Perjanjian Sèvres
Perjanjian Sèvres | |
---|---|
Perjanjian Damai Antara Pihak Berikat Dengan Empayar Uthmaniyah (The Treaty of Peace Between the Allied Powers and the Ottoman Empire) | |
Ditandatangani | 10 Ogos 1920 di Sèvres, Perancis |
Syarat | Diratifikasikan Empayar Uthmaniyah dan empat kuasa utama Pihak Berikat |
Penandatangan | 1. Kuasa Utama Bersekutu[1]
2. Kuasa-kuasa Sentral Empayar Uthmaniyah |
Pemegang simpanan | Kerajaan Perancis |
Bahasa | Bahasa Perancis (utama), Bahasa Inggeris, Bahasa Itali[2] |
Treaty of Sèvres di Wikisumber | |
sunting |
Perjanjian Sèvres terdiri daripada beberapa siri perjanjian damai setelah Perang Dunia Pertama antara Empayar Uthmaniyah dengan Pihak Berikat pada tanggal 10 Ogos 1920. Perjanjian ini ditandatangani dalam dewan pameran sebuah kilang porselin di Sèvres, Perancis.[3]
Perjanjian ini menandakan permulaan pemecahan dan pelepasan senjata empayar tersebut. Syarat-syarat yang ada dalam perjanjian ini termasuklah penyerahan kawasan luar Turki kepada Pihak Berikat,[4] terutamanya kawasan di timur Laut Mediterranean yang kemudiannya membentuk Palestin Bermandat dan Syria dan Lubnan bermandat.[5]
Di antara perubahan penting akibat perjanjian itu ialah:
- Pendirian Kerajaan Hijaz. Negeri ini kemudian diilhak dan menjadi sebahagian daripada negara Arab Saudi pada tahun 1932
- Pendirian Republik Demokratik Armenia. Negeri ini kemudian diserang oleh Tentera Merah dan menjadi bahagian Republik Persekutuan Soviet Sosialis Transkaukasia bermula dari tahun 1923
- Pengendalian Pihak Berikat atas Empayar Uthmaniyah di bidang kewangan dan ketenteraan.
- Pendirian Syria dari penjajahan Perancis, bersama dengan beberapa bahagian Anatolia
- Yunani mengambil alih daerah Izmir. Kota ini menjadi sebahagian dari Turki pada tahun 1923
- Itali ditegaskan atas kepemilikan Dodekanisa dan sebahagian besar Anatolia selatan dan barat/tengah, begitupun bandar pelabuhan Antalya dan bekas ibu kota Seljuk, Konya.
- Kurdistan dijadualkan mengadakan pungutan suara untuk menentukan nasibnya, sepertimana menurut Bab III fasal 62-4 masuk Provinsi Mosul. Perjanjian Lausanne tahun 1923 juga turut menentukan kawasan sempadannya sekarang.
Sewaktu perjanjian ini masih dirundingkan, Gerakan Nasional Turki di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk telah meruntuhkan sistem pemerintahan khilafah yang berpusat di Istanbul dan mendirikan Majlis Agung Nasional di Ankara, lalu menang dalam Perang Kemerdekaan Turki dan memaksa Pihak Berikat kembali ke meja rundingan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Urutan sepertimana yang tertera pada mukadimah perjanjian.
- ^
- ^ "The Treaty of Sèvres, 1920". Harold B. Library, Brigham Young University.
- ^ "TS0011.pdf" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-02-18. Dicapai pada 2018-06-28.
- ^ Lihat Perjanjian Sykes-Picot.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Text of the Treaty of Sèvres
- Map of Europe and Treaty of Sèvres Diarkibkan 2014-10-07 di Wayback Machine, omniatlas.com