Pergi ke kandungan

Pandan Indah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pandan Indah merupakan sebuah bandar di Kuala Lumpur, Malaysia tetapi dalam negeri Selangor. Asalnya sebuah kampung yang kini dikenali dengan nama Kampung Pisang. Pandan Indah berdekatan dengan Taman Muda, Pandan Jaya, Pandan Perdana, Taman Cheras Indah, Taman Shamelin Perkasa,Taman Nirwana, Taman Kencana, Taman Cantik, dan Taman Lembah Maju

Di sebelah kanan ialah Sungai Kerayung dan Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) yang menuju ke Zoo Negara, Batu Caves dan lain-lain.

Pandan Indah merupakan kawasan yang pesat membangun dengan dereta taman perumahan setingkat, dua tingkat dan rumah pangsa. Apabila pentadbiran kawasan Ampang dipecahkan dari Hulu Langat, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah dibina di sini. Di tepi kanan MRR2 terdapat kompleks pasar raya Econsave Safari, dan juga Pusat Beli-Belah Pandan Kapital.[1]

Kemudahan Awam

[sunting | sunting sumber]
  1. Masjid Al-A'zim
  2. Dewan MPAJ Pandan Indah
  3. Balai Polis Pandan Indah
  4. Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah
  5. Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret Ampang
  6. Padang Perbandaran Ampang Jaya
  7. Taman Bandar Pandan Indah

Jaringan Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
  1. LRT Ampang Line - Pandan Indah
  2. Bas RapidKL - Route 300 - Hab Pandan Indah ke Lebuh Ampang
  3. Bas RapidKL - Route T303 - Stesen LRT Pandan Indah - Ampang Point
  4. Lebuhraya BESRAYA Eastern Extension (BEE) dari Pandan Indah ke persimpangan MRR2 dan Tol Plaza Loke Yew
  5. Jalan Lingkaran Tengah Dua - persimpangan Pandan Indah