Pergi ke kandungan

Empayar Sepanyol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Empayar Sepanyol
Imperio Español
1492–1975
Bendera Empayar Sepanyol
Jata Empayar Sepanyol
Cross of Burgundy Flag Jata
StatusNegara kesatuan
Ibu negaraToledo (1492-1561) Madrid (sejak 1561)
Bahasa yang umum digunakanSepanyol
Agama
Katolik Rom
KerajaanBeraja
Raja 
• 1516-1556
Charles I
• 1886-1902
Maria Christina dari Austria, Pemangku Raja semasa Raja Alphonse XIII masih kanak-kanak
Kerabat Habsburg
Kerabat Bourbon
Sejarah 
1492
• Penaklukan Empayar Aztek
1519-1521
• Penaklukan Empayar Inca
1532–1537
1975
Mata wangReal Sepanyol, Escudo Sepanyol
Didahului oleh
Diganti oleh
Beraja Katolik
Mid-nineteenth_century_Spain

Empayar Sepanyol (Sepanyol: Imperio Español; Latin: Imperium Hispanicum) adalah salah sebuah empayar terawal dan terbesar yang pernah wujud dalam sejarah dunia. Pada kurun ke-15 dan 16, Sepanyol merupakan pusat penjelajahan dan pengembangan koloni di Eropah. Ia juga membuka laluan perdagangan melalui laut, dengan perdagangan merentasi Lautan Atlantik di antara Sepanyol dan benua Amerika dan Lautan Pasifik antara Asia-Pasifik dan Mexico melalui Filipina. Conquistador memusnahkan peradaban Aztek, Inca, dan peradaban Maya, dan mendapat banyak tanah di Amerika Utara dan Selatan.

Pada waktu kemuncaknya, Empayar Sepanyol menguasai lautan melalui armada tentera laut berpengalaman dan mendominasi medan pertempuran Eropah dengan pasukan infantri yang sangat terlatih. Sepanyol menikmati satu zaman emas kebudayaan pada kurun ke-16 dan 17. Dengan empayar yang kaya dengan emas, Empayar Sepanyol juga digelar Empayar Matahari.

Pembentukan Empayar (1402–1521)

Peta Anachronous semasa Kemahkotaan Aragon
Penyerahan diri raja Granada, Muhammad XII dengan kehadiran raja-raja Katolik.
Christopher Columbus mengambil kedudukan di La Española.

Perkahwinan Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castile) mencipta satu kesatuan peribadi bagi kerajaan Aragon dan Castile. Pada tahun 1492, Sepanyol mengusir keluar raja Moor terakhir daripada Granada. Selepas kemenangan mereka, raja-raja Sepanyol telah membenarkan Christopher Columbus untuk cuba tiba ke India dengan belayar ke arah barat. Columbus sebaliknya "menemukan" Amerika. Ini memulkan penjajahan Sepanyol ke atas benua Amerika. Melalui Perjanjian Tordesillas pada 1494, dunia telah dibahagikan kepada dua hemisfera di antara Sepanyol dan Portugal. Oleh sebab itu, Sepanyol memiliki hak untuk memulakan penjajahan di seluruh Dunia Baru bermula di Alaska sehingga Cape Horn (kecuali Brazil), selain di Asia. Empayar Castile adalah akibat dari satu zaman pengembangan penjajahan yang pantas ke Dunia Baru, selain Filipina dan tanah jajahan di Afrika: Melilla telah ditawan oleh Castile pada tahun 1497 dan Oran pada 1509.

Zaman Borbón (1700–1808)

Penaklukan Dunia Baru (abad ke-16 ke abad ke-19)

Zaman kemunduran (1808–1899)

Perang-perang kemerdekaan Amerika Selatan

Pertembungan dengan Amerika Syarikat

Abad ke-19 di Afrika

Merdekanya Maghribi Perancis sebagai suatu negara tersendiri pada 1956 mendorong kepada penyerahan seluruh kawasan jajahannya, kepada Maghribi kecuali kawasan-kawasan Sidi Ifni, Tarfaya dan Sahara. Sidi Ifni itu sendirinya dikembalikan kepada pihak Maghribi atas desakan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, manakala Sahara Sepanyol diserahkan berikutan suatu tindakan kerjasama kerajaan, tentera dan rakyat jelata Maghribi dalam suatu tunjuk perasaan besar-besaran dipanggil Perarakan Hijau tahun 1975.

