Pergi ke kandungan

Daerah Istimewa Yogyakarta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Yogyakarta)
Yogyakarta dialihkan ke halaman ini. Lihat pula Kota Yogyakarta.
Daerah Istimewa Yogyakarta
Special Region of Yogyakarta
Negeri Istimewa Yogyakarta
Kerajaan Negeri
Hanacaraka: ꦆꦱ꧀ꦠꦶꦩꦺꦮ​ꦔꦪꦺꦴꦒꦾꦏꦂꦠ
Transliterasi: Dhaérah Istiméwa Ngayogyakarta
Searah jarum jam dari atas : Tugu Yogyakarta, Keraton Yogyakarta/Istana Yogyakarta, Pantai Wediombo, Candi Ratu Baka, Hutan Pinus Pengger, Gunung Merapi, Candi Prambanan, Pantai Parangtritis, Tarian Golek Ayun-Ayun
Bendera Daerah Istimewa Yogyakarta
Mohor rasmi Daerah Istimewa Yogyakarta
Nama panggilan: Jogja, Jogjakarta, Yogyakarta
Lagu Daerah: Suwe Ora Jamu, Walang Kekek, Pitik Tukung, Caping Gunung
Cogan kata:
Hamemayu Hayuning Bawana
Bahasa Jawa: ꦲꦩꦼꦩꦪꦸ​ꦲꦪꦸꦤꦶꦁ​ꦧꦮꦤ
Bahasa Indonesia: "Memperindah keindahan dunia"
Slogan Pelancogan: Istimewa (Jogja Istimewa)
Lokasi Negeri Yogyakarta di Indonesia
Lokasi Negeri Yogyakarta di Indonesia
Koordinat: 7°47′S 110°22′E / 7.783°S 110.367°E / -7.783; 110.367Koordinat: 7°47′S 110°22′E / 7.783°S 110.367°E / -7.783; 110.367
Negara Indonesia
Ditubuhkan1755, sebagai Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat
Menyertai Republik Indonesia5 September 1945[1]
Diberikan taraf Negeri14 Ogos 1950
Diasaskan olehPengiran Mangkubumi
Ibu negeri Yogyakarta
Pentadbiran
 • SultanSri Sultan Hamengkubuwana X
Keluasan
 • Jumlah3,133.15 km2 (1,209.72 batu persegi)
 • Pemeringkatanke-33
Aras tertinggi
2,930 m (9,610 ft)
Penduduk
 (2014)Anggaran provinsi[2]
 • Jumlah3,594,290
 • Pemeringkatanke-18
 • Kepadatan1,100/km2 (3,000/batu persegi)
Demografi
 • Kumpulan etnikJawa (96.53%)
Sunda (0.69%)
Lain-lain (2.18%)[3]
 • AgamaIslam (92.87%)
Kristian (6.94%)
- Katholik (4.51%)
- Protestan (2.43%)
Hinduisme (0.09)
Buddhisme (0.08%)[4][5]
 • BahasaJawa (utama)
Indonesia (rasmi)
Sunda
Melayu
Batak
Arab
Zon waktuUTC+7 (WIB)
Pendaftaran kenderaanAB
IPM 0.768 (sangat tinggi)
Kedudukan IPMke-2 (2014)
Laman sesawangwww.jogjaprov.go.id

Daerah Istimewa Yogyakarta (disingkat DIY, Bahasa Jawa: ꦝꦲꦺꦫꦃ​ꦆꦱ꧀ꦠꦶꦩꦺꦮ​ꦔꦪꦺꦴꦒꦾꦏꦂꦠ, Transliterasi: Dhaérah Istiméwa Ngayogyakarta), adalah sebuah Daerah Istimewa di Indonesia yang terletak di bahagian selatan Pulau Jawa dan bersempadan dengan Provinsi Jawa Tengah di sebelah utara dam samudera hindia di sebelah selatan.

Pembahagian pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta terdiri daripada empat buah kabupaten dan sebuah kota. Ibu kotanya adalah Yogyakarta. Berikut adalah senarai kabupaten dan kota di Daerah Istimewa Yogyakarta, berserta ibu kota kabupaten.

Kabupaten Ibu kota
Bantul Bantul
Gunung Kidul Wonosari
Kulon Progo Wates
Sleman Sleman

Sebahagian besar ekonomi Yogyakarta disokong oleh pertanian, perdagangan, perindustrian (industri logam perak, industri wayang kulit, dan industri kraftangan), dan pelancongan.

Merupakan pemandangan yang biasa ketika anda sampai di Stesen Yogyakarta atau di tempat perhentian bas-bas pelancong, anda akan disambut oleh banyak pemandu beca tiga roda. Mereka akan menghantar anda ke mana-mana sahaja yang anda suka seperti kedai baju, kawasan membeli-belah, atau sekadar membeli cenderamata. Anda pun akan berasa hairan bahawa setelah pemandu beca mengajak anda mengelilingi kota sepanjang hari, mereka hanya meminta bayaran yang sedikit. Sebenarnya, mereka ternyata sudah mendapat bahagian untung mereka daripada kedai-kedai yang anda beli barang-barang.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Dasar falsafah pembangunan daerah Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta ialah Hamemayu Hayuning Bawana sebagai cita-cita yang mulia untuk menyempurnakan tata nilai kehidupan masyarakat Yogyakarta berdasarkan nilai budaya daerah yang perlu dikekalkan dan dikembangkan.

