Nasi lemuni
Penampilan
Nasi lemuni ناسي لموني | |
---|---|
Jenis | Hidangan nasi |
Jenis sajian | Utama |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Utara Semenanjung Melayu, terutamanya Kedah & Penang[1] |
Dicipta oleh | Orang Melayu[2] |
Bahan utama | Nasi, lemuni, bawang putih, halia, halba, lada hitam, serai, bawang, garam |
sunting · sunting di Wikidata |
Nasi lemuni (Jawi: ناسي لموني) ialah hidangan nasi yang berasal dari kawasan utara Semenanjung Melayu.[3] Hidangan ini disediakan dengan herba vitex trifolia yang dikenali sebagai legundi atau lemuni.[4][5]
Nasi lemuni dimakan dengan cara yang sama seperti nasi lemak. Orang ramai akan melengkapkan hidangan dengan lauk dan perasa yang biasa terdapat dalam nasi lemak cth. sambal, ayam goreng, ikan bilis kering, hirisan timun dan telur rebus. Ia biasanya dimakan semasa sarapan pagi dan makan tengah hari, atau kedua-duanya.
Faedah kesihatan
[sunting | sunting sumber]Ia secara tradisinya dimakan sebagai hidangan berpantang kerana dipercayai bahawa legundi boleh meningkatkan aliran darah, mengimbangi hormon dan memperbaiki penghadaman seseorang.[6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Seribu Satu Khasiat dan Keunikan Rasa Nasi Lemuni". Butterkicap. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2020. Dicapai pada 28 September 2017.
- ^ "[Penang] Nasi Lemuni from Sari Rasa, Astaka Taman Tun Sardon". Hungryonion. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2020. Dicapai pada 10 August 2018.
- ^ "[Penang] Nasi Lemuni from Sari Rasa, Astaka Taman Tun Sardon". Hungryonion. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2020. Dicapai pada 10 August 2018.
- ^ "5 Rice Dishes to Try in Penang Apart From Nasi Kandar". MyPenang. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2021. Dicapai pada 1 January 2019.
- ^ "A surprise discovery: Nasi lemuni in KL!". Malaymail. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2021. Dicapai pada 30 July 2017.
- ^ "Nasi Lemuni Untuk Ibu Berpantang Bersalin" (dalam bahasa malay). HasrulHassan. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2021. Dicapai pada 15 April 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)