Litar Antarabangsa Sepang
Lokasi | Sepang, Selangor, Malaysia |
---|---|
Zon masa | UTC+08:00 |
Koordinat | 2° 45′ 38″ N, 101° 44′ 15″ E |
Gred FIA | 1 (GP) |
Pecah tanah | 1 November 1997 |
Dibuka | 7 Mac 1999 |
Arkitek | Hermann Tilke |
Acara utama | Formula Satu Grand Prix Malaysia (1999–2017) MotoGP Grand Prix Malaysia (1999–2019, 2022–) |
Laman web | https://www.sepangcircuit.com/home |
Litar GP | |
Jarak | 5.543 km (3.444 miles) |
Selekoh | 15 |
Rekod pusingan perlumbaan | 1:34.080 (Sebastian Vettel, Scuderia Ferrari, 2017) |
Litar Antarabangsa Petronas Sepang ialah sebuah litar yang digunakan untuk perlumbaan Formula Satu, Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 60 km di selatan ibu kota Kuala Lumpur.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Litar ini telah direka oleh Hermann Tilke, yang kemudiannya mereka bentuk kemudahan baru di Shanghai, Bahrain, Istanbul, Valencia, Singapura, Yeongam, Buddh, Texas, Yas Marina, dan Sochi.
Litar ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Doktor Mahathir Bin Mohamad pada 7 Mac 1999. Beliau kemudiannya merasmikan perlumbaan Moto GP yang pertama di Malaysia pada 20 April 1999, dan juga perlumbaan Formula Satu pertama di Malaysia.
Pada 23 Oktober 2011, pada pusingan kedua dalam perlumbaan Moto GP 2011, pelumba motosikal dari Itali, Marco Simoncelli, meninggal dunia selepas mengalami kemalangan di selekoh ke-11. Perlumbaan tersebut dihentikan berikutan kemalangan tersebut.
Susunan litar
[sunting | sunting sumber]Litar utama, biasanya digunakan mengikut arah jam, ialah 5,54 kilometer panjang, dan mempunyai sudut menyapu dan jalan lurus yang luas. Susunan litar ini agak luar biasa. Litar ini mempunyai jalan yang lurus yang dipisahkan dari pit dan diikuti oleh satu belokan yang amat tajam.
Konfigurasi yang lain juga boleh digunakan untuk berlumba mengikut arah jam. Konfigurasi ini menggunakan separuh pertama litar utama dan berpaling ke arah pit, selepas belokan keenam dan ia adalah 2,71 km panjang secara keseluruhan.
Litar selatan ialah separuh lain litar ini. Belakang litar utama menjadi pit lurus apabila litar selatan digunakan, dan bersambung ke selekoh kelapan untuk membentuk satu belokan tajam. Dengan mengikut arah jam, litar ini adalah 2,61 km panjang.
Litar ini juga mempunyai litar untuk perlumbaan go-kart dan motocross.
Pusingan terpantas
[sunting | sunting sumber]Kategori | Pemandu/Penunggang | Pasukan | Motor/Casis | Masa terpantas | Tahun |
---|---|---|---|---|---|
Formula Satu | Sebastian Vettel | Scuderia Ferrari | Ferrari SF70H | 1:34.080 | 2017 |
GP2 | Stefano Coletti | Rapax | Dallara GP2/11 | 1:44.280 | 2013 |
A1GP | Adam Carroll | A1 Team Ireland | Ferrari A1GP | 1:47.124 | 2008 |
Formula Nippon | Benoît Tréluyer | mobilecast Team Impul | Lola B3/51 | 1:52.947 | 2004 |
Super GT (GT500) | Takashi Kogure | Takata Dome Racing Team | Honda NSX | 1:54.306 | 2007 |
MotoGP | Dani Pedrosa | Honda | Honda RC213V | 2:00.100 | 2013 |
FIA GT | Team Clearwater Racing | Ferrari 458 | 2:04.108 | 2012 | |
Super GT (GT300) | Kazuya Oshima | Toy Story APR | Toyota MR-S | 2:06.584 | 2007 |
ATCS | Michael Choi | JAS Motorsport | Honda Accord | 2:22.669 | 2011 |
Group N | Lee/O’Shannessy/Hunter | Kegani Racing | Toyota Celica | 2:39.350 | 2012 |
Malaysia Speed Festival |
Aliff Hamdan |
Millennium Fatboy Penrite | Proton Satria Evo 3 AWD | 2:16.219 | 2019 |
World 1300cc SBK |
Ery Fahzwan |
Redbull KTM Asia | Superduke KTM 1290 R | 1:45.011 | 2017 |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Litar Antarabangsa Sepang |