Pemerintahan Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta dimulakan pada tahun 1950 melalui UU Nombor 3 Tahun 1950 tentang Pembentukan Daerah Istimewa Yogyakarta oleh negara bahagian Republik Indonesia (Yogyakarta). Namun asal usul Daerah Istimewa Yogyakarta dapat dirunut mulai dari tahun 1945, diawali dengan maklumat/mandat Sultan Hamengkubuwono IX dan Paku Alam VIII secara berasingan terhadap penggabungan kedua-dua daerah ke dalam Republik Indonesia.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Kota Yogyakarta selain daripada dijuluki sebagai Kota Gudeg, juga dijuluki sebagai Kota Pelajar. Di kota ini, terdapat Universitas Gadjah Mada (UGM), universiti negeri yang tertua di Indonesia, serta juga berbagai-bagai universiti swasta terkenal yang lain seperti UPN "Veteran", AMIKOM, STIE SBI, Universiti Kristen Duta Wacana (UKDW), Universitas Islam Indonesia (UII) yang merupakan universiti swasta tertua di Indonesia, dan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), selain daripada Institut Kesenian Indonesia (ISI) dan Universitas Negeri Yogyakarta (UNY). Sebahagian besar penduduk di kota ini dikatakan memiliki pendidikan sehingga peringkat SMU.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan yang ada di Yogyakarta terdiri dari pengangkutan darat (bas awam, teksi, kereta api, andhong (kereta berkuda), dan beca) serta pengangkutan udara (kapal terbang). Jalan-jalan raya di Yogyakarta kini sudah lebih rapi dan bersih, berbanding dengan tahun-tahun terdahulu kerana komitmen pemerintah daerah Yogyakarta untuk menjadikan Yogyakarta sebagai sebuah kota pelancongan (terbukti dengan ditempatkannya sebuah TV raksasa di salah satu jalan raya Yogyakarta serta juga papan stesen kereta api). Walaupun demikian, jalan-jalan raya di Yogyakarta masih sering mengalami kesesakan lalu lintas.

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]

Yogyakarta masih sangat amat dipengaruhi oleh kebudayaan Jawanya. Seni dan budaya merupakan sebahagian yang tidak terpisah daripada kehidupan masyarakat Yogyakarta. Sejak dari masa kanak-kanak sehingga kedewasaan, masyarakat Yogyakarta sering menyaksikan dan mengikuti berbagai-bagai acara kesenian dan kebudayaan di kota ini. Bagi masyarakat Yogyakarta, setiap tahap kehidupan mempunyai erti tersendiri, dengan tradisi merupakan sesuatu hal yang penting yang masih diamalkan sehingga saat ini. Tradisi juga pasti tidak lepas daripada kesenian yang disajikan dalam upacara-upacara tradisi tersebut. Kesenian yang dimiliki masyarakat Yogyakarta sangatlah beragam. Kebudayaan khas di Yogyakarta termasuk pementasan ketoprak, jathilan, dan wayang kulit, antara lain.

Provinsi kembar

[sunting | sunting sumber]

Destinasi pelancongan

[sunting | sunting sumber]

Destinasi pelancongan yang menarik di Yogyakarta termasuk:

Yogyakarta terkenal dengan makanan yang enak, murah, berkhasiat sekaligus menimbulkan nostalgia orang-orang yang pernah singgah atau tinggal di kota ini. Terdapat juga gerai-gerai angkringan dengan:

dan banyak lagi tempat makan pelancong yang lain.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ http://kratonjogja.id/peristiwa/30/menjadi-indonesia
  2. ^ http://yogyakarta.bps.go.id/index.php?r=site/page&view=sosduk.tabel.3-1-1
  3. ^ Indonesia's Population: Ethnicity and Religion in a Changing Political Landscape. Institute of Southeast Asian Studies. 2003.
  4. ^ Kementerian Agama Republik Indonesia Wilayah DIY (15 Mac 2010). "Kementerian Agama RI | Kantor Wilayah DI Yogyakarta". Yogyakarta.kemenag.go.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 7 Februari 2011.
  5. ^ "Jumlah Pemeluk Agama Provinsi DI Yogyakarta 2019". www.bappeda.jogjaprov.go.id. Dicapai pada 25 Februari 2020.
  6. ^ "Gyeongsangbuk-do Province Website".
  7. ^ Biro Kerjasama (2006). Bunga Rampai Kerjasama Luar Negeri Propinsi DIY. Yogyakarta: Pemerintah Propinsi DIY.
  8. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-08-16. Dicapai pada 2016-06-23.CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]