Aminuddin Zulkipli
Penampilan
Tuan Aminuddin Zulkipli | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) | |
Menyandang jawatan 10 Mei 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Mohamad Sabu |
Didahului oleh | Mohd Fasiah Mohd Fakeh |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Behrang | |
Dalam jawatan 3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Rusnah Kassim |
Digantikan oleh | Salina Samsudin |
Majoriti | 409 (PRU-14) |
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 3 Julai 2018 – 12 Mei 2020 | |
Didahului oleh | Nasarudin Hashim |
Digantikan oleh | Khalil Yahaya |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Slim River, Perak |
Parti politik | Parti Amanah Negara |
Anak | 9 |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Tuan Aminuddin Zulkipli ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Behrang selama sepenggal (2018-2022) dan mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak (2018-2020). Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi FAMA.
Kerjaya:
- Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya
- Peguam Syarie Perak
Jawatan dalam parti:
- Jawatankuasa Pimpinan Amanah Perak
- Ketua Amanah Kawasan Tanjung Malim
Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:
- Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki (2003-2016)
- Ahli Majlis MDTM (2008-2009)
- Aktivis hak asasi orang asli
- Aktivis pertanian dan penternakan
- Ahli Lembaga Pengarah Maju Perak Holding (2008-2009)
- Ahli Lembaga Pengarah Perak Corporation (2008-2009)
- Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak (2008-2009)
- Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Batang Padang Selatan (1999-2000)
Pendidikan:
- Sekolah Kebangsaan Slim River, Slim River
- Sekolah Menengah Izzudin Shah, Ipoh
- Kolej Islam Klang, Selangor
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, UIAM
- Diploma Syariah dan Amalan Undang-undang, UIAM
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Dewan Undangan Negeri (DUN)
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Behrang | Aminuddin Zulkipli | PH (AMANAH) | 9,770 | Rusnah Kassim | BN (UMNO) | 9,361 | 409 |
Sayed Zamzuri | PAS | 3,334 | ||||||
2013 | Slim | Aminuddin Zulkipli | PAS | 7,299 | Mohd Khusairi Abdul Talib | BN (UMNO) | 11,152 | 3,853 |
Mosses Ramiah | BEBAS | 200 |