Khaliq Mehtab Mohd Ishaq
Yang Berhormat Khaliq Mehtab Mohd Ishaq ADUN | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Bertam | |
Dalam jawatan 2 Ogos 2018 – 5 Mac 2023 | |
Didahului oleh | Shariful Azhar Othman |
Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 21 Mei 2020 – 3 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Mohamed Haniff Khatri Abdulla |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1976-06-25) 25 Jun 1976 (umur 48) |
Parti politik | BERSATU (2020-kini) BERSATU (2018-2020) UMNO (2000-2018) |
Pasangan | Nor Azizurahmah Abdul Aziz |
Anak | 3 |
Pekerjaan | Ahli politik, Ahli perniagaan |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Yang Berhormat, Tuan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Bertam.[1] Beliau adalah mantan ahli jawatan kuasa dalam portfolio Tebatan Banjir & Perparitan, Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Jawatankuasa Pembersihan & Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan and Masyarakat Penyayang, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.[2]
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah adik kepada Azlina Mehtab, bekas Ketua Puteri UMNO negeri Pulau Pinang.[3] Ibu beliau merupakan seorang beretnik Cina, dan beliau telah berkomunikasi dengan ibunya dalam Bahasa Hokkien sejak kecil, walaupun beliau tidak boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin.[4]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah seorang peguam di firma Messrs. Azlina Mehtab & Associates.[5]
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang pada 21 Mei 2020 bagi menggantikan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.[6]
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau telah bertanding kerusi DUN Bertam, Pulau Pinang pada PRU 14 dan telah mengalahkan penyandang kerusi dari UMNO, Shariful Azhar Othman.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Diari YB Khaliq Mehtab ADUN Bertam di Facebook
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Maklumat calon DUN Bertam, Pulau Pinang
- ^ "Profil peribadi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-23. Dicapai pada 2019-08-23.
- ^ Abang adik lain parti warnai PRU-14
- ^ https://www.kwongwah.com.my/20180808/2%E9%9D%9E%E5%8D%8E%E8%A3%94%E8%AE%AE%E5%91%98%E7%A6%8F%E5%BB%BA%E8%AF%9D%E9%A1%B6%E5%91%B1%E5%91%B1/
- ^ Profil calon PRU 14
- ^ KPLB umum pelantikan Khaliq Mehtab sebagai Pengerusi Perda baharu
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rencana berkenaan ahli politik di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |