Pergi ke kandungan

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
مجليس ڤربندرن امڤڠ جاي

MPAJ
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1 Julai 1992
Kepimpinan
Yang Dipertua
Dr. Ani binti Ahmad (sejak 2023)
Setiausaha
Ir. Ts. Haji Zafrul Fazy bin Haji Mohd Fauzi (memangku)
Struktur
Ahli24 orang ahli majlis
Moto
Berbakti Bersih Berbudaya
Tempat persidangan
Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama

Pandan Indah

55100 Kuala Lumpur
Laman sesawang
https://www.mpaj.gov.my/ms
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) adalah sebuah majlis perbandaran di negeri Selangor, Malaysia. Ditubuhkan pada 1 Julai 1992 dan diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993. Ia terletak di dalam dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu daerah Hulu Langat dan daerah Gombak. Ia meliputi keseluruhan Mukim Ampang, Selangor, keseluruhan Mukim Hulu Kelang, Selangor dan sebahagian Mukim Setapak. Ia juga terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur iaitu bersempadan dengan wilayah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. Keluasan kawasan pentadbiran MPAJ : 14 350 hektar atau 35 458.9 ekar. Pecahan guna tanah adalah hutan - 50.7%, perumahan - 36.4%, kemudahan awam - 5.2%, pertanian - 3.1%, perniagaan - 2.7% Perindustrian - 0.9%. Jumlah penduduk di seluruh kawasan MPAJ dianggarkan seramai 574,300 orang pada tahun 2007 (sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia) dan ia merangkumi 12.7% dari keseluruhan penduduk di Negeri Selangor.

Misi dan visi

[sunting | sunting sumber]
Misi
  • Memberi perkhidmatan bandar raya yang berkualiti tinggi
  • Kawalan pembangunan yang teratur
  • Menyediakan kemudahan awam
  • Menggiatkan aktiviti kemasyarakatan
  • Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk
Visi

Ke arah mewujudkan majlis perbandaran yang makmur, sejahtera, maju dan moden berlandaskan perancangan mantap, pengurusan yang cekap, penguatkuasaan yang adil serta budaya kerja mulia dan profesional.

Menjadikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya sebagai model perbandaran yang berkembang maju, memiliki pusat perdagangan, perindustrian yang bersih, indah serta mempunyai sistem perkhidmatan berkesan.

Memberi perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ampang Jaya merangkumi perkara-perkara berikut :-

  • Kawalan Pembangunan
  • Kawalan Perniagaan
  • Pengurusan Cukai Taksiran
  • Penyediaan Dan Penyelenggaraan Infrastruktur serta Kemudahan Awam
  • Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Kawasan
  • Program Kemasyarakatan

Logo MPAJ dibentuk bagi melambangkan komitmen MPAJ ke arah kemajuan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menitikberatkan kecemerlangan budaya kerja di samping memenuhi kehendak penduduk Ampang Jaya secara keseluruhannya.

Reka bentuk Huruf M.P.A.J

[sunting | sunting sumber]

Huruf MPAJ pada logo tersebut direka bagi melambangkan segala pembangunan yang dirancang dengan teliti bagi melahirkan persekitaran yang bersih dan indah. Juga mempamerkan keberkesanan serta kecekapan MBAJ dalam melaksanakan tugas dan peranan MBAJ sebagai pemberi perkhidmatan.

Perkataan MPAJ mengelilingi logo tersebut menunjukkan ia bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran.

Unsur pokok

[sunting | sunting sumber]

Elemen pokok yang terdapat dalam logo MPAJ melambangkan ke arah bumi yang hijau dan sentiasa mementingkan kebersihan.

Unsur perindustrian dan perumahan

[sunting | sunting sumber]

Perindustrian, perumahan dan perkilangan adalah simbolik kepada kesempurnaan perancangan ke arah kepesatan pembangunan dan persekitaran Ampang Jaya.

BERBAKTI BERSIH BERBUDAYA

MPAJ terletak di bawah dua mukim dan daerah di negeri Selangor yang berbeza iaitu mukim Hulu Kelang, daerah Gombak dan mukim Ampang, daerah Hulu Langat. Sebelum MPAJ diasaskan pada tahun 1992, mukim Hulu Kelang ditadbir oleh Majlis Daerah Gombak manakala mukim Ampang ditadbir Majlis Daerah Hulu Langat[1]. Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menggabungkan kedua-dua mukim ini dan diletakkan di bawah kerajaan tempatan yang sama yang beribu pejabat di Pandan Indah. Gombak Barat ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang manakala bahagian lain di daedah Hulu Langat ditadbir Majlis Perbandaran Kajang.

Ahli Majlis

[sunting | sunting sumber]

Seramai 24 orang ahli majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh setahun bagi membantu mentadbir majlis.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]