Pergi ke kandungan

Kota Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kota Bharu
Koto Baru
Bandar Kota Bharu
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiكوت بهارو
 • Tulisan Cina哥打峇鲁 (Simplified)
哥打峇魯 (Traditional)
 • Tulisan Thaiโกตาบารู Kotābārū
โคตูบาโร Khotūbāro
Dari atas, kiri ke kanan:
Gerbang Sultan Ismail Petra, Menara Jam Tuan Padang, Muzium Islam Kelantan, Muzium diraja Istana Jahar, Masjid Muhammadi, Muzium Kraftangan , Muzium Kelantan, Bank Kerapu, KB Mall dan Pasar Besar Siti Khadijah
Mohor rasmi Kota Bharu
Nama panggilan: KB, Bandaraya Islam
Map
Kota Bharu yang terletak di Malaysia
Kota Bharu
Kota Bharu
Koordinat: 6°8′N 102°15′E / 6.133°N 102.250°E / 6.133; 102.250Koordinat: 6°8′N 102°15′E / 6.133°N 102.250°E / 6.133; 102.250
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Jajahan Kota Bharu
First settled1844
Status perbandaran1 Januari 1978
Pentadbiran
 • Yang di-Pertua MPKBMohamad Anis Bin Hussein[1]
Keluasan
 • Jumlah115 km2 (44 batu persegi)
Penduduk
 (2022)[2]
 • Jumlah568,900
 • Kepadatan4,900/km2 (13,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak dilaksanakan
Poskod
15xxx
Kod kawasan+60-09-7
Laman sesawangmpkbbri.kelantan.gov.my

Kota Bharu (Jawi: كوت بهارو, loghat tempatan: Koto Baru, singkatan: KB) ialah ibu negeri bagi Kelantan Darul Naim, Malaysia. Bandar ini mula dibuka pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Gemuroh, Kuala Terengganu seterusnya meneruskan perjalanan melalui Laluan Persekutuan 3 (FT 3 Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu) sehingga ke Kota Bharu atau menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Tanah Tinggi Cameron menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.

Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang Dan Lojing.

Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.

Kini Kota Bharu ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Kota Bharu telah dibuka secara rasminya pada tahun 1844 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baharu bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan bencana banjir. Baginda sultan bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.

Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk di negeri ini. Pada hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk 491,237 orang (banci 2010).

Penduduk Kota Bharu kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Sultan Ismail Petra. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam".

Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan pertama oleh angkatan tentera Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.

Kota Bharu sebagai bandaraya Islam

[sunting | sunting sumber]

Kota Bharu diisytiharkan sebagai bandaraya Islam pada hari Sabtu 1 Oktober 2005 jam 10 malam oleh Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra di Stadium Sultan Mohammed Ke IV. Perasmian diiringi pertunjukan bunga api sebagai gimik perasmian dan persembahan sajak, dikir barat, nasyid dan nyanyian oleh jemputan khas iaitu Mawi, M. Nasir, Halim Yazid, Kumpulan Rabbani dan Akhil Hayy. Perasmian turut disaksikan oleh ribuan hadirin sehingga terpaksa menonton di layar yang dipasang di beberapa tempat di sekitar Kota Bharu.

Selepas perasmian tersebut, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ditukar nama baru iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Akan tetapi pengisytiharan ini bukan bermakna bandar Kota Bharu telah mendapat status bandaraya seperti yang lain, tetapi sekadar menggelarkan Kota Bharu sebagai bandar yang bercirikan Islam.

Iklim dan cuaca

[sunting | sunting sumber]

Kota Bharu beriklim monsun tropika yang baik di mana hujan lebat turun berselang-seli dan berterusan pada bulan November, Disember dan Januari (musim tengkujuh). Suhu setiap hari dianggarkan dari 21° C hingga 32° C.

