Darurat di Malaysia
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Darurat di Malaysia merupakan penguatkuasaan hasil proklamasi darurat yang diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara di Malaysia yang tertakluk di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Ia akan diisytiharkan sekiranya terdapat sesuatu yang menyebabkan keselamatan, atau pertumbuhan ekonomi, atau ketenteraman awam terancam berlaku di Malaysia.[1]
Kronologi
[sunting | sunting sumber]Rusuhan dan penentangan
[sunting | sunting sumber]Sebelum merdeka
[sunting | sunting sumber]Sebelum merdeka, Malaysia yang ketika itu merupakan Tanah Melayu atau Malaya telah diisytiharkan darurat oleh pentadbiran British. Ia bertujuan bagi membendung kegiatan politik berhaluan kiri, terutamanya yang membabitkan Parti Komunis Malaya (PKM), selepas penyerahan Malaya daripada Jepun kepada British. Ia berkuat kuasa dari tahun 1948 hingga 1960.
Selepas merdeka
[sunting | sunting sumber]Darurat yang pertama diisytiharkan di Malaysia selepas kemerdekaan ialah akibat konfrontasi negara Indonesia akibat pembentukan Malaysia yang menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ia berlaku pada September 1964.
Pada 14 September 1966 pula, proklamasi darurat dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di Sarawak bertujuan untuk membolehkan kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak.[2] Ia berlaku setelah Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Stephen Kalong Ningkan, tidak meletakkan jawatan selepas 21 daripada 42 orang anggota Dewan Undangan Negeri Sabah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadapnya.
Pada 15 Mei 1969 pula, proklamasi darurat dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong berikutan rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.[2] Ia berlaku akibat berlakunya provokasi perkauman setelah berlangsungnya Pilihan raya umum Malaysia 1969.
Pada 8 November 1977, proklamasi darurat dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan.[2] Ia berlaku setelah Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir, tidak meletakkan jawatan selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan undi tidak percaya terhadapnya.
Ancaman jerebu
[sunting | sunting sumber]Darurat mengenai ancaman jerebu yang teruk pernah diisytiharkan di Malaysia. Pada September 1997, darurat telah diisytiharkan di Sarawak akibat jerebu yang teruk. Pada 11 Ogos 2005, Kuala Selangor dan Klang pula telah diisytiharkan darurat.[3][4] Pada 23 Jun 2013 pula, Muar dan Ledang, Johor pula diisytiharkan darurat akibat indeks pencemaran udara yang terlalu tinggi.[5]
Penularan wabak COVID-19
[sunting | sunting sumber]Berikutan kemelut politik Malaysia dan pandemik COVID-19 di Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 23 Oktober 2020 untuk mencadang pengisytiharan darurat bagi seluruh negara. Walau bagaimanapun, cadangan awal tersebut ditolak.[6]
Pada 18 November 2020, proklamasi darurat diisytiharkan di Parlimen Batu Sapi, Sabah sebagai langkah membendung penularan wabak sekaligus membatalkan pilihan raya kecil yang sepatutnya dilangsung dalam waktu terdekat.[7] Kerusi Parlimen Batu Sapi diisytiharkan kosong setelah Ahli Parlimennya, Liew Vui Keong meninggal dunia.[8]
Pada 16 Disember 2020 pula, proklamasi darurat diisytiharkan di dua tempat iaitu Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, Sabah sebagai langkah membendung penularan wabak sekali gus membatalkan pilihan raya kecil yang sepatutnya dilangsungkan dalam waktu terdekat.[9] Pilihan raya kecil dua kerusi berkenaan dijadualkan serentak pada 16 Januari 2021, setelah diisytiharkan kosong selepas wakil rakyat masing-masing, Hasbullah Osman (Gerik) dan Manis Muka Mohd Darah (Bugaya) meninggal dunia.[10][11]
Pada 12 Januari 2021, proklamasi darurat diisytiharkan di Malaysia keseluruhannya sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. Ia diisytiharkan oleh Perdana Menteri setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.[12] Ia dikuatkuasakan hingga 1 Ogos 2021. Sistem perundangan digantung di peringkat persekutuan (Parlimen) dan negeri (DUN). Hal ini sekaligus menghalang penganjuran sebarang pilihan raya umum di Malaysia.[13]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa
- Perkara 149 – 151 Perlembagaan Malaysia
- Ordinan Darurat (Malaysia)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ BERNAMA (12 Januari 2021). "Kronologi darurat di Malaysia". BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-13. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b c "Pengungkaian Proklamasi-proklamasi Darurat" (PDF). Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara. 20 Disember 2011. Dicapai pada 13 Januari 2021.
- ^ "Bencana Jerebu - Pelan Tindakan Mengatasi" (PDF). Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat. 7 Oktober 1997. Dicapai pada 13 Januari 2021.
- ^ Mastura Mahmud & Nuur Huraizah Abu Hanifiah (2009). "Kajian pencemaran udara berikutan peristiwa jerebu pada tahun 2005: Kajian kes di Perai, Pulau Pinang, Malaysia" (PDF). GEOGRAFIA Online. 5 issue 2: 1.
- ^ T K Letchumy Tamboo (23 Jun 2013). "Najib isytihar darurat di Muar dan Ledang". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Raiham Mohd Sanusi (25 Oktober 2020). "Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2021. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Mohd Nasaruddin Parzi (18 November 2020). "Agong isytihar darurat Parlimen Batu Sapi". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Yun Mikail (2 Oktober 2020). "VK Liew meninggal dunia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Muhammad Yusri Muzamir (16 Disember 2020). "Agong isytihar darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ BERNAMA (16 November 2020). "Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Abdul Rahemang Taiming (17 November 2020). "ADUN Bugaya meninggal dunia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Mohd Fadhli Mohd Sulaiman (12 Januari 2021). "Agong isytihar darurat hingga 1 Ogos". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ BERNAMA (12 Januari 2021). "Darurat: Pilihan raya tak akan diadakan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)