Laut Putih
Laut Putih | |
---|---|
| |
Lembangan negara | Rusia |
Luas permukaan | 90,000 km2 (34,700 bt2) |
Kedalaman purata | 60 m (197 ka) |
Kedalaman maksimum | 340 m (1,115 ka) |
Rujukan | [1][2] |
Laut Putih (Rusia: Бе́лое мо́ре ) adalah sebuah teluk di selatan Laut Barents yang terletak di pantai barat laut Rusia. Ia dikelilingi oleh Karelia ke arah barat, Semenanjung Kola di utara dan Semenanjung Kanin di timur laut. Keseluruhan Laut Putih berada di dalam wilayah berdaulat Rusia yang dianggap sebagai daripada perairan dalaman Rusia.[3]
Pelabuhan utama di Arkhangelsk terletak di Laut Putih. Berdasarkan sejarah Rusia, Laut Putih menjadi sebuah pusat utama bagi perdagangan maritim antarabangsa, yang mana dijalankan oleh para Pomor ("peneroka tepian pantai") daripada Kholmogory. Pada zaman moden ia menjadi pangkalan tentera laut dan kapal selam Soviet yang penting. Terusan Laut Putih menghubungkan Laut Putih dengan Laut Baltik.
Laut Putih merupakan salah sebuah dari empat laut yang dinamakan sempena warna — yang lain adalah Laut Hitam, Laut Merah dan Laut Kuning.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ White Sea, Great Soviet Encyclopedia (in Russian)
- ^ White Sea, Encyclopedia Britannica on-line
- ^ A. D. Dobrovolskyi and B. S. Zalogin Seas of USSR. White Sea, Moscow University (1982) (in Russian)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Laut Putih |