Pergi ke kandungan

Wikipedia Bahasa Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Favicon of Wikipedia Wikipedia Bahasa Inggeris
Laman Utama Wikipedia Bahasa Inggeris.
Laman Utama Wikipedia Bahasa Inggeris.
Maklumat umum
URLhttp://en.wikipedia.org/
JenisProjek ensiklopedia internet
Tersedia dalamBahasa Inggeris
Ditubuhkan15 Januari 2001 Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia
PenciptaJimmy Wales dan Larry Sanger Sunting nilai ini di Wikidata
PengasasJimmy Wales, Larry Sanger[1]
Kandungan dan sokongan
KeluaranEnsiklopedia internet Sunting nilai ini di Wikidata
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
LesenAtribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons, Lesen Dokumentasi Bebas GNU dan Atribusi-Perkongsian Serupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons Sunting nilai ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatMiami, Florida
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penyumbang Wikipedia Bahasa Inggeris mengikut negara[2]

Wikipedia Bahasa Inggeris (Bahasa Inggeris: English Wikipedia) merupakan edisi bahasa Inggeris ensiklopedia Wikipedia. Diasaskan pada 15 Januari 2001 dan mendekati 2 juta buah rencana pada September 2007,[3] Wikipedia Bahasa Inggeris merupakan edisi Wikipedia yang pertama dan kekal sebagai yang terbesar, dengan lebih daripada empat kali ganda Wikipedia yang kedua terbesar, iaitu Wikipedia Bahasa Jerman. Pada tahun 2007, kira-kira satu perempat daripada rencana-rencana di semua Wikipedia adalah kepunyaan edisi Bahasa Inggeris.[4]

Edisi perintis

Wikipedia Bahasa Inggeris merupakan edisi Wikipedia yang pertama dimulakan dan kekal sebagai yang terbesar. Wikipedia Bahasa Inggeris merintis banyak konvensyen, polisi, dan ciri-ciri yang diambil oleh edisi Wikipedia yang lain, dan juga mengambil ciri-ciri daripada Wikipedia Bahasa Jerman, serta edisi-edisi lain yang lebih kecil. Ini termasuk "rencana terpilih",[5] polisi pandangan berkecuali,[6] templat navigasi,[7] membahagikan rencana tunas kepada subkategori,[8] mekanisme penyelesaian pertikaian seperti pengantaraan dan pengadilan,[9], dan kerjasama mingguan.[10]

Banyak penyerta paling aktif Yayasan Wikimedia, dan pengembang perisian MediaWiki yang menguasai Wikipedia, juga merupakan pengguna Wikipedia Bahasa Inggeris.

Kontroversi

Antara kontroversi di Wikipedia Bahasa Inggeris ialah perbahasan tentang apa jenis Bahasa Inggeris yang patut digunakan, dengan kebanyakan penggunanya merupakan penutur sama ada Bahasa Inggeris Amerika atau Bahasa Inggeris British.[11][12] Terdapat juga isu yang mirip di Wikipedia Bahasa Cina, dengan penyelesaian yang berbeza.

Pengguna dan penyunting

Wikipedia Bahasa Inggeris mencapai 4,000,000 buah akaun pengguna berdaftar pada 1 April 2007,[13] Bilangan penyunting aktif (sama ada berdaftar atau tanpa nama) di Wikipedia adalah selalu jauh lebih sikit daripada bilangan ini.

Sebagai edisi Wikipedia yang terbesar, dan disebabkan oleh Bahasa Inggeris sebagai satu bahasa yang digunakan secara meluas, Wikipedia Bahasa Inggeris ini mendapatkan banyak pengguna dan penyunting yang bukan penutur bahasa utama. Mereka mencari maklumat di Wikipedia Bahasa Inggeris daripada memilih Wikipedia bahasa utama mereka hanya kerana Wikipedia Bahasa Inggeris mengandungi lebih maklumat.

Lihat juga

Catatan dan rujukan

  1. ^ Terdapat kontroversi tentang siapa mengasaskan Wikipedia. Laman kakitangan rasmi Wikipedia dari September 2001 menyatakan bahawa Wales dan Sanger merupakan dua orang ko-pengasas, dan tiada ketua editor. Wales menganggap sendiri sebagai pengasas penuh Wikipedia dan beritahu Boston Globe bahawa "adalah tidak masuk akal" untuk menggelar Sanger sebagai ko-pengasas. Namun Sanger bantah kuat terhadap penggambaran ini. Beliau dikenali sebagai seorang ko-pengasas Wikipedia sekurang-kurangnya seawal September 2001 dan merujuk kepada sendiri demikian seawal January 2002.
    • Jonathan Sidener (6 Disember 2004). "Everyone's Encyclopedia" (dalam bahasa Inggeris). San Diego Union Tribune. Dicapai pada 15 Oktober 2006.
    • Peter Meyers (20 September 2001). "Fact-Driven? Collegial? This Site Wants You" (dalam bahasa Inggeris). New York Times. Dicapai pada 15 Oktober 2006.
    • Sanger, Larry. "What Wikipedia is and why it matters" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 April 2004.
  2. ^ m:Edits by project and country of origin
  3. ^ Rego, Anjali (13 Ogos 2007). "Wikipedia Reaches 2 Million Articles". Tech2 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-27. Dicapai pada 23 Ogos 2007.
  4. ^ Wikimedia Meta-Wiki (30 Januari 2007). "List of Wikipedias". Dicapai pada 30 Januari 2007.
  5. ^ English Wikipedia (30 Januari 2007). "Featured articles" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2007.
  6. ^ English Wikipedia (25 Januari 2007). "Neutral point of view" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2007.
  7. ^ Wikimedia Meta-Wiki (29 Januari 2007). "Help:Template" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2007.
  8. ^ English Wikipedia (19 Januari 2007). "WikiProject Stub sorting" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2007.
  9. ^ English Wikipedia (27 Januari 2007). "Resolving disputes". Dicapai pada 30 Januari 2007.
  10. ^ English Wikipedia (30 Januari 2007). "Article Creation and Improvement Drive" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2007.
  11. ^ English Wikipedia. "Wikipedia:Manual of Style (spelling)" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2006. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  12. ^ English Wikipedia. "Wikipedia:Manual of Style" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Oktober 2007.
  13. ^ Wikipedia:Wikipedia Signpost/2007-04-02/News and notes. (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 20 April 2007

Pautan luar