Data iklim untuk Kota Bharu
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 29.3
(84.7)
30.2
(86.4)
31.3
(88.3)
32.6
(90.7)
32.9
(91.2)
32.6
(90.7)
32.2
(90.0)
32.0
(89.6)
31.7
(89.1)
31.2
(88.2)
29.6
(85.3)
28.9
(84.0)
31.2
(88.2)
Purata suhu harian, °C (°F) 26.1
(79.0)
26.6
(79.9)
27.3
(81.1)
28.3
(82.9)
28.7
(83.7)
28.3
(82.9)
28.0
(82.4)
27.8
(82.0)
27.6
(81.7)
27.4
(81.3)
26.5
(79.7)
26.1
(79.0)
27.4
(81.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 22.8
(73.0)
22.9
(73.2)
23.3
(73.9)
24.0
(75.2)
24.4
(75.9)
24.0
(75.2)
23.7
(74.7)
23.6
(74.5)
23.4
(74.1)
23.5
(74.3)
23.4
(74.1)
23.3
(73.9)
23.5
(74.3)
Purata kerpasan, mm (inci) 79.9
(3.15)
53.9
(2.12)
117.9
(4.64)
89.9
(3.54)
103.8
(4.09)
114.0
(4.49)
157.8
(6.21)
171.2
(6.74)
189.9
(7.48)
256.4
(10.09)
690.3
(27.18)
580.1
(22.84)
2,605.1
(102.57)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1 mm) 8 5 6 6 8 9 11 13 14 15 20 17 132
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 213.9 228.8 260.4 267.0 241.8 210.0 223.2 213.9 201.0 186.0 141.0 148.8 2,535.8
Sumber 1: World Meteorological Organisation.[3]
Sumber 2: Hong Kong Observatory.[4]

Pusat beli-belah

[sunting | sunting sumber]
Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu
  • Pasar Siti Khadijah
  • Zon Beli-belah Wakaf Che Yeh
  • KB Mall
  • Kota Bharu Trade Centre
  • Kota Seri Mutiara @ Billion
  • G-Orange Mall
  • Pantai Timur Shopping Centre
  • Lotus's Lembah Sireh
  • Giant Superstore Tunjong
  • MYDIN Emporium
  • MYDIN Hypermarket Kubang Kerian
  • MYDIN Hypermarket Tunjong
  • Bazar Tok Guru
  • Bazar Tengku Anis
  • Bazar Buluh Kubu
  • AEON Mall Kota Bharu
  • Pasar Terapung Kota Pengkalan Datu
  • Platinum Mall (pusat pemborong terbesar di Pantai Timur) - akan dibuka

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk bagi kawasan bandar Kota Bharu dianggarkan berjumlah 314,964 (2010)[5] daripada jumlah keseluruhan penduduk di dalam Jajahan Kota Bharu yang berjumlah 491,237 orang. Orang Melayu Kelantan merupakan kaum majoriti di Kota Bharu . Di samping itu terdapat juga etnik Siam, Cina dan juga India. Bahasa utama yang digunakan di Kota Bharu ialah Bahasa Melayu Kelantan ataupun disebut "kecek klate" oleh penduduk Kelantan.

Bandar kembar

[sunting | sunting sumber]

Kota Bharu merupakan bandar kembar dengan:


  1. ^ "Peruntukan YDP MPKB-BRI (Laman web rasmi MPKBBRI)". mpkbbri.kelantan.gov.my.
  2. ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 December 2017.
  3. ^ Climate Data for Kota Bharu, World Weather Information Service accessed 24 April 2012.
  4. ^ Climatological Information for Kota Bharu, Malaysia Diarkibkan 2014-08-19 di Wayback Machine, Hong Kong Observatory accessed 24 April 2012.
  5. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/04Jadual_PBT_negeri/PBT_Kelantan.pdf
  6. ^ "友好握手都市<コタバル市(マレーシア)/モービィロンガコミューン(スウェーデン)". Kasaoka City Official Website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-21. Dicapai pada 1 Mac 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]