkan pada tanggal 30 Oktober 2012 dan merupakan projek baru pertama dari Yayasan Wikimedia semenjak tahun 2006.[1][2]

Penciptaan projek ini dibiayai oleh Institut Allen untuk Kecerdasan Buatan, Yayasan Gordon dan Betty Moore, dan Google, Inc., dengan total 1,3 juta Euro.[3][4]

Pembangunan permulaan projek ini diawasi Wikimedia Deutschland dan dibahagikan kepada tiga fasa:

  1. Pemusatan pautan antara bahasa – pautan antara rencana-rencana Wikipedia tentang topik yang sama dalam pelbagai bahasa
  2. Penyediaan tempat pusat buat kotak maklumat bagi semua Wikipedia
  3. Pengwujudan dan pengemaskinian senarai rencana berasaskan data di Wikidata

Konsep-konsep

[sunting | sunting sumber]
Tiga penyataan daripada item Wikidata berkaitan planet Marikh. Nilai-nilai termasuk pautan ke item-item lain dan kepada Wikimedia Commons.

Wikidata ialah sebuah document-oriented database (pangkalan data berorientasikan dokumen), yang bertumpukan item. Setiap item mewakili sebuah topik atau tajuk (ataupun sebuah laman pentadbiran yang digunakan bagi menyelenggara Wikipedia) dan dicam dengan sebuah nombor unik, didahului dengan huruf Q — sebagai contoh, item untuk tajuk Politik ialah Q7163. Ini membolehkan maklumat asas yang diperlukan untuk mengenal pasti topik yang dirangkumi item itu dapat diterjemahkan tanpa memilih bulu antara bahasa-bahasa Wikipedia.

Maklumat ditambah pada item dengan mewujudkan penyataan. Penyataan dibuat dalam bentuk pasangan kunci-nilai, dengan setiap penyataan terdiri daripada sifat (kunci) dan nilai yang terkait pada sifat itu.

Susun letak empat komponen laman Wikidata fasa 1: label, pemerian, alias, dan pautan antara bahasa.
Pautan antara bahasa dalam rencana Wikipedia sebelum Wikidata. Pautan-pautan pada kotak suntingan di sebelah kiri, dan panampilan apabila laman disimpan di sebelah kanan.
Setiap rencana dalam senarai ini memerlukan senarai pautan ke rencana lain tersendiri. entri Wikidata untuk rencana ini memgumplkan maklumat ini.
Pautan kepada Wikidata bagi menyunting pautan antara bahasa.

Buat masa ini, hanya fasa pertama disediakan. Fasa ini membolehkan item diwujudkan dan dimuatkan dengan maklumat asas; sebuah label – nama atau tajuk, alias — nama alternatif untuk label, pemerian, dan pautan antara bahasa untuk rencana Wikipedia tentang tajuk.

Pada permulaannya, Wikidata merupakan repositori serba lengkap pautan antara bahasa. Tiada edisi bahasa Wikipedia dapat mencapai Wikidata, justeru terpaksa menyelenggara set pautan antara bahasa masing-masing. Pada 14 Januari 2013, Wikipedia Bahasa Hungary menjadi Wikipedia pertama yang menyediakan pautan antara bahasa melalui Wikidata.[5] Kefungsian ini dipanjangkan ke Wikipedia Bahasa Hebrew dan Itali pada 30 Januari, Wikipedia Bahasa Inggeris pada 13 Februari dan wikipedia yang lain pada 6 Mac.[6][7][8] Berikutan usul untuk mengehadkan pembuangan pautan-pautan bahasa daripada Wikipedia Inggeris tidak mendapat kata sepakat,[9] penyunting automatik ("bot") diluluskan bagi memadam pautan daripada Wikipedia Inggeris.

Aspek-aspek pertama fasa kedua dilaksanakan pada 4 Februari 2013, dengan kemasukan penyataan-penyataan pada entri-entri Wikidata. Pada mulanya nilai-nilai terbatas kepada dua jenis data (item dan imej-imej di Wikimedia Commons), dengan disusuli jenis data lain (seperti koordinat dan haribulan) kemudian.to follow later. Jenis data baharu, rentetan, dilaksanakan pada 6 Mac tahun yang sama.[10]

Kebolehan edisi pelbagai bahasa Wikipedia untuk mencapai data yang ditambah ke Wikidata sebagai sebahagian daripada fasa dua dilaksanakan secara beransur-ansur antara 27 Mac dan 25 April 2013.[11][12]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Pintscher, Lydia (October 30, 2012). "wikidata.org is live (with some caveats)". Dicapai pada November 14, 2012. Unknown parameter |mailinglist= ignored (bantuan)
  2. ^ Wikidata (WebCite query result)
  3. ^ Dickinson, Boonsri (March 30, 2012). "Paul Allen Invests In A Massive Project To Make Wikipedia Better". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-11. Dicapai pada December 19, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Perez, Sarah (March 30, 2012). "Wikipedia's Next Big Thing: Wikidata, A Machine-Readable, User-Editable Database Funded By Google, Paul Allen And Others". TechCrunch. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-11. Dicapai pada December 19, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Pintscher, Lydia (14 January 2013). "First steps of Wikidata in the Hungarian Wikipedia". Wikimedia Deutschland. Dicapai pada 15 January 2013.
  6. ^ Pintscher, Lydia. "Wikidata coming to the next two Wikipedias". Wikimedia Deutschland. Dicapai pada January 31, 2013.
  7. ^ Pintscher, Lydia (13 February 2013). "Wikidata live on the English Wikipedia". Wikimedia Deutschland. Dicapai pada 15 February 2013.
  8. ^ Pintscher, Lydia (6 March, 2013). "Wikidata now live on all Wikipedias". Wikimedia Deutschland. Dicapai pada 8 March, 2013. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  9. ^ "Wikipedia talk:Wikidata interwiki RFC". March 29, 2013. Dicapai pada March 30, 2013.
  10. ^ Pintscher, Lydia. "Wikidata/Status updates/2013 03 01". Wikimedia Meta-Wiki. Wikimedia Foundation. Dicapai pada 3 March 2013.
  11. ^ Pintscher, Lydia (27 March 2013). "You can have all the data!". Wikimedia Deutschland. Dicapai pada 28 March 2013.
  12. ^ "Wikidata goes live worldwide". The H. 25-04-2013. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]