Semerak
Semerak
Semerok سمرق | |
---|---|
Daerah | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kelantan |
Jajahan | Pasir Puteh |
Pentadbiran | |
• Penggawa | Mustafa bin Ahmad[1] |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Semerak ialah satu daerah dalam jajahan Pasir Puteh yang terkenal dengan pantai yang indah dan pelabuhan perikanan laut di Tok Bali. Kawasan ini bersempadan dengan daerah Besut di utara Terengganu. Cherang Ruku merupakan pekan utama dalam kawasan Semerak menjadi laluan antara Pasir Puteh dan Bachok ke Kuala Besut dan kawasan-kawsan pantai di utara Terengganu. Nama semerak diambil dari nama Tengku Idris Ibni Sultan Ahmad, yang bergelar Tengku Petra Semerak. Tengku Petra Semerak ialah datuk kepada Raja Perempuan Zainab II Binti Tengku Sri Utama Raja Muhammad Petra.
Di kawasan Semerak terdapat kampung Gong Chengal, Gong Chokoh, Gong Depu, Gong Guchil, Gong Kala, Gong Kedak, Gong Keding, Gong Kemudu, Gong Ketereh, Gong Kua, Gong Kubur, Gong Tok Aji, Gong Kulim, Gong Lapang, Gong Manak, Gong Pacat, Gong Pasir, Gong Sepuloh, Gong Tapang dan Gong Tengah.[2]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Mukim Semerak merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kelantan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Jajahan Pasir Puteh. Mukim Semerak bersebelahan dengan mukim Cherang Ruku, mukim Gong Kulim, mukim Lubok Tembesu dan mukim Telong.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Senarai Kod Mukim / Daerah di Kelantan Diarkibkan 2011-06-27 di Wayback Machine