Iban

Kaum Dayak berasal daripada Gua Niah Sarawak
(Dilencongkan daripada Orang Iban)

Iban adalah kaum Peribumi asli (Orang Asal tertua) yang tinggal di pulau Borneo. Mereka boleh dijumpai di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah (Iban Merotai). CF

Iban
Perempuan Iban memakai pakaian tradisional (Ngepan Iban) semasa perayaan Hari Gawai di Debak, Betong, Sarawak
Jumlah

penduduk

1,371,000 (900,065 di Sarawak sahaja)[1]
Rantau dengan penduduk penting Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor
Asal usul Kapuas Hulu[1][2]
Bahasa Iban
Agama Kepercayaan Nenek Moyang(Pengarap Lama), Kristian, Islam
Kelompok etnik terdekat Dayak Laut, Bidayuh, Melayu Sarawak-Kalimantan Barat, Orang Ulu, Balau, Mualang, Remun, Seberuang, Sebuyau, Kendayan, Keninjal, Dayak Malayik & Urak Lawoi

Hasil mtDNA ke atas Iban didapati, Iban mempunyai kadar Hapgroup Z 11% tertinggi di Asia Selatan. mtDNA Iban adalah M* (16) iaitu ras purba yang dikaitkan dengan migrasi terawal ke Asia zaman purba 50,000 tahun dari Afrika. (Simonson 2011). Kajian ke atas "Deep Skull" di Gua Niah berusia 40,000 tahun didapati mempunyai persamaan dengan Iban. [3]

Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya atau etnik austronesia amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Austronesia di Kerajaan Panggau Libau di Tampun Juah, Iban mempunyai sejarah tertua dan paling panjang di Borneo. Namun begitu dalam pola migrasi modern, Iban dipercayai berhijrah dari Kapuas sejak kurun ke Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda Iban disebut dengan nama Sea Dayak kerana kehadiran dalam aktiviti pemburuan/ngayau di lautan China Selatan.

Iban terdiri dari pelbagai suku atau puak. Salah satu puak Iban yang bukan berasal dari Kapuas adalah Iban Batang Lupar yang dulu dikenal sebagai Dayak Batang Lupar yang mana orang asal di kawasan itu sejak zaman berzaman. Nama Sungai Batang Lupar berasal dari nama suku Batang Lupar.

Panggilan "Dayak" Adalah gelaran yang digunakan oleh pengembara eropah terhadap bangsa yg mendiami kepulauan Borneo kerana pada waktu itu sulit untuk mereka membezakan bangsa-bangsa yang terdapat di kepulauan borneo kerana kemiripan dan persamaan adat, kepercayaan dan rupa paras. Panggilan "Sea Dayak" kepada Iban adalah kerana keberadaan Orang Iban di lautan pada kurun ke 17 hingga ke 19 di lautan China Selatan. Tradisi kayau di lautan atau tradisi memenggal kepala musuh di lautan telah menggerunkan pelayar dan pedagang asing ke Pulau Borneo hingga tercatat didalam sejarah maritim bangsa Eropah sebagai "Vikings of Eastern Sea " dan "King of Sea Borneo".

Sekarang (bancian 2023) kaum Iban dengan jumlah sebanyak 878,065 iaitu 30.2% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum keempat terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina dan India. Mereka mendiami setiap daerah, kabupaten dan bahagian di Sarawak, Brunei, Kalimantan Barat serta 6 daerah di Johor (Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang dan Batu Pahat) dan 2 bahagian di Sabah (Pedalaman dan Tawau), tetapi kepadatan kependudukan Iban tertumpu di 4 kabupaten iaitu Sanggau, Sekadau, Sintang dan Kapuas Hulu di Kalimantan Barat serta 9 bahagian iaitu Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri di Sarawak. Sekarang, kaum Iban telah tersebar besar hingga ke Brunei dan Sabah di utara Borneo serta Johor dan Selangor di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.

Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian dan sebilangan kecil menerima agama Islam sebagai pegangan hidup, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

Bahasa

sunting

Kaum Iban dikenali dengan kepandaian dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi.