Pengaruh

Aspek politik

Kesepakatan empayar ini dengan Empayar Portugis mendorong kepada pembukaan laluan perdagangan terbesar dunia yang membawa kepada penerokaan kawasan baharu serta penemuan hidupan dan tumbuhan asing yang sebelum ini tidak pernah diketahuidi Dunia Barat; Pertukaran Columbus memperkenalkan jagung, kentang, tomato, tembakau serta pelbagai jenis buahan dan kekacang ke Dunia Lama sementara Dunia Baru diperkenalkan kepada haiwan-haiwan ternakan seperti kuda, babi, ayam dan anggur.

Dolar Sepanyol turut menjadi mata wang pertama yang dipakai untuk tujuan antarabangsa.

Aspek budaya

Bahasa Sepanyol menjadi bahasa kedua terbesar dunia hasil pengaruh jajahannya ke atas kebanyakan Amerika Latin yang diteruskan juga republik-republik baru dibentuk selepasnya. Gereja Katolik Rom juga merupakan anutan utama yang dipegang para penduduk di rantau ini dan juga Filipina sehinggakan cuti dan sambutan perayaan Kristian yang disambut turut mengikuti kelaziman di Sepanyol.

Banyak kota-kota dan bandar yang terbina semasa penjajahan masih mempunyai bukti peninggalan hasil unsur seni bina dibawa dari Sepanyol.

Pendudukan orang Sepanyol di Dunia Baru turut mewujudkan kahwin campur antara orang-orang Sepanyol dengan peribumi benua-benua dunia ini lalu membentuk suatu masyarakat berbudaya tersendiri dipanggil Mestizo.

Rujukan

  • Archer, Christon et al., World History of Warfare. Lincoln: University of Nebraska Press, 2002.
  • Armstrong, Edward (1902). The emperor Charles V. New York: The Macmillan Company
  • Black, Jeremy (1996). The Cambridge illustrated atlas of warfare: Renaissance to revolution. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-47033-1
  • Braudel, Fernand (1972). The Mediterranean and the Mediterranean World in the Age of Philip II, trans. Siân Reynolds. New York: Harper & Row. ISBN 0-06-090566-2
  • Fernand Braudel, The Perspective of the World (part iii of Civilization and Capitalism) 1979, translated 1985.
  • Brown, J. and Elliott, J. H. (1980). A palace for a king. The Buen Retiro and the Court of Philip IV. New Haven: Yale University Press
  • Brown, Jonathan (1998). Painting in Spain : 1500–1700. New Haven: Yale University Press. ISBN 0-300-06472-1
  • Dominguez Ortiz, Antonio (1971). The golden age of Spain, 1516-1659. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-297-00405-0
  • Edwards, John (2000). The Spain of the Catholic Monarchs, 1474-1520. New York: Blackwell. ISBN 0-631-16165-1
  • Harman, Alec (1969). Late Renaissance and Baroque music. New York: Schocken Books.
  • Kamen, Henry (1998). Philip of Spain. New Haven and London: Yale University Press. ISBN 0-300-07800-5
  • Kamen, Henry (2003). Empire: How Spain Became a World Power, 1492-1763. New York: HarperCollins. ISBN 0-06-093264-3
  • Kamen, Henry (2005). Spain 1469-1714. A Society of Conflict (3rd ed.) London and New York: Pearson Longman. ISBN 0-582-78464-6
  • Parker, Geoffrey (1997). The Thirty Years' War (2nd ed.). New York: Routledge. ISBN 0-415-12883-8
  • Parker, Geoffrey (1972). The Army of flanders and the Spanish road, 1567-1659; the logistics of Spanish victory and defeat in the Low Countries' Wars.. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-08462-8
  • Parker, Geoffrey (1977). The Dutch revolt. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-8014-1136-X
  • Parker, Geoffrey (1978). Philip II. Boston: Little, Brown. ISBN 0-316-69080-5
  • Parker, Geoffrey (1997). The general crisis of the seventeenth century. New York: Routledge. ISBN 0-415-16518-0
  • Stradling, R. A. (1988). Philip IV and the government of Spain. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-32333-9
  • Thomas, Hugh (1997). The Slave Trade; The History of the Atlantic Slave Trade 1440-1870. London: Papermac. ISBN 0-333-73147-6
  • Various (1983). Historia de la literatura espanola. Barcelona: Editorial Ariel
  • Wright, Esmond, ed. (1984). History of the World, Part II: The last five hundred years (3rd ed.). New York: Hamlyn Publishing. ISBN 0-517-43644-2.

Pautan luar