Pergi ke kandungan

Stesen LRT Kerinchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerinchi Rapid KL
LokasiStesen Kerinchi, Plaza Pantai, Jalan Pantai Baru, 59100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°06′56″N 101°40′06″E / 3.11556°N 101.66833°E / 3.11556; 101.66833Koordinat: 3°06′56″N 101°40′06″E / 3.11556°N 101.66833°E / 3.11556; 101.66833
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T791
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ18 
Sejarah
Dibuka1 September 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Kerinchi ialah stesen LRT yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Laluan Kelana Jaya. Stesen yang dinamakan sempena Kampung Kerinchi yang terletak berhampiran. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[1]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak dalam Plaza Pantai, sebuah kompleks perniagaan berdekatan Jalan Pantai Baru, di Bangsar, Kuala Lumpur. Stesen ini juga berhampiran dengan Sekolah (Swasta) Sri Dasmesh, SK Bangsar, Balai Polis Pantai, Kuil Sri Muthu Mariamman, Wisma UOA Pantai, Menara Telekom, Masjid ar-Rahah Kampung Kerinchi, Bangsar South dan kompleks Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri.

Pelan Stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KJ Arah Timur 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Abdullah Hukum)
KJ Arah Barat 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (KL Gateway-Universiti)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke Plaza Pantai dan Bangsar South Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T791 berkhidmat di stesen ini.

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 12 Mei 2019.

Stesen RapidKL