Puisi rakyat (leka main) Iban boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan bentuk dan fungsi mereke masing-masing iaitu untuk acara hiburan, upacara invokasyen dan acara rasmi. Puisi untuk acara hiburan sosial termasuklah bejara, pantun, ganu, ramban, jawang, sugi, renong semain, ensera (epik atau saga), entelah, pelandai karung, dan pelandai ara. Manakala puisi untuk acara keramaian rasmi merangkum renong adat, tanya indu, pantun meri ngirup, dungai ngerasukka tinchin, ai ansah dan geliga. Puisi untuk upacara invokasyen terdiri darpada sampi (doa), biau, timang, pengap (zikir), pelian, sugi sakit, renong sakit dan sabak bebuah.

Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa Iban adalah tidak jauh berbeza di setiap tempat (kecuali dari segi intonasinya). Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa pribumi di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan bergambar yang disebut 'papan turai' untuk membantu proses ingatan kepada puisi rakyat (leka main) seperti tusut, pengap dan sabak yang sungguh panjang dan mengambil masa semalaman untuk dilafazkan pada upacara dan gawai tertentu. Sistem papan turai ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturunan sehingga berpuluhan generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa-peristiwa penting dengan bukti-bukti fizikal dan kewujudan adat-adat dan budaya asal sehingga ke hari ini.

Kemudiannya sistem abjad Dunging telah dicipta oleh seorang Iban sendiri yang bernama Dunging. Sistem tulisan Dunging mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem ini sedang diselidik sekrang ini supaya boleh ditaip daripada komputer sperti tulisan Cina, Jawi dan Roman.

Dialek-dialek yang tergolong dalam Bahasa Iban ialah:

  1. Dialek Iban Standard di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah & Johor (kod bahasa : IBA)
  2. Dialek Iban Merotai di Sabah (kod bahasa : IBA)
  3. Dialek Iban Bugau di Sarawak dan Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA)
  4. Dialek Iban Dau di Sarawak (kod bahasa : IBA)
  5. Dialek Iban Lemanak di Sarawak (kod bahasa : IBA)
  6. Dialek Iban Skrang di Sarawak (kod bahasa : IBA)
  7. Dialek Iban Ulu Ai di Sarawak (kod bahasa : IBA)
  8. Dialek Iban Undup di Sarawak (kod bahasa : IBA)
  9. Dialek Iban Batang Lupar di Sarawak (kod bahasa : IBA)
  10. Dialek Balau di Sarawak (kod bahasa : BLG)
  11. Dialek Mualang Ili di Kalimantan Barat (kod bahasa : MTD)
  12. Dialek Mualang Ulu di Kalimantan Barat (kod bahasa : MTD)
  13. Dialek Remun di Sarawak (kod bahasa : IKG)
  14. Dialek Seberuang di Kalimantan Barat (kod bahasa : SBX)
  15. Dialek Sebuyau di Sarawak (kod bahasa : SNB)
  16. Dialek Seberuang Desa di Kalimantan Barat (kod bahasa : SBX)
  17. Dialek Tanjong di Sarawak (kod bahasa : UNKNOW (Iban mixed Melanau & Orang Ulu language)
  18. Dialek Selako di Sarawak (kod bahasa : UNKNOW (Iban mixed Kendayan & Bidayuh language)

Contoh bahasa Iban

sunting
  • Selamat Datai = Selamat Datang
  • Nama berita? = Apa khabar?
  • Sapa nama? = Siapa nama?
  • Udah makai? = Sudah makan?
  • Udah ngirup? = Sudah minum?

Merindang/Nyibur temuai = Menghibur pelawat

  • Ai tiki = Air naik
  • Ai aus = Air haus
  • Ai basu = Air basuh(cucian)
  • Ai untong = Air untung
  • Ai basa = Air hormat
  • Ai tusut = Air turun-temurun [[tusut ukai turun temurun tang menjejak salasilah. Peturun=Turun Temurun]]

Suku kata-kata Iban:

  • makai=makan
  • ngirup=minum
  • bejalai=berjalan
  • pulai=pulang/balik
  • tama=masuk
  • pansut=keluar
  • sana=din
  • sini=ditu
  • kalau=enti
  • boleh=ulih
  • saya=aku
  • kamu=nuan/dik
  • legi=nanti/sekejap
  • gagai=kejar [[gagai bisi dua iti reti dalam jaku iban, gagai=kejar enggau siti agi gagai ngesah. gagai ngesah tu dipulai ngagai bahasa Melayu reti ia Menemui(Temui), pergi berjumpa seseorang)]]
  • enggai=tak nak
  • tinduk=tidur
  • jalai=jalan
  • terbai=terbang
  • sengapa=sebarangan/sebarang
  • meda=melihat
  • nyabak=menangis
  • sayau=sayang
  • aku sayau ke nuan/dik=saya sayang kamu
  • tusah ati=susah hati
  • anang tusah ati=jangan susah hati
  • nuan/dik ka kini?=kamu hendak kemana?
  • ulih minta tulung?=boleh minta tolong?
  • dini endur tok?=dimana tempat ini?

