Pergi ke kandungan

Bibimbap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bibimbap
Dolsot bibimbap
Nama Korea
Hangul비빔밥
Perumian Semakanbibimbap
McCune–Reischauerpibimpap
Bibimbap

Bibimbap (비빔밥, sebutan bahasa Korea: [bibimbap],[1] kadang-kala dirumikan menjadi bi bim bap atau bi bim bop) ialah satu daripada hidangan istimewa Korea. Perkataannya seara harfiah bermaksud "nasi campur". Bibimbap disajikan dalam mangkuk yang berisi nasi panas yang ditutupi dengan namul (sayur tumis dan diperisa) dan gochujang (pes cili), kicap, atau doenjang, pes kacang soya masin. Telur mentah atau goreng dan hirisan daging (lazimnya daging lembu) adalah kebiasaan lauknya. Makanan ersebut kemudiannya dikacau panas-panas sebelum dimakan.[2]

Di Korea Selatan, Jeonju, Jinju, dan Tongyeong amat terkenal dengan bibimbap versi mereka sendiri.[3] Pada 2011, ia berada pada kedudukan ke-40 dalam 50 makanan paling lazat di dunia melalui undian pembvaca yang dikumpulkan oleh CNN Travel.[4]

Nama Bibimbap diguna pada awal kurun ke-20. Dari Zaman Joseon (1392–abad ke-16) hingga ke abad ke-20, Bibimbap dipanggil Goldongban, yang bermaksud hidangan nasi yang disaji bersama campuran makanan lain. Hidangan ini secara tradisinya dimakan pada malam tahun baru lunar memandangkan orang ketika itu merasakan mereka perlu menghabiskan saki baki lauk atau hidangan sampingan sebelum tahun baru atau perlu membuangnya. Penyelesaian ini iaitu memasukkan sekali saki baki ke dalam nasi dan digaul bersama mengelakkan dari sebarang pembuangan dan pembaziran.[5] Bibimbap juga dianggap hanya dimakan oleh petani semasa musim bertani kerana ia adalah kaedah yang paling mudah untuk disediakan bagi sejumlah ramai orang. Bibimbap, turut dikenali sebagai Goldongban ketika itu, yang disajikan kepada raja sebagai santapan tengah hari atau santapan antara hidangan ringan.[6]

Bibimbap mula disebut dalam Siuijeonseo, buku masakan pada lewat abad ke-19.[7][8] Buku tersebut membernya nama 부븸밥 (bubuimbap).[9] Sesetengah ahli sarjana menegaskan yang bibimbap berasal dari amalan tradisi yang mencampukan semua makanan yang dijadikan persembahan pada upacara jesa di dalam mangkuk sebelum ambil bahagian.[10]

Sejak lewat abad ke-20, bibimbap mula tersebar di negara lain, disebabkan mudahnya penyediaan santapan ini. Ia juga disajikan dalam beberapa penerbangan yang menghubungkan Korea Selatan.

Penyediaan

[sunting | sunting sumber]
Pilihan bahan untuk membuat bibimbap

Sayuran laizmnya digunakan dalam bibimbap termasuklah potongan timun, zukini, mu (daikon), cendawan, doraji (akar pokok bunga belon), dan gim, begitu juga bayam, tauge soya, dan gosari (pucuk paku). Dubu (tauhu), sama ada biasa atau ditumis, atau daun salad juga boleh ditambah, atau daging ayam atau makanan laut menjadi ganti kepada daging lembu.[2] Untuk menambahkan kecantikan hidangan, sayuran disusun agar warna bersesuaian satu sama lain.

Kepelbagaian

[sunting | sunting sumber]
Jeonju bibimbap

Variasi hidangan ini, dolsot bibimbap (돌솥 비빔밥, dolsot bermaksud "periuk batu"), disajikan dalam mangkuk batu yang sangat panas yang di dalamnya telur mentah akan masak apabila mengena sisi mangkuk tersebut. Mangkuk itu amat panas sehingga apa sahaja yang menyentuhnya akan berdesir untuk beberapa minit. Sebelum nasi diletakkan di dalam mangkuk tersebut, bahagian bawahnya disadur dengan minyak bijak, menjadikan lapisan nasi yang menyentuh mangkuk tersebut menjadi perang dan rangup.

Bandar Jeonju, ibu kota Jeolla Utara, Wilayah di Korea Selatan,[2] terkenal di serata negara itu dengan versi bibimbapnya yang tersendiri,[11] yang dikatakan disandarkan kepada sajian diraja ketika Zaman Dinasti Joseon.[3]

Versi bibimbap lain turut dipanggil hoedeopbap, yang menggunakan makanan laut mentah seperti ikan tilapia, salmon, tuna atau kadangkala kurita, tetapi setiap mangkuk nasi hanya mengandungi sejenis pilihan makanan lauk sahaja. Istilah hoe pada nama hidangannya bermaksud ikan mentah. Hidangan ini populat di persisiran pantai di Korea yang erdapat banyaknya ikan.[perlu rujukan] Di samping itu, terdapat pelbagai jenis lagi bibimbap, seperti bibimbap tauge, bibimbap herba liar, dan bibimbap bass mangkuk besar.

Perlambangan

[sunting | sunting sumber]

Bahan yang digunakan dalam bibimbap adalah kaya dengan perlambangan. Hitam atau warna gelap mewakili Utara dan buah pinggang - sebagai contoh, cendawan shiitake, pucuk paku atau rumpai laut. Merah atau jingga mewakili Selatan dan jantung, dengan cili, lobak merah dan kurma jujube. Hijau mewakili Timur dan hati, dengan timun dan bayam. Putih pula Barat atau peparu, dengan makanan seperti tauge, lobak putih dan nasi. Dan akhir sekali kuning mewakili tengah, atau perut. Makanan ini termasuklah labu, kentang, atau telur.

