Antara Gapi
Antara Gapi, Selangor | |
---|---|
Penempatan | |
Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°EKoordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Hulu Selangor |
Aras | 262 ft (80 m) |
Zon waktu | UTC+8 (MYT) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Not used) |
ZIP code | 48200 |
Kod kawasan | 3-6081 |
Antara Gapi ialah sebuah pertumbuhan terancang yang terletak di Serendah, Selangor, lebih kurang 18 batu (29 km) utara dari Kuala Lumpur. Antara Gapi ditubuhkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Antara Gapi termasuk dalam mukim Serendah (mukim), Hulu Selangor. Terdiri daripada 1,947 buah rumah dan 111 unit kedai, Antara Gapi merupakan salah satu daripada kawasan perumahan terancang terbesar di Serendah dan Hulu Selangor. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus memajukan Antara Gapi dan mempunyai pelan utama yang besar buat Antara Gapi.
Antara Gapi merupakan sebuah kawasan pertumbuhan yang agak baharu. Bermulanya pada awal tahun 1998, PKNS memasuki tapak bagi kerja-kerja pembangunan yang dibahagikan kepada 6 seksyen.
Kawasan Komersial
[sunting | sunting sumber]Antara Gapi mempunyai dua pembangunan utama berkaitan perniagaan pada masa kini, iaitu Gapi Avenue yang dimajukan PKNS dan juga Laman Gapimas yang dimajukan YPS Development, Sdn Bhd. Kawasan perniagaan ini menjadi teras perkembangan di Antara Gapi dengan kemudahan membeli belah, restoran dan perkhidmatan kediaman. Setakat April 2023, perniagaan yang terdapat di Antara Gapi adalah antara berikut:
Gapi Avenue
- 7-Eleven dan 7Café
- ZUS Coffee
- Restoran Gapi Corner
- 99 Speedmart
- YONO! Cafe
Laman Gapimas
- MR. DIY
- Aneka
- Segi Fresh
- SP Care Health Clinic
- Tealive
- Stesen Minyak Shell
Kejiranan
[sunting | sunting sumber]Perumahan di Antara Gapi terbahagi kepada 6 Seksyen berdasarkan masa pembinaan dan ciri perumahan yang berbeza. Rumah-rumah di Seksyen 1 terdiri daripada lot perumahan tunggal (single-family homes). Manakala lain-lain seksyen terdiri daripada campuran rumah jenis bersambung (townhomes) dan rumah jenis berkembar (duplex). Kemudahan kejiranan yang wujud termasuk Tasik Antara Gapi di Seksyen 2A, 5 taman permainan dan laluan pejalan kaki.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Antara Gapi termaktub di bawah kawasan pentadbiran PPD Hulu Selangor di bawah KPM. Pertumbuhan ini setakat ini hanya mempunyai satu sekolah.
- Sekolah Kebangsaan Antara Gapi (Darjah 1-6)
Tapak tanah untuk pembinaan sebuah sekolah menengah (pendidikan menengah/secondary education) telah disertakan di dalam pelan utama. Namun, tiada apa-apa pelan terdekat untuk memulakan pembinaannya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]https://www.pkns.gov.my/en/aspirasi-bil-2-tahun-2023/