Pergi ke kandungan

DUT1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Graf ini memaparkan sejarah evolusi DUT1 sejak 1985. Segmen-segmen menegak itu adalah daripada saat lompat.

Pembetulan waktu DUT1 (atau DUT) merupakan beza antara Waktu Sejagat (UT1) yang ditentukan oleh putaran Bumi, dan Waktu Semesta Berkoordinat (UTC) yang ditentukan oleh serangkaian jam persis.

DUT1 = UT1 − UTC

UTC ditanggung dengan saat lompat sehingga DUT1 kekal dalam julat −0.9 s < DUT1 < +0.9 s. Pembetulan ini disebabkan serba sedikit oleh kadar putaran Bumi yang tidak sekata disebabkan tidal braking serta pengagihan semula jisim di dalam Bumi, termasuk lautan-lautan dan atmosferanya, dan juga serba sedikit disebabkan saat SI (seperti yang digunakan untuk UTC) ketika diterima guna sudah pun lebih singkat sedikit daripada nilai semasa sesaat waktu suria min.[1]

Ramalan nilai DUT1 diterbitkan oleh IERS Bulletin A.

Nilai DUT1 yang dikemaskini mingguan dengan kepersisan 0.1 s disiarkan oleh sesetengah perkhidmatan isyarat waktu, termasuk WWV dan MSF. Perkhidmatan ini memancarkan satu nadi sesaat dalam suatu bentuk. Untuk mewakili nilai DUT1 positif dari +0.1 ke +0.8 saat, nadi yang dipancarkan dalam saat 1 hingga 8 "ditekankan" dengan suatu cara, lazimnya dengan pancaran nadi berganda. Bilangan nadi tekanan menyampikan nilai DUT1. Nilai DUT1 negatif dari −0.1 ke −0.8 saat juga diwakili sebegitu rupa dengan menekankan nadi 9 hingga 16. Contohnya, nilai DUT1 −0.4 dipancarkan dengan menekankan nadi 9 hingga 12.

Isyarat waktu Rusia RWM memancarkan dUT1 pembetulan tambahan dalam kenaikan 0.02 s. Nilai positif dUT1 dari +0.02 ke +0.08 s dikodkan dengan menekankan nadi 21 hingga 24; nilai negatif pula dikodkan dengan menekankan nadi 31 hingga 34. Nilai sebenar DUT1 dianggarkan oleh jumlah DUT1 + dUT1 yang dipancarkan.

Isyarat waktu gelombang panjang RBU juga memancarkan dUT1.

Rujukan dan catatan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ :(1) Dalam "The Physical Basis of the Leap Second", oleh D D McCarthy, C Hackman dan R A Nelson, dalam Astronomical Journal, vol.136 (2008), ms. 1906–1908, adalah dinyatakan (ms. 1908), bahawa "the SI second is equivalent to an older measure of the second of UT1, which was too small to start with and further, as the duration of the UT1 second increases, the discrepancy widens." (Sesaat SI bersamaan dengan suatu ukuran lama bagi sesaat SI yang terlalu kecil untuk digunakan, lebih-lebih lagi semakin lama tempoh sesaat UT1, maka semakin besar bezanya.) :(2) Pada lewat 1950-an, piawaian sesium digunakan untuk mengukur tempoh min sesaat waktu suria min (UT2) (hasil: 9192631830 kitaran) dan juga sesaat waktu efemeris (ET) (hasil: 9192631770±20 kitaran), rujuk "Time Scales", oleh L. Essen, dalam Metrologia, vol.4 (1968), ms.161–165, di ms.162. Seperti yang sedia diketahui, nilai 9192631770 dipilih untuk sesaat SI. L Essen dalam rencana yang sama (ms.162) menyatakan bahawa ini "seemed reasonable in view of the variations in UT2" (kelihatan munasabah memandangkan variasi dalam UT2).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]