Stesen LRT Sentul
Lokasi | Stesen Sentul, Jalan 2/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°10′42″N 101°41′44″E / 3.17833°N 101.69556°EKoordinat: 3°10′42″N 101°41′44″E / 3.17833°N 101.69556°E | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T180 | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
Templat letak kenderaan | 158 petak parkir | ||||||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||
Kod stesen | AG2 SP2 | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 11 Julai 1998 | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||
Stesen LRT Sentul adalah stesen LRT bagi Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena lokasi stesen yang terletak di pekan Sentul. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Ampang dengan Laluan Sri Petaling. Stesen ini dibuka pada Julai 1998.
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 2/48a. Di sebelah timur stesen adalah Apartment Bandar Baru Sentul. Juga terletak berhampiran stesen adalah kondominium Residensi Sentulmas, kondominium The Capers, gereja Methodist Grace, gereja Pentekosta Malaysia, kuil Sri Maha Muneeswarar, Depoh Kenderaan DBKL Sentul, SMK Methodist (L) Sentul, Sekolah Methodist Wesley Kuala Lumpur (Antarabangsa) dan UTC Sentul.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
AG/SP Arah Selatan | → 3 Laluan Ampang menghala ke AG18 Ampang (Titiwangsa) → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Titiwangsa) | |
AG/SP Arah Utara | ← 3 Laluan Ampang menghala ke AG1 Sentul Timur ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP1 Sentul Timur | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras Legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat 158 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]-
Pintu A stesen di Jalan 2/48a (utara).
-
Pintu B stesen di Jalan 2/48a (selatan).
Stesen LRT Sentul dapat dicapai dengan menggunakan dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu A dan Pintu B.
Perkhidmatan Bas
[sunting | sunting sumber]Bas RapidKL laluan T180 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.