Laut Mati
Laut Mati | |
---|---|
Fail:Dead Sea by David Shankbone.jpg, Dead sea.jpg | |
Koordinat | |
Jenis | endorheik hipersaline |
Aliran masuk utama | Sungai Jordan |
Aliran keluar utama | Pemeluwapan |
Kawasan tadahan | 40,650 km² (25,258 mi²) |
Negara lembangan | Jordan Wilayah Palestin |
Panjang maksimum | 67 km (42 mi) |
Lebar maksimum | 18 km (11 mi) |
Luas permukaan | 810 km² (Lurah Utara) |
Kedalaman purata | 120 m |
Kedalaman maksimum | 330 m (1,083 ft) |
Isi padu air | 147 km³ (91 mi³) |
Panjang pesisir1 | 135 km (84 mi) |
Ketinggian permukaan | -418 m (-1,371 ft) |
1 Panjang pesisir bukanlah ukuran yang jelas. |
Laut Mati (Ibrani: ים המלח ; Arab: البحر الميت ; bahasa Inggeris: Dead Sea ) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
Ia merupakan salah sebuah pusat peranginan kesihatan pertama di dunia (untuk Herod the Great) dan telah menjadi pembekal pelbagai jenis produk, dari asfalt untuk mumia Mesir hingga potasy untuk baja.
Laut Mati surut dengan kadar yang pantas; luas permukaannya hari ini ialah 605 km2 (234 batu persegi) dan pernah mencapai 1,050 km2 (410 batu persegi) pada tahun 1930.