Pergi ke kandungan

Isyarat selanjar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Isyarat selanjar atau isyarat masa selanjar merupakan kuantiti berubah-ubah (sesebuah isyarat) yang domainnya, iaitu lazimnya masa, merupakan kontinuum (cth. selang bersambung antara nombor nyata). Iaitu, domain fungsinya merupakan set tak boleh bilang. Fungsi itu sendiri tidak semestinya selanjar. Sebagai perbandingan, isyarat masa diskret mempunyai domain boleh bilang seperti nombor asli.

Isyarat amplitud dan masa selanjar dikenali sebagai isyarat masa selanjar atau isyarat analog. Isyarat ini akan mempunyai suatu nilai pada setiap tika masa. Isyarat-isyarat elektrik yang diterbitkan secara berkadar dengan kuantiti-kuantiti fizikal seperti suhu, tekanan, bunyi dsb. pada umumnya adalah isyarat selanjar.

Isyarat itu ditentukan dalam sebuah domain yang mungkin atau mungkin tidak terhingga, malah terdapat pemetaan berfungsi dari domain itu kepada nilai isyarat. Keselanjaran pemboleh ubah masa berkenaan dengan hukum kepadatan nombor nyata bererti nilai isyarat itu boleh ditemui di sembarangan tika masa.

Satu contoh lazim isyarat tempoh tak terhingga ialah:

Isyarat di atas boleh diolah dalam tempoh terhingga seperti:

dan jika sebaliknya.

Nilai isyarat tempoh (tak) terhingga mungkin atau mungkin tidak terhingga. Cth:

dan jika sebaliknya,

adalah isyarat tempoh terhingga tetapi mengambil nilai tak terhingga untuk .

Dalam kebanayakn bidang, kelazimannya adalah bahawa isyarat selanjar mestilah nilai terhingga, iaitu lebih masuk akal dalam hal isyarat fizikal.

Untuk sesetengah kegunaan, kesinggularan tak terhingga diterima selagi isyarat itu boleh dikamir di atas sebarang selang terhingga (cth., isyarat tidak boleh dikamir, tetapi boleh).

Sebarang isyarat analog adalah bersifat selanjar aslinya. Isyarat diskret yang digunakan dalam pemprosesan isyarat digital, boleh diperoleh dengan mensampel dan mengkuantumkan isyarat selanjar.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]