Wikipedia Bahasa Kazakh merupakan Wikipedia dalam versi bahasa Kazakh, bahasa yang digunakan di Kazakhstan. Wikipedia ini dilancarkan pada bulan Jun 2002. Wikipedia ini mengalami pertumbuhan yang sangat cepat, dengan pertambahan 93,000 artikel pada tahun 2011.[1] Selain itu, penulisan artikelnya dapat melalui 3 jenis format tulisan, seperti tulisan Cyril, Rumi, dan Arab. Pada 26 Oktober 2011, Wikipedia ini telah mencapai lebih daripada 100,000 artikel.