Pergi ke kandungan

Jjim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jjim
Andong jjimdalk, sejenis hidangan jjim
Nama Korea
Hangul
Hanja[tiada ] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Perumian Semakanjjim
McCune–Reischauertchim

Jjim (찜; sebutan bahasa Korea: [tɕ͈im]) ialah istilah masakan Korea merujuk kepada hidangan yang dibuat dengan mengukus atau merebus[1] daging, ayam, ikan atau kerang yang telah diperap di dalam sos atau sup. Teknik memasak ini asalnya merujuk kepada hidangan yang dimasak di dalam siru (시루, pengukus tembikar terutamanya digunakan untuk membuat tteok) dengan mengukus. Walau bagaimanapun, nama jjim kini mula mencakupi hidangan yang siap dengan tampilan dikukus. Kaedah memasak bagi kebanyakan hidangan jjim pada masa kini telah ditukar kepada merebus bahan-bahan dalam kaldu dan mengurangkan cecair.[2] Periuk tekanan juga popular untuk membuat jjim.[3]

Protein seperti galbi, daging paha atau punggung lembu, ayam, ikan, atau kerang biasanya menjadi bahan-bahan utama. Ramuan diperap di dalam sos, kemudian dimasukkan sehingga mendidih dengan sedikit air. Cecair ini kemudiannya dikurangkan. Pelbagai sayur-sayuran dan bahan-bahan lain ditambah untuk rasa yang dipertingkatkan.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "The general kinds of Korea Food". Korea Tourism Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-08. Dicapai pada 2013-04-04.
  2. ^ a b (Korea) Jjim Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Nate Encyclopedia
  3. ^ (Korea) Lee, Yangji (이양지). Smart Healthy Meal (야무진 건강 밥상), Samseong Publishing, 2005. ISBN 89-15-04094-5

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]