Sub-Etnik

sunting

Suku-suku yang tergolong dalam Kaum Iban (Ibanic) ialah:

  1. Suku Iban di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei & Johor (kod bahasa : IBA)
  2. Suku Iban Merotai di Sabah (kod bahasa : IBA)
  3. Suku Balau di Sarawak (kod bahasa : BLG)
  4. Suku Mualang di Kalimantan Barat (kod bahasa : MTD)
  5. Suku Remun di Sarawak (kod bahasa : IKG)
  6. Suku Seberuang di Kalimantan Barat (kod bahasa : SBX)
  7. Suku Sebuyau di Sarawak (kod bahasa : SNB)
  8. Suku Iban Peranakan (Perkahwinan campur antara Kaum Iban dengan kaum-kaum lain) di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah & Johor (kod bahasa :UNKNOW (most Iban language)
  9. Suku Tanjong di Sarawak (kod bahasa : UNKNOW (Iban mixed Melanau & Orang Ulu language)
  10. Suku Selako di Sarawak (kod bahasa : UNKNOW (Iban mixed Kendayan & Bidayuh language)

Kaum-kaum yang tergolong dalam Bangsa Dayak Laut (Malayic-Ibanic) ialah:

  1. Kaum Iban di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah & Johor (kod bahasa : IBA)
  2. Kaum Kendayan di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod bahasa : KNX)
  3. Kaum Keninjal di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod bahasa : KNL)
  4. Kaum Dayak Malayik di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod bahasa : XDY)
  5. Kaum Urak Lawoi (Thai Chao Ley Malayu) di Selatan Thailand, Selatan Myanmar dan Utara Semenanjung Malaysia (kod bahasa : URK)
  6. Kaum Orang Laut (Orang Asli Proto Malay) di Selatan Semenanjung Malaysia, Singapura dan Kepulaun Sumatera (kod bahasa : MIXED (Proto Malay mixed Malay-Indonesia language)

Penempatan

sunting

Orang Iban biasanya menduduki di kawasan berhampiran tebingan sungai (sama ada di huluan atau hiliran sungai). Antara penempatan atau rumah panjang yang boleh dilihat sehingga kini adalah di kawasan seperti Sungai Lupar, Sungai Saribas, Sungai Kalaka, Sungai Rajang, Sungai Igan, Sungai Lassa, Sungai Mukah, Sungai Oya, Sungai Nyelong, Sungai Kanowit, Sungai Sadong, Sungai Sarawak, Sungai Balingian, Sungai Kemena, Sungai Baram, Sungai Krian, Sungai Seblak, Sungai Limbang dan Sungai Lawas. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan pelbagai adatresam dan budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar di Negeri Sarawak. Namun demikian,ciri-ciri asal tradisi, adat dan budaya mereka tetap dikekalkan.

Tradisi

sunting

Tradisi orang Iban adalah adat, budaya dan kepercayaan asal mereka, tanah pusaka dan kehidupan di rumah panjang. Banyak adat-adat asal yang masih diamalkan dan digunapakai dalam komuniti di rumah-rumah panjang untuk menjaga ketenteraman dan keamanan masyarakat. Antaranya budaya memiliki, menggunakan atau menyimpan gong tembaga, pasu tembikar dan tempayan yang dipanggil kebok, benda, tajau, guci, jabir dan lain-lain; masih diamalkan hingga sekarang walaupun berkurangan. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau antaranya adalah berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang (sistem barter) pada zaman belum ada sistem wang/duit. Pada zaman sekarang tidak banyak masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang (Pengarap Lama Iban)..

