Nga Kor Ming
Nga Kor Ming AP, ADUN | |
---|---|
倪可敏 | |
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan | |
Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Aiman Athirah Sabu (Disember 2023-kini) Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Disember 2022-Disember 2023) |
Didahului oleh | Reezal Merican Naina Merican |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Teluk Intan | |
Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Mah Siew Keong |
Majoriti | 15,169 (PRU-15) 11,179 (PRU-14) |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Kepayang | |
Menyandang jawatan 20 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Ko Chung Sen |
Majoriti | 9,491 (PRU-15) |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | Loke Chee Yan |
Digantikan oleh | Ko Chung Sen |
Majoriti | 4,604 (PRU-13) |
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 13 Julai 2020 Berkhidmat with Mohd Rashid Hasnon | |
Raja | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Ronald Kiandee Ismail Mohamed Said |
Digantikan oleh | Azalina Othman Said |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Aulong | |
Dalam jawatan 3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Leow Thye Yih |
Digantikan oleh | Teh Kok Lim |
Majoriti | 12,064 (PRU-14) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Taiping | |
Dalam jawatan 2008–2018 | |
Didahului oleh | M. Kayveas |
Digantikan oleh | Teh Kok Lim |
Majoriti | 11,745 (PRU-13) 11,298 (PRU-12) |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Pantai Remis | |
Dalam jawatan 1999–2013 | |
Didahului oleh | Wong Chong Sang |
Digantikan oleh | Wong May Ing |
Majoriti | 5,076 (PRU-12) 2,303 (PRU-11) 2,447 (PRU-10) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kota Bharu, Kelantan | 11 November 1972
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik |
Pasangan | Wong Seow Ching |
Anak | 3 |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Peguam Bertauliah |
YB Tuan David Nga Kor Ming (lahir 11 November 1972) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Ahli Parlimen Teluk Intan dan ADUN Kepayang.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pernah dinobat sebagai pendebat terbaik dalam pertandingan debat antara universiti peringkat kebangsaan, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mula aktif berpolitik sebaik sahaja melangkah ke dunia pekerjaan.
Kerjaya politiknya bermula pada 1999, setelah memutuskan untuk bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Pantai Remis pada Pilihan Raya Umum Ke-11.
Pada PRU12 (2008), beliau sekali lagi mempertaruhkan kerjaya politiknya dengan bertanding di Parlimen Taiping.
Kehadirannya diterima baik masyarakat Taiping apabila beliau sekali lagi memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya berikutnya. Bagaimanapun beliau beralih ke Teluk Intan pada PRU14 (2018).
Sebelum menceburi politik, beliau merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kerusi | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N32 Pantai Remis | Nga Kor Ming (DAP) | 9,896 | 55.86% | Wong Chong Sang (MCA) | 7,449 | 42.05% | 17,716 | 2,447 | 64.09% | ||
2004 | N37 Pantai Remis | Nga Kor Ming (DAP) | 9,703 | 55.02% | Wong Chong Sang (MCA) | 7,400 | 41.96% | 17,635 | 2,303 | 66.18% | ||
2008 | Nga Kor Ming (DAP) | 12,188 | 61.83% | Ooi Jing Ting (MCA) | 7,112 | 36.08% | 19,712 | 5.076 | 70.37% | |||
2013 | N29 Kepayang | Nga Kor Ming (DAP) | 10,948 | 62.32% | Chang Kok Aun (MCA) | 6.344 | 36,12% | 17,566 | 4,604 | 79.50% | ||
2018 | N18 Aulong | Nga Kor Ming (DAP) | 18,123 | 56.40% | Soo Kay Ping (Gerakan) | 6,059 | 18.90% | 24,182 | 12,064 | 75.24% |
Tahun | Kerusi | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | P60 Taiping, Perak | Nga Kor Ming (DAP) | 28,098 | 59.63% | M. Kayveas (PPP) | 16,800 | 35.65% | 47,123 | 11,298 | 71.52% | ||
2013 | Nga Kor Ming (DAP) | 37,275 | 58.32% | Tan Lian Hoe (Gerakan) | 25,530 | 39.94% | 63,913 | 11,745 | 81.80% | |||
2018 | P76 Teluk Intan, Perak | Nga Kor Ming (DAP) | 29,170 | 54.57% | Mah Siew Keong (Gerakan) | 17,991 | 34.13% | 54,601 | 11,179 | 82.10% | ||
Ahmad Ramadzan Ahmad Daud (PAS) | 6,494 | 12.10% |
Isu
[sunting | sunting sumber]Kos masjid tinggi
[sunting | sunting sumber]Pada 9 Disember 2009, Datuk Ibrahim Ali selaku presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit kos tinggi membabitkan pembinaan masjid di seluruh negara. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan ia akan membangkitkan sentiman antara orang Islam dan bukan Islam dan mengapi-apikan kebencian antara kaum. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menyatakan tindakan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Dalam perlembagaan, wang hanya disalurkan kepada pembangunan agama Islam. Kerajaan juga memberi peruntukan kepada pusat ibadat lain nampaknya tidak dihargai.[5]
Di Dewan Rakyat , Nga kor Ming meminta penjelasan kos RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun (2000-2008). Dr Mohd Hatta Ramli(PAS), Datuk Johari Abdul (PKR), Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam) mempertahankan Nga Kor Ming. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mejelaskan bahawa peruntukan RM748.26 juta untuk membina masjid manakala RM9 juta atau 1.2 peratus sahaja untuk pusat ibadat lain.
Yang dipertua Perkasa Pahang, Dr Zubir Harun membuat laporan polis kerana merasakan kenyataan Nga itu menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh mencetuskan pergaduhan agama.[6]Bberapa NGO membuat bantahan di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar, Seberang Perai,Pulau Pinang. Antaranya ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).Parti politik yang hadi ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor. Harakah melaporkan hanya 26 orang sahaja yang hadir.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Melayu). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the Pilihan raya 2004.
- ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Melayu). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b "Malaysia General Election 2018". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 11 May 2018. Results for Pilihan raya 2018.
- ^ Isu bina masjid: Kor Ming dibidas
- ^ PAS tidak sepakat isu dana bina masjid
- ^ "Demo bantah Nga Kor Meng tiada sambutan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-14. Dicapai pada 2009-12-13.
- Kelahiran 1972
- Anggota Parti Tindakan Demokratik
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Orang hidup
- Alumni Universiti Malaya
- Peguam Malaysia
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-10
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-11
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-12
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-13
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-14
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-15
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15