Mitsubishi F-1
Penampilan
Mitsubishi F-1 | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pejuang |
Pengeluar | Mitsubishi Heavy Industries, Fuji Heavy Industries |
Penerbangan sulung | 3 Jun 1975 |
Diperkenalkan | April 1978 |
Pengguna utama | Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun |
Jumlah dibina | 77 |
Dibangunkan dari | Mitsubishi T-2 |
Mitsubishi F-1 merupakan pesawat pejuang berkuasa jet pertama yang dibangunkan oleh Jepun. Pesawat ini merupakan pesawat pejuang yang pertama dikeluarkan di Jepun selepas berakhirnya Perang Dunia II. F-1 dibangunkan secara usahasama oleh syarikat Mitsubishi Heavy Industries dan Fuji Heavy Industries. Sekali pandang, F-1 kelihatan seolah-olah pesawat SEPECAT Jaguar yang dibangunkan oleh British dan Perancis, akan tetapi pada hakikatnya ia dibina dengan usaha sendiri Jepun.
Pengguna
[sunting | sunting sumber]Spesifikasi (F-1)
[sunting | sunting sumber]Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 17.66 m (57 kaki 11 in)
- Rentang sayap: 7.88 m (25 kaki 10 in)
- Tinggi: 4.39 m (14 kaki 5 in)
- Sayap luas: 21.2 m² (228 kaki²)
- Berat kosong: 6,358 kg (14,017 lb)
- Berat berisi: kg (lb)
- Berat berlepas maksimum: 13,674 kg (30,146 lb)
- Loji kuasa: 2× Ishikawa-Harima TF40-801A turbofan, 32.4 kN (7,280 lbf) setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum: 1,700 km/j (1,060 bsj)
- Jarak: 1,130 km (705 batu)
- Lelangit khidmat 15,250 m (50,020 kaki)
- Kadar kenaikan: m/s (kaki/min)
- Beban sayap: kg/m² (lb/kaki²)
- Tujahan/berat: 0.48
Persenjataan
- 1× meriam JM61A1 Vulcan berkaliber 20 mm
- Pelbagai jenis bom, peluru berpandu udara ke udara dan ke permukaan serta pod-pod roket di empat tenggekan di bawah sayap, dua di hujung sayap, dan satu di bawah pilon fiuslaj. Senjata yang dibawa termasuk AIM-9 Sidewinder, Mitsubishi AAM-1, peluru berpandu anti kapal Mitsubishi ASM-1/2, pod roket JLAU-3A 70 mm, roket RL-7 70 mm, roket RL-4 125 mm, bom-bom Mk-82 500 lb dan M117 750 lb, dan GCS-1, serta Mk-82 dan M117 versi panduan inframerah.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Mitsubishi F-1. |