Adat asal dan hukumannya

sunting

Orang Iban mempunyai banyak adat asal yang diikuti dalam kehidupan harian dan untuk menyelesaikan isu atau konflik dalam kehidupan mereka. Contoh-contoh adat ini termasuklah:

  • Adat membina rumah
  • Adat kahwin, cerai dan zina
  • Adat beranak
  • Adat bertani dan mengguna tanah
  • Adat ngayau
  • Adat ngayap
  • Adat memburu, menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan madu
  • Adat meninggal, berkabung, berpisah bunga dan tebalu janda duda
  • Adat begawai dan berupacara
  • Adat hidup di rumah panjang
  • Adat bertenun dan mainan masa lapang
  • Adat menari ngajat dan betaboh
  • Adat berburong, bermimpi dan becenaga hati babi
  • Adat pergi atau mengembara

Kebanyakan adat-adat ini masih boleh digunapakai sehingga ke hari ini sama ada di rumah panjang atau di bandar-bandar. Ketua rumah adalah penjaga utama adat sala orang Iban untuk memastikan kelancaran pelaksanaan adat dan dendanya demi ketenteraman dan keamanan. Tanggungjawab ketua rumah adalah menjaga hal-ehwal para pengikut beliau dan dia mestilah mengetahui setiap jenis adat. Jika sesuatu pertingkaian atau kes tirujuk kepada tuai rumah, beliau akan cuba membicara dan menyelesaikannya secepat mungkin bersama dengan ketua bertani, ketua burung, ketua-ketua keluarga dalam rumah panjang tersebut dan anggota-anggota masyarakat yang lain.

Mengikut buku yang ditulis oleh Bendict Sandin[4], perlanggaran adat-adat ini akan dihukum mengikuti sistem tunggu dengan nilainya yang dipanggil mungkul iaitu satu mungkul sama dengan satu dollar ($1.00). Jadi, lebih berat atau besar kesalahan seseorang itu, maka lebih tinggilah jumlah mungkul yang akan diputuskan oleh ketua rumah atau penghulu.

Untuk kes-kes kesalahan kecil, ketua rumah boleh mendenda pesalah dengan telur ayam, paku besi, mangkok, pinggan dan mangkuk. Denda sebegini dipanggil sa-uta iring yam dan biasanya dibayar oleh sahabat handai dan kaum kerabat mereka yang terlibat.

Untuk kes-kes kesalahan besar, hukuman boleh diisi dengan tajau pada mahkamah ketua rumah atau padi pada mahkamah penghulu seperti berikutnya:

Nama tunggu dengan tajau = Nilainya:

  • Satu uta = $0.25
  • Satu menukol = $0.50
  • Satu jabir = $1.00
  • Satu panding = $2.00
  • Satu alas = $4.00
  • Satu alas ngerang = $5.00
  • Satu alas barejang = $6.00
  • Satu alas betandok = $7.00
  • Satu rusa = $8.00
  • Satu menaga = $16.00
  • Satu ningka = $32.00

Nama tunggu dengan berat padi (kati) = Nilai dollar dahulu = Nilai dollar pada 1980an dan sekarang:

  • 5 kati = $3.60 = $5.00
  • 10 kati = $7.20 = $10.00
  • 20 kati = $14.40 = $20.00
  • 30 kati = $21.60 = $30.00
  • 1 pikul = $28.80 = $100.00

Di kawasan-kawasan pedalaman, hukuman bagi kes-kes kecil masih dibayar dengan lima puluh sen ($0.50) untuk satu jabir yang biasanya bernilai satu dollar ($1.00). Sistem denda ini bersala daripada decree riegim Brunei sebelum kedatangan Brooke dalam tahun 1840. Orang Iban panggil sistem denda ini sebagai "jabir Iban" yang berbeza dengan "jabir perintah" seperti jadual berat padi dan nilai tajau di atas.

Bayaran denda biasanyan dipunyai oleh ketua rumah atau ketua rumah akan membahagikan denda itu kepada ketua-ketua keluarga yang hadir dalam mesyuarat (betugong) menyelesaikan kes-kes itu.

Selain membayar tunai, jika sesuatu kesalahan itu adalah sungguh besar yang boleh menyebabkan alam "kudi" (buruk), kemarahan dewa dan roh, para pesalah adalah dikehendaki menyemebelih babi dewasa dengan darahnya digunakan untuk menyucikan tanah dan air darpada dosa yang telah dilakukan. Di samping itu, para pesalah juga diminta untuk memberikan sebilah parang dan kapak beliong untuk orang yang menyembelih babi itu dan tajau kecil (kebok untuk ketua rumah.