Globalisasi

[sunting | sunting sumber]

Banyak usaha dilakukan untuk menyebarkan makanan tradisional Korea ke serata dunia, termasuklah Bibimbap. Industri bibimbap mengambil kesempatan akan dua ciri yang ingin dikembangkan iaitu: kepiawaian dan keperibadian. Bibimbap boleh diperbuat daripada bahan yang dipiawaikan, seperti sayuran dan gochujang (pes cili merah) dan ia boleh diubah mengikut citarasa seseorang dengan menokok atau menepikan bahan bergantung kepada keperibadian masing-masing. Terdapat kebarangkalian tinggi yang bibimbap dapat mengatasi makanan segera lain seperti burger dan piza. Bibimbap mula mendapat perhatian daripada pelbagai negara memandangkan ia mempunyai ciri yang agak berbeza dari negara lain dalam aspek pelbagai gabungan bahan dimasukkan ke dalam satu hidangan.[12] Organisasi swasta yang diberi julukan 'pasukan pengembara bibimbap' telah melakukan usaha yang hebat untuk mengglobalisasikan bukan sahaja bibimbap tetapi makanan Korea yang lain. CJ CheilJedang pula berterusan menaja pasukan ini dan mereka akan menyediakan sampel makanan percuma terutama pada acara yang dinamakan Hari makanan Korea di pelbagai tempat, sebagai contoh di Wharton School of the University of Pennsylvania dan Universiti Oxford. Adalah dilaporkana bahawa keputusan daripada pembeian makanan contoh tersebut amatlah berjaya untuk menarik minat ramai orang dengan mengetengahkan yang rasa seimbang hidangan tersebut menjadi ciri positif bagi bibimbap.[13] Syarikat CJ juga membina restoran di seluruh dunia dengan nama Bibigo yang menyebarkan rasa bibimbap. Mereka menyediakan bibimbap mengikut citarasa tempatan. Setakat ini, restoran tersebut telah dibuka di China, Indonesia, Jepun, Singapura dan di United Kingdom.[14]

Manfaat untuk kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Semua komponen dalam bibimbap amat berfaedah untuk kesihatan untuk seseorang dan boleh membantu dalam diet seseorang. Memandangkan bibimbap boleh diubah, menggantikan bahan lalu menjadikan hidangan tersebut menjadi lebih sihat dan mengurangkan kandungan kalorinya. Sebagai contoh, seseorang boleh menggantikan nasi putih dengan nasi perang yang bukan sahaja lebih rendah nilai kalorinya tetapi lebih sihat. Daging juga boleh dikeluarkan untuk mengurangkan kalori. Pemakannya tidak perlu risau akan kekurangan pengambilan protein kerana bahan lain turut mengandungi protein. Sesetengah bahan dalam bibimbap juga mempunyai manfaat kesihatan. Kacang soya mengandungi protein seperti daging dan menjadi sumber yang bagus untuk vitamin C dan serat. Bayam mengandungi antioksidan dan magnesium, and gosari (pucuk paku) pula kaya dengan Vitamin A dan C dan asid lemak Omega 3. Banyak lagi bahan lain yang mempunyai khasiat yang tersendiri.[15] Gochujang yang sering dicampur dalam bibimbap juga berkhasiat dengan bahan aslinya.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Никольский, Л.Б.; Цой Ден Ху и др. (1976). Большой корейско-русский словарь. Москва: Русский язык.
  2. ^ a b c "Organic Vegetables Bibimbap". Seoul Metropolitan Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-01. Dicapai pada 2015-04-15.
  3. ^ a b "Introduction to Bibimbap: From Jeonju to Jinju style". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-16. Dicapai pada 2015-04-15.
  4. ^ Cheung, Tim (7 September 2011). "Your pick: World's 50 best foods". CNN. Dicapai pada April 12, 2015.
  5. ^ "Rice with Leftovers (1st Lunar Month)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-17. Dicapai pada April 8, 2015.
  6. ^ "Origin of Bibimbap". Bibimbap Globalization Foundation. Dicapai pada April 12, 2015.
  7. ^ Koo Chun-sur, Director, World Food Culture Research Institute. "Bibimbap: High-nutrition All-in-one Meal". The Korea Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-07. Dicapai pada 2015-04-15.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ 비빔밥. Encyclopedia of Korean National Culture (Empas) (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 2006-12-06.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ 전주비빔밥. Jeonbuk Food Culture Plaza (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 2006-12-06.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ Choe, Sang-Hun; Christopher Torchia (2 April 2007). Looking for a Mr. Kim in Seoul. Master Communications. m/s. 168. ISBN 978-1-932457-03-2.
  11. ^ Hong Mi-Kyung (May 19, 2008). "Top 10 Korean Dishes & Restaurants". Korea Tourism Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-05. Dicapai pada 12 April 2015.
  12. ^ Song Byeong Lak (19 November 2001). "Economics Talk". Dong-A Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-16. Dicapai pada 2015-04-15.
  13. ^ "CJ제일제당, '비빔밥 유랑단' 후원 "한식 알리겠다"". 아시아경제. 22 January 2013.
  14. ^ "Overseas stores". Bibigo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-17. Dicapai pada 2015-04-15.
  15. ^ "Bibimbap Deconstructed – Taste of Harmony". KoreaTaste. April 30, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-14. Dicapai pada 2015-04-15.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]