Pergi ke kandungan

Litar Antarabangsa Sepang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2276499 pada 03:29, 21 Julai 2012 oleh 60.48.48.233 (bincang) (Image)
Sepang International Circuit (SIC)
LokasiMalaysia Sepang, Selangor, Malaysia
Zon masaGMT +8
Acara utamaFormula Satu, MotoGP, A1GP, SuperGT
Laman webhttps://www.sepangcircuit.com/home
Jarak5.543 km (3.44 miles)
Selekoh15
Rekod pusingan perlumbaan1:34.223 (Juan Pablo Montoya, Williams-BMW, 2004)

Litar Antarabangsa Sepang ialah litar yang digunakan untuk perlumbaan Formula Satu, Grand Prix A1 dan Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 60 km di Selatan Kuala Lumpur.

Sejarah

Litar ini telah direka oleh pereka dari Jerman, Herman Tilke. Tilke juga telah mereka litar untuk negara Shanghai, Bahrain dan Turki. Litar ini mampu menampung 80 ,000 penonton dalam satu-satu masa.

Susunan litar

Litar utama, biasanya berlumba mengikut arah jam, adalah 5,54 kilometer panjang, dan mempunyai sudut menyapu dan jalan lurus yang luas. Susunan litar yang agak luar biasa, mempunyai jalan yang lurus yang dipisahkan dari pit, dan diikuti oleh satu belokan yang amat tajam.

Konfigurasi lain Litar Sepang juga digunakan untuk berlumba mengikut arah jam. Konfigurasi ini digunakan oleh separuh pertama litar utama dan berpaling ke arah pit, selepas belokan ke-6 dan ia adalah 2,71 kilometer panjang secara keseluruhan.

Litar selatan adalah separuh lain litar ini. Belakang lurus litar utama menjadi pit lurus apabila litar selatan digunakan, dan bersambung ke belokan ke-8 untuk membentuk satu belokan tajam. Dengan mengikut arah jam , litar ini adalah 2,61 km panjang.

Litar ini juga mempunyai trek untuk perlumbaan go-kart dan kemudahan motocross.

Rekod terpantas litar

Kategori Pemandu/Penunggang Pasukan Motor/Casis Masa terpantas Tahun
Formula Satu Colombia Juan Pablo Montoya BMW WilliamsF1 Team Williams FW26 1:34.223 2004
MotoGP Australia Casey Stoner Ducati Marlboro Team Ducati Desmosedici GP7 2:02.108 2007
Super GT (GT500) Jepun Takashi Kogure Takata Dome Racing Team Honda NSX 1:54.306 2007
Super GT (GT300) Jepun Kazuya Oshima Toy Story APR Toyota MR-S 2:06.584 2007


Pautan luar