Pada masa dahulu kala, jika seseorang telah membunuh orang lain secara tidak sengaja, dia akan diminta membayar "pati nyawa" dua biji tajau kepada keluarga si mati. Jika gagal membayar, dia dan keturunannya akan menjadi hamba kepada keluarga si mati sehinggalah mereka melangsaikan gantirugi atau dibebaskan oleh tuan punya mereka.

Jika seseorang pelawan membunuh rakan seperjuangannya semasa "ngayau" (serangan atau perang), pembunuh mestilah membayar pati nyawa dua biji tajau kepada keluarga si mati. Kalau gagal menunaikan ini, dia mestilah menyerah diri sebagai hamba kepada keluarga si mati.

Apabila ketua rumah mengetahui satu kesalahan besar seperti zina telah berlaku, dia akan menyembelih seekor ayam dengan segera. Ini menandakan kepada umum bahawa kesalahan itu adalah dalam proses perbicaraan dan penyelesaian untuk mengelakan pertumpahan darah di mana ketua rumah boleh didenda jika dia gagal membendung kejadian itu daripada berlaku. Mengikut tradisi dahulu, si suami atau isteri boleh membalas dendam serta merta sebagai ganti rugi dalam kes zina jika pasangan itu didapati sedang melakukan zina.

Mesyuarat dan Bicara

sunting

Jika ada hal yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri secara peribadi, salah seorang atau kedua-duanya sekali boleh merujuk kes mereka kepada tuai rumah untuk dibicarakan. Pertama sekali, tuai rumah akan cuba menolong menyelesaikan kes itu melalui mesyuarat kecil (baum mit atau berandau) yang bersifat peribadi antara kedua-dua pihak yang bertelegah untuk mencapai persetujuan (konsensus) dan perdamaian semula (rekonsiliasi) sebelum memanggil mesyuarat besar (becara) yang besifat rasmi dan terbuka.

Semua ketua rumah atau masyarakat akan cuba menyelesaikan kes-kes hal-ehwal para pengikut mereka dengan bepegang teguh kepada prinsip berikut:

  • "Utai besai, asoh mit. Utai mit, asoh nadai" yang bermaksud Hal besar, jadikan kecil. Hal kecil, jadikan tiada.

Kedua-dua pihak yang bertikai adalah dinasihatkan untuk bersetuju menyelesaikan hal mereka dan berdamai secara peribadi kerana ada pepatah orang Iban yang terkenal dan selalu disebut-sebut oleh ketua rumah atau masyarakat seperti berikut:

  • Undang-undang adalah seperti ular tedung. Ia adalah tidak merbahaya jika tidak diganggu tetapi jika dilangkahi, ia boleh mematuk. Maksudnya ialah seseorang yang beia-ia mahu berbicara menghadapi risiko didapati bersalah dan dihukum. iaitu "dipatuk oleh undang-undang".

Jika mereka masih bertelagah, tuai rumah akan menentukan suatu tarikh perbicaraan dengan memanggil semua ketua keluarga dan anggota rumah panjang ke suatu mesyurat besar. Selepas makan malam, tuai rumah akan membentang tikai dan memanggil semua orang untuk datang duduk di ruai ketua rumah. Kedua-dua pihak yang bertelagah akan dipanggil duduk berdepan dan bersemuka antara satu sama lain. Pihak pendakwa akan diminta bercakap dahulu dan diikuti oleh pihak tertuduh. Selepas itu, semua saksi akan dibenarkan bercakap satu demi satu. Seterusnya sesi pertanyaan, jawapan dan perbincangan berlaku sehingga isu-isu pertikaian atau pertelagahan telah dikenalpasti dan kedua-dua pihak telah diberi peluang secukupnya untuk bersuara. Kemudian, ketua rumah akan meninta para anggota tertua dan setiap ketua keluarga untuk memberikan pandangan terhadap kes yang dibicarakan. Akhir sekali, ketua rumah memutuskan pihak mana yang bersalah berdasarkan adat mana yang berhubungkait dengan kes yang dibicarakan dan menyatakan hukumannya.

Jika pihak yang bersalah masih tidak puas hati, dia boleh merayu kepada penghulu. Kalau penghulu bersetuju untuk membicarakan sesuatu kes, beliau akan menetapkan satu tarikh kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat dan termasuk ketua-ketua rumah. Prosedur bicara seperti diadakan oleh ketua rumah akan diikuti oleh penghulu. Selepas mendengar ucapan dari kedua belah pihak dan ketua-ketua rumah, penghulu akan memutuskan pihak mana yang bersalah dan menyatakan hukumannya sekali.

Kalau pihak bersalah mahu merayu lagi, dia boleh membuat rayuan kepada mahkamah pribumi atau daerah dalam masa seminggu. Jika tidak, kes tersebut dikira selesai dengan sendirinya sperti yang diputuskan.

Biasanya, kedua-dua pihka akan menyelesaikan hal mereka secara peribadi tanpa bicara untuk menjaga air muka diri sendiri dan keluarga dan mengelak jumlah hukuman yang semakin meningkat daripada ketua rumah ke atas. Ada pepatah masyhur yang : "Jika berjalan menggunakan tungkat adat, seseorang akan kekal pada jalan yang betul." Jadi, adat mestilah diamalkan dengan akal fikiran untuk menjaga keharmonian hubungan masyarakat. Maka "Bila tidur, ingatan menjadi bantal. Bila berjalan, adat dijadikan tungkat."

Keengganan untuk menghadiri mahkamah ketua rumah atau penghulu akan dihukum satu jabir dan lima kati masing-masing. Sesipa yang tidak menghormati mahkamah juga akan dihukum sebelum mahkamah boleh bersambung.

Kegunaan tajau

sunting

Tajau iaitu tempayan-tempayan seramik adalah singguh dihargai oleh masyakarakat Iban sebagai harta pusaka keluarga masing-masing. Pada masa dahulu sewaktu mata wang atau duit tunai susah diperolehi, segala hukuman ke atas perlanggaran adat boleh dibayar dengan tempayan. Amalan ini dipanggil adat mata tajau. Jika hukuman tidak dapat diisi atau hutang tidak dapat dilangsaikan misalnya membayar dengan tajau jika tiada duit, seseorang itu akan menjadi jaum atau hamba kepada orang yang telah disalahi atau memberi hutang. Tajau juga digunakan semasa upacara suci dan perayaan gawai kepercayaan asal. Kadang-kala sesetengah tajau dianggap mempunyai kuasa ghaib.

Ada beberapa jenis tajau seperti berikut mengikuti nilainya: Jenis tajau = Nilai dalam dollar ($) pada masa dahulu kala[5]: Salang-alang = 150.00 Rusa Salang-alang = 200.00 Begeri = 200.00 Rusa Begeri = 200.00 Rusa Randok = 250.00 Betanda Begeri = 200.00 Betanda Bendar = 280.00 Menaga = 300.00 – 350.00 Ningka Menaga = 320.00 – 370.00 Ningka Bendar = 400.00 Ningka Betanda = 320.00 Sergiu = 600.00 – 900.00 Guchi = 700.00 – 1,000.00

Pada masa sekaramg, harga-harga tajau ini dijangka telah melambung berlimpat kali ganda kerana tajau-tajau ini telah dianggap ahrat pusaka yang klasik dan unik dan tidak dibuatkan lagi, jadi tiada bekalan lagi.

Perayaan Gawai

sunting

Perayaan Gawai merupakan pesta utama bagi suku kaum Iban sebagai upacara keagamaan dan kepercayaan asal untuk menyembah para dewa. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak (Pesta Kehasilan Menuai), Gawai Burung dengan sembilan peringkat yang berturut-turut untuk memyembah Sengalang Burong dan keluarganya sebagai dewa perang atau pengubatan secara ajaib, Gawai Kenyalang (untuk menandakan kejayaan seseorang dalam kehidupannya), Gawai Umai seperti upacara manggul semasa mencari tapak umai, Gawai Batu untuk mengasah tajam peralatang besi sebelum menebas dan menebang, Gawai Ngalihka Tanah untuk memajak tanah yang tidak subur lagi, Gawai Benih untuk menimang benih padi supaya sihat, subur dan berhasil, Gawai Ngemali Umai untuk mengubati padi huma yang sakit, upacara Matah untuk memulakan penuaian padi, Gawai Bersimpan Padi selepas menuai, Gawai Pangkong Tiang apabila pindah ke rumah baru, Gawai Tuah untuk mencari dan memasukan nasib baik ke bilih keluarga, Gawai Lelabi (Melah Pinang / Majlis Nikah), Gawai Sakit untuk mengubati pesakit selain begama (bersentuh), belian (berubat oelh manang), besugi sakit dan berenong sakit, Gawai Antu untuk menghormati orang yang telah meninggal, Gawai Bertambah Bulu untuk menjahit sehelai baju kesihatan dan Gawai Nangga Langit untuk memohon pengampunan daripada dewa. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama mulanya pada 1 May dan hari kedua pada bulan 1 Jun adalah terpenting. Biasanya, [Tarian Ngajat]] ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras ini boleh didapati di rumah panjang.

