Pergi ke kandungan

Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5634774 pada 19:13, 4 Ogos 2022 oleh *angys* (bincang | sumb.) (// Edit via Wikiplus)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Taman Perindustrian Puchong Rapid KL
LokasiStesen Taman Perindustrian Puchong, Lebuhraya Damansara-Puchong, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
Koordinat3°01′22.8″N 101°36′48.8″E / 3.023000°N 101.613556°E / 3.023000; 101.613556Koordinat: 3°01′22.8″N 101°36′48.8″E / 3.023000°N 101.613556°E / 3.023000; 101.613556
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
Platform2
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 600, T604
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan347 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP26 
Sejarah
Dibuka31 Mac 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong ialah stesen LRT di Puchong, Selangor dimana Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak dan dinamakan sempena kawasan perindustrian Taman Perindustrian Puchong di selatan Puchong, Selangor. Stesen ini dibuka pada 31 Mac 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling daripada Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang E11 Lebuhraya Damansara-Puchong di Taman Perindustrian Puchong, Puchong. Di sebelah barat stesen adalah kawasan perindustrian Taman Perindustrian Puchong manakala di sebelah timur stesen adalah kawasan perniagaan Bandar Puteri. Juga terletak berhampiran stesen adalah Kompleks Rakan Muda Puchong, Hospital KPMC Puchong Specialist Center, Pejabat Cawangan MPSJ Puchong, Kuil Sri Maha Mariamman dan persimpangan Kampung Baru Puchong, E11 Lebuhraya Damansara-Puchong.

Susunan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SP Arah Selatan 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Bandar Puteri)
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Pusat Bandar Puchong)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai sebuah platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 347 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas

[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 600, T604 berkhidmat di stesen ini.

  1. ^ Azyyati Ahmad (28 Mac 2016). "Empat stesen baharu LRT di Puchong beroperasi 31 Mac ini". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jul 2018. Dicapai pada 21 Okt 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.