Pergi ke kandungan

Kau Cipta Kasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6236633 pada 23:51, 28 Jun 2024 oleh 202.168.65.165 (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Kau Cipta Kasih
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Kau Cipta Kasih karya Azilah Wahab
Ditulis oleh
  • Azlina Din
  • Azilah Wahab
PengarahNazir Jamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanPasrah - Sarah Suhairi
Lagu penutupPasrah - Sarah Suhairi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15 Episod
Penerbitan
PenerbitSazira Abdul Aziz
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Ansar Creative Media
Syarikat pengedaran
Disney+ Hotstar (Entiti pemberi lesen Disney)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 Januari 2022 – 8 Februari 2022
Kronologi
MengikutiSaat Kau Takluk Cinta Ini
Diikuti olehSuamiku Lelaki Pendosa

Kau Cipta Kasih ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Nazir Jamaludin, dibintangi oleh Uyaina Arshad, Nazim Othman dan Fify Azmi. Siri ini memulakan tayangan di TV3 di bawah Slot Samarinda pada 13 Januari 2022 menggantikan Saat Kau Takluk Cinta Ini. [1] Siri ini juga turut ditayangkan menerusi laman penstriman Disney+ Hotstar pada 12 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.

Mengisahkan Samad (Sahronizam) dan Sabariah (Sherie Merlis) yang disatukan atas paksaan keluarga mereka. Perkahwinan paksa ini telah memudaratkan hubungan Sabariah dengan Samad. Sabariah membenci anak-anaknya kerana dia tidak mencintai Samad yang sering mengasarinya.

Idris (Nafiz Muaz) dilahirkan dengan kecacatan di kaki. Dia dibenci dan tidak diakui sebagai anak oleh Samad dan Sabariah. Dia dibesarkan oleh Opah Siah dan Atuk Mat setelah dibuang oleh ibu bapa sendiri.

Walaupun kaki tempang, Idris diajar berdikari dan bekerja sejak kecil. Dia seorang yang rajin bekerja, taat pada agama dan hormat kepada orang tua. Opah Siah telah menghadiahkan tanah ladang dan tapak rumah pusaka kepadanya.

Ramlah (Fify Azmi) seorang yang sangat bijak dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan Idris. Dia amat menyayangi Khadijah, kakak sulung kepada empat beradik ini yang menjaganya sejak kecil. Ramlah tidak pernah berputus harapan untuk merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya.

Hasnah (Amanda Amry), anak bongsu kepada pasangan Sabariah dan Samad sangat naif dan percaya bahawa Samad menyayanginya. Hasnah juga manja dengan Khadijah dan menganggapnya sebagai ibu.

Ketika di Tingkatan 5, Hasnah bercinta dengan rakan sekampungnya dan berkeras mahu berkahwin dengannya selepas SPM walaupun mendapat tentangan daripada Samad. Sabariah pula bersetuju dengan perkahwinan Hasnah kerana sudah tidak mahu menanggung anaknya itu.

Khadijah (Uyaina Arshad), anak sulung kepada Samad dan Sabariah sanggup berkorban dengan menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika usia masih muda. Khadijah sering menjadi mangsa kemarahan ibunya. Akibat satu kejadian, Khadijah telah dihalau keluar oleh ibunya walaupun Khadijah telah memberitahu apa yang sebenarnya telah berlaku.

Khadijah melarikan diri dan terjumpa dengan Afiq (Nazim Othman), anak kepada seorang usahawan yang berjaya. Sejak itu, perjalanan hidup Khadijah mula berubah. Adakah Khadijah (Uyaina Arshad), Idris (Nafiz Muaz), Ramlah (Fify Azmy) dan Hasnah (Amanda Amry) dapat menemui kebahagiaan selepas dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup mereka?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Drama Kau Cipta Kasih. MyInfoTaip. Dicapai 12 Januari 2022