 
Rumah panjang Iban moden di Bahagian Kapit


Budaya

sunting

Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah:

  • Ngajat
  • Ngayau
  • Ngayap
  • Bekuntau/Bepencak
  • Betaboh
  • Betenun
  • Bepantun
  • Main Utik
  • Nganyam
  • Ngasu
  • Ngukir
  • Ngambuh

Kepercayaan

sunting

Dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan beasr kemungkinan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat 'Manang' dan 'Lemambang'.

Orang Iban percaya kepada kwujudan seorang Tuhan yang agung (Bunsu Petara) yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Di bawah Tuhan agung ini, orang Iban percaya ada tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung sebeum memulakan biau dan sampi dengan nama=nama berikutnya:

  • Sengalang Burong sebagai dewa Peperangan
  • Biku Imam Bunsu Petara sebagai dewa keagamaan
  • Menjaya sebagai dewa perubatan
  • Selempandai/Selempetoh/Selempeta sebagai dewa pembuatan
  • Sempulang Gana/Semerugah sebagai dewa pertanian dan tanah
  • Ini Inee/Andan sebagai pemyembuh semulajadi dan dewa keadilan
  • Anda Mara/Gangga Ganggong sebagai dewa kekayaan.

Orang Iban percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan dan barangan fizikal seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan sebagainya mempunyai semengat atau roh masing-masing. Mereka juga percaya kepada orang Panggau Libau dan Gelong sperti Keling dan Laja, dan Kumang dan Lulong. Juga disembah oleh orang Iban adalah roh-roh nenek moyang yang telah meninggal untuk meminta pertolongan semasa Gawai Antu.

Ilmu firasat lama orang Iban bergantung kepada beberapa cara seperti berikut:

  • Mimpi yang baik atau buruk
  • Binatang bisa
  • Burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja
  • Hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya.

Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.

Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.

Kegiatan ekonomi

sunting
 
Orang Iban dari Betong

Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang di mana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak di lembah-lembah sungai di seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba) atau (berumpang kampong) bagi tujuan penanaman padi bukit. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi, pintar dan rajin. Justeru itu masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit (Sultive,1978:3). Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Pendek kata, penghijrahan orang Iban ke kawasan-kawasan baru adalah bertujuan untuk mencari tanah bagi tujuan bercucuk tanam dan mencari sumber makanan daripada hutang serta sekaligus mewarisi tanah-tanah ini sebagai tanah pusaka mereka dari turun-temurun.

Selain menanam padi, ornag Iban juga menanam getah, kopi, lada, koko dan sekarang ini kelapa sawit. Apabila harga hasil tanaman ini melambung tinggi, orang akan mendapat sumber pendapatan yang lumayan tetapi apabila harga menurun sehingga ke paras terendah, ekonomi mereka mula terjejas kerana kos penanaman tidak dapat lagi ditanggung walaupun tanah dipunyai sendiri dan tidak perlu disewa.

Orang terkenal

sunting

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Simonson, T. S.; Xing, J.; Barrett, R.; Jerah, E.; Loa, P.; Zhang, Y.; Watkins, W. S.; Witherspoon, D. J.; Huff, C. D.; Woodward, S.; Mowry, B.; Jorde, L. B. (8 April 2023). "Ancestry of the Iban Is Predominantly Southeast Asian: Genetic Evidence from Autosomal, Mitochondrial, and Y Chromosomes". PLOS ONE. 6 (1): e16338. doi:10.1371/journal.pone.0016338. PMC 3031551. PMID 21305013.
  2. ^ "Ngepan Batang Ai (Iban Women Traditional Attire)" (PDF). 8 April 2023.
  3. ^ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3031551/ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3031551/
  4. ^ Iban Adat and Augury by Bendict Sandin
  5. ^ Sarawak Museum Journal, Volume XLVI, titled “Source of Iban Traditional History”, Part 1, 2 & 3 Bendu=ict Sandin and Prof